Thursday, March 24, 2011

Kiss Melayu Bye! Bye!

Sebagaimana biasa selepas balik dari bercuti, saya akan mencari luang masa untuk melayari blog-blog yang tersenarai di bloglist VOICES AROUND dan ...LISTED!!! untuk membaca bahan-bahan yang telah dimuatkan oleh bloggers yang tidak terbaca semasa percutian. Terpaksalah "fast-reading" kerana banyak artikel-artikel bloggers yang saya 'tertinggal".

Bila tiba masanya saya klik dinturtle-Blogger PARTI MELAYU, pelayaran terbantut kerana timbul rasa untuk menyuarakan apa yang telah ditulis oleh dinturtle. Macam title blog ini, "Voicing It Out and Sharing what is being shared". Kena berhenti sekejap untuk "voice it out".

Tiga artikel dinturtle ini yang membuatkan saya berhenti sekejap dari melayari blog-blog:-
Bagi saya, ada dua isu besar di sini; Pertama - "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" dan yang Keduanya, "ISLAM - AGAMA RASMI NEGARA".

Saya tidak mahu menulis panjang. Tuan-tuan dan Puan-puan baca sendirilah apa yang telah dimuatkan oleh dinturtle itu. Orang Melayu (yang sejati Melayu la) patut mengikuti tulisan dinturtle ini (bukan hanya  sekadar membaca artikel-artikel beliau yang saya link kan di atas ini sahaja) SEKIRANYA tidak mahu terus tenggelam di bumi sendiri. 

Usahlah nak bermimpi mengajak kaum-kaum lain membina negara MALAYSIA ini apabila orang Melayu itu sendiri duduk dalam keadaan berpecah-belah. Yang cauvinis itu akan menyambar peluang ini dengan melakukan apa jua cara yang akhirnya identiti "MELAYU" yang ada dalam "MALAYsia" itu lama kelamaan akan hilang. Mungkin pada suatu masa hadapan nanti, orang-orang yang dianugerahkan dengan myKAD tidak lagi tahu untuk bertutur menggunakan bahasa Kebangsaan negara MALAYsia, malah berkemungkinan bahasa Mandarin atau Cantonese akan mengambilalih tempat apabila hanya tinggal orang Melayu (sejati) sahaja yang tahu bertutur dalam bahasa Kebangsaan negara ini.

Saya ulangi, kata-kata Tagore, "To build a nation, build a school". Saya tidak mahu mengulas panjang. Cuma, kalau pada tahun 1996 dahulu, siapakah MENTERI PELAJARAN yang mengubah Akta Pelajaran untuk memberi ruang percambahan sekolah-sekolah vernakular di bumi ini? Sekolah-sekolah haram ini bukannya mendidik anak bangsa, tapi menidakkan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Tidak payah komen pasal 1-Malaysia lah dalam sudut ini, kerana bunyi  bombasticnya, "SATU"  tapi praktiknya, tunggang-langgang "PELBAGAI".

Memetik tulisan dinturtle...........
"Mengambil ayat The Star 16/3 -Unified Exa­mination Certificate (UEC) graduates from Chinese independent schools, along with SPM qualifiers, can enrol in government teachers’ training colleges.

Segala masalah diselesaikan dengan “With Najib’s timely and swift intervention, all misunderstandings (on the issue) have been ironed out,”

UEC adalah setaraf STPM merupakan sijil kepada mereka yang tamat pengajian 6 tahun di sekolah menengah cina."
.....saya ingin bertanya siapa dia Menteri Pelajaran Tahun 2011 yang membuat dasar bersabit UEC seperti di atas? Eh! Eh! The Star tulis..."with Najib's timely and swift intervention......". Oh! Ingat kan Menteri Pelajaran TS Muhyiddin yang buat keputusan UEC ini tadi! TS Menteri Pelajaran pergi mana? No komen ka kerana ini merupakan suatu keputusan yang significant dalam dasar pendidikan kebangsaan dan seterusnya pembinaan negara bagi mencapai "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA". Atau PM pasung tangan tak kasi buat kerja dalam soal ini?

Yang "identikal" di sini adalah nama Menteri Pelajaran tahun 1996 adalah sama dengan nama Perdana Menteri tahun 2011. Isu 1996 dan Isu 2011 pun juga sama, iaitu "bersabit pendidikan cina". Begitu sinonim nama tersebut dengan "pendidikan cina", maka tak hairanlah dianugerahkan dengan gelaran "BAPAK VERNAKULAR". Terselah sungguh "layanan anak emas" ini.

Isu kedua, isu "ISLAM - Agama Rasmi Negara". Petikan tulisan dinturtle:-
The Government has ordered the release of some 30,000 bibles in Bahasa Malaysia "detained" in Kuching and Port Klang on the recommendation of the AG's Chamber. Read the press release mailed to me about half an hour ago. Two reasons given: 1. These Bibles are meant for Christtians ONLY and 2. The distribution does not prejudice the on-going kalimah Allah court case. Dari Rocky's
Akhirnya menang juga pejuang-pejuang injil bahasa melayu. Siapa Ketua Kerajaan yang membuat arahan tersebut? Ish... nama itu lagi!

Eh! Ini kerja Menteri Dalam Negeri, bukannya PM!

Oh?! ye ke?!!

Siapa dia Menteri Dalam Negeri 2011? Oh? Sepupu? Tak yah cerita lah!!

(Najib and his "3D" vision)
VERY TYPICAL. Bila ada saja pilihanraya, sebelum ini PRK-PRK, maka bergemalah salakan-salakan tuntutan perkauman. Maka melututlah Presiden Parti Orang Melayu yang terbesar, U.Malay.N.O., kerana agaknya beliau lebih percaya kepada undi kaum lain daripada undi dari kaum parti yang dia sendiri terajui. Kalau dulu DAP yang menyalak sakan, kini tidak payah lagi dah sebab rakan dalam selimut, MCA, sudah mengambilalih tugas. Tunggu masa DUN Sarawak kira confirm nak bubar, maka masa inilah disambar dan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membuat tuntutan. Gerenti "melutut" punya dari sejarah PRK-PRK yang lepas. Undi itu belakang kira. Akhirnya, orang Melayu semakin terpinggir, agenda kebangsaan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" semakin menjadi rojak.

Ikut definasinya DI SINI, "Politician: One who shakes your hand before elections and your Confidence after.". Tepatlah kut? Depan orang Melayu lain nadanya, depan orang cina lain pula nadanya. Ini petikan Utusan Malaysia Online masa pidato antarabangsa Bahasa Melayu baru-baru ini:-


"PARA pejuang bahasa dan orang Melayu di Malaysia seharusnya mendengar dengan penuh lapang dada ucapan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada malam kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat lalu.
Ucapan itu akan memberikan mereka suatu perasaan dan gambaran betapa sayangnya pucuk pimpinan negara kepada Bahasa Melayu. Mereka akan tahu bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja selamat, malah masa depannya akan diperkasakan oleh Najib dan kerajaan."
Bahasa Melayu diperkasakan oleh Najib?. Betullah kut di Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu itu. Lepas tu? Apa jadi? Depan pejuang-pejuang sekolah vernakular cina, UEC, dong zong dsb tu, bagai manapula nada ucapan Najib? Sahabat sejati sehingga sanggup mengambil risiko politik dalam mempertahankan pendidikan vernakular? Samalah juga masa kena hentak dalam perhimpunan NGO-NGO Melayu semasa Najib buang DEB dan gantikan dengan MBE. Orang politik ni cakap tidak serupa bikin. Yang penting sekali adalah undi. Agaknya lah.

So... teruskanlah berpecah wahai orang-orang Melayu. Usah hiraukan dinturtle dan geng-gengnya melalak menyeru supaya orang-orang Melayu UMNO dan PAS duduk semeja untuk mencari titik pertemuan untuk bersatu. Biarkan saja DAP, MCA, Gerakan yang bersatupadu. Suatu hari nanti, "MALAY"sia bukan lagi akan berteraskan "MELAYU" dari segi bahasa dan adat resam. Berterimakasihlah kepada Presiden parti politik terbesar orang Melayu, U.Malay.N.O., kerana nampaknya, dalam membina negara bernama "MALAY"sia ini, ciri-ciri MELAYU semakin ditenggelamkan oleh ciri-ciri CINA. Terima kasih juga kepada ularmak Melayu Nik Aziz dalam parti PAS, satu lagi parti politik besar orang Melayu. Terima kasih kepada kedua-duanya dalam masa kau orang terus berpecah belah ini.
Related Posts with Thumbnails