Friday, March 11, 2011

Lanun Darat?

Update 11/03/11
Profesor Undang-undang Kata "Saman Ekor Ikut Undang-undang", Benarkah Begitu? - DUNIACACAMARBA 
Artikel Asal

Saya pernah menceritakan sedikit tentang pengalaman memandu kereta di UK di dalam entri DI SINI. Oleh kerana kebiasaan kepada angka '90' bila memandu kereta, saya kebanyakannya memandu berpandukan angka '90' ini juga di UK. Terdapat banyak kereta-kereta lain memotong saya dengan lebih laju. Lagipun saya sering memandu di lorong yang sebelah kiri.


Wow! Lajunya saya pandu kereta apabila tersedar bahawa '90' di UK (90mph), adalah bersamaan lebihkurang 145km/h. Berapa pula kelajuan kereta-kereta yang memotong saya tu? Lalu timbullah persoalan kepada saya, "Adakah kelajuan membunuh? Atau sebenarnya kecuaian lebih membunuh?"

Salahsatu lagi sebab mengapa persoalan ini timbul adalah apabila membandingkan cara/etika pemanduan di UK adalah jauh lebih SOPAN dan TERTIB, walaupun rata-ratanya mereka memandu dengan lebih laju. Saya juga pernah menceritakan ( DI SINI) sebuah berita di mana ada seseorang mati terbunuh dilanggar oleh "3-wheeler" (motosikal pembawa barangan) di Kepong (?). Laju sangat ke "3-wheeler" ini sehingga membunuh orang? Atau kematian ini lebih disebabkan oleh kecuaian? Apakah statistik kematian yang disebabkan oleh "kelajuan" berbanding dengan statistik kematian yang disebabkan oleh "kecuaian"? Adalah sukar untuk memandu laju sekiranya tidak dijalanraya-jalanraya utama atau lebuhraya yang lebar, banyak lorong serta lurus itu. "Kecuaian" boleh berlaku di mana-mana sahaja hatta di jalan "kampong" sekalipun.


"Kecuaian" ini bukan saja terletak kepada pemandu kereta yang malang, tetapi boleh juga berpunca dari pemandu lain yang "terselamat" yang masuk lorong secara tiba-tiba, berhenti mengejut, yang berhenti dan undur kebelakang kerana nak masuk "exit" yang terlepas, yang memandu "zig-zagging" dan "macam lipas kudung" dsb. Ianya mungkin boleh juga berpunca kepada "kecuaian" jalanraya itu sendiri seperti dibiarkan berlubang sekian lama, rekabentuk jalan yang tidak mengambilkira ciri keselamatan secukupnya ataupun "kecuaian" seperti lembu bebas melintas dan tidur ditengah jalan, lori-lori yang "sukahati" membawa barangan tanpa di "secure" dengan rapi seperti lori-lori yang membawa batu-batan, dan bermacam-macam sebab lagi.


Perenggan di bawah ini saya petik dari laman Dr. Mohamad Khir Toyo:-
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah dalam Bernama baru-baru ini, antara punca utama kemalangan maut ialah sikap pemandu yang memandu dalam keadaan terburu-buru sehingga memakan jalan pemandu lain, berhenti secara mengejut, mengekor rapat dan melanggar lampu isyarat. Sementara penunggang motosikal pula menunggang dengan berlagak sebagai hero. Dengan kata lain, punca utama kemalangan di negara kita ialah sikap pengguna yang cuai dan tidak bertanggung jawab.
Soalannya, adakah statistik kemalangan jalanraya berjaya dikurangkan dengan significant melalui operasi saman ekor? Persoalan ini membawa kepada persoalan atau persepsi orang ramai terhadap saman ekor itu sendiri. Apakah niat atu "roh" operasi saman ekor itu sebenarnya?

Kita semua maklum bahawa saman ekor ini adalah operasi untuk MEMERANGKAP orang yang memandu MELEBIHI HAD papan tanda hadlaju di kawasan operasi tersebut. Di hari tidak baik, bulan tidak baik, anda juga boleh dituduh "memandu laju" walaupun anda memandu 68km/j di kawasan hadlaju 60km/j. Bagaimana kalau kawasan itu kawasan turun bukit? Papan tanda kata 60km/j, jadi anda tetap "salah", kan? kan? kan?


Seperti kajian MIROS di atas, punca utama kemalangan bukan disumbangkan oleh pemandu laju pemanduan melebihi hadlaju. Setan "lipas kudung" yang mencelah sana-sini DENGAN BEGITU LAJU lebih kerap terserempak di jalan-jalan bandar (ada ke operasi perangkap hadlaju di sini?). Samada mereka itu "mabuk", "budak muda" atau "yang frust tak dapat masuk F1", tak tahulah saya, tapi mereka-mereka ini saya agak lebih jarang DIPERANGKAP, lebih jarang diberi notis saman berbanding dengan pemandu biasa yang sering TERPERANGKAP dengan perangkap hadlaju di lebuh-lebuhraya. Pernah di Gambang, Pahang saya saksikan seorang makcik dalam lingkungan umur 60an (saya agak) kena saman perangkap hadlaju. Senior citizen macam ni tidak gaya langsung jadi setan "lipas kudung" jalanan, kan?

Jadi apa tujuan atau niat sebenar saman ekor ni? Maaflah, setakat hari ini, saya masih lagi mempunyai persepsi bahawa saman ekor ini lebih berat kepada tujuan atau niat "mengisi kantung". Begitu beria-ia sekali laporan mengutip hasil saman ini dipaparkan. Sampai berjuta-juta ringgit hasil yang dikhabarkan (mencecah billion ringgit?). Penerima kompaun saman ekor ini berkali-kali di "warning" kan tentang tarikh akhir membayar saman. Berkali-kali di "pancing" kan dengan diskaun-diskaun dan insentif-insentif melunaskan saman. Berkali-kali di "gempak" dengan senarai hitam. "Tarikh akhir" ini pula dua tiga kali di enjak-enjakkan memberi peluang lagi kepada penerima-penerima notis saman ekor ini. Seolah-olah ianya memberi gambaran bahawa sasaran kutipan hasil saman masih belum lagi tercapai, (sasaran sekurang-kurangnya 50%) maka penerima-penerima saman ini perlu diberi lebih galakan dan peluang untuk membayar saman.

Pernah anda terbayang apa perasaan "orang baik" yang melunaskan samannya sebelum tarikh luput tawaran kompaun yang tertera dalam notis saman itu? "Celaka! Aku bayar saman, tak ada pun diskaun! Macam ni, malaslah aku nak bayar saman lagi. Tunggu kerajaan bagi bagi insentif, tunggu "last-minute". Hmmm...  Sikap orang Malaysia ke sikap "last-minute" ini? Ataupun orang Malaysia dididik supaya bersikap "last-minute"?

Dalam hal saman ekor ni, mari kita cuba faham (kita sendirila, kerajaan bukan nak dengar pun!) mengapa orang marah sangat dengan saman ekor ni. Katakan anda kena saman ekor. Anda memandu laju, memandu melebihi hadlaju papan tanda hadlaju. Apa perasaan anda? (Soalan ini hanya laku kepada pemandu-pemandu biasa seperti anda, saya dan mereka yang ramai tu, termasuk makcik-makcik dan pakcik pakcik senior citizens. Soalan ini bukannya tertuju kepada setan lipas kudung dan yang sewaktu dengannya itu).
  • Apa perasaan anda? Anda kena PERANGKAP? Eh! memang perangkap laju pun!
  • Tak puas hati? Eh! memang anda memandu melebihi hadlaju pun!
  • Banyak kali kena saman seperti ini? Eh! dah banyak kali anda masuk lubuk perangkap!
So anda nak "challenge" kat mahkamah?
  • Cepat ke kes ini boleh selesai?
  • Berbaloi ke? Bayar loyar pun dah jauh lebih dari nilai kompaun saman yang ditawarkan. Belum kira "possible" diskaun lagi tu! Kalau menang sorak, kocek tergadai pun tak guna juga kan?
Nak protes dengan tak bayar saman?
  • Bila roadtax awak mati beberapa bulan lagi tu, macamana awak nak pandu kereta tu pergi kerja?
  • JPJ?
  • Huh! Keputusan mahkamah dia buat derrkk aje! 
  • Awak boleh beli insuran, tapi klausa insuran kata insuran ini sah selagi awak memandu kereta secara sah dan mengikut undang-undang. Kalau tak ada roadtax, mana sah awak pandu kereta tu atas jalanraya? 
Habis tu, JPJ tak kasi renew roadtax selagi tak bayar saman? Depa tu tak perlu ikut undang-undang?

So.. apa citer lagi? Bayarlah saman tu kalau awak nak pandu kereta kat Malaysia ni. Memang awak dah kena PERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju yang tertanda di papantanda hadlaju. bayarlah! Senang citer!

Yang tidak puas hati kena perangkap laju tu, sakit hati tak? Ye lah.. macam-macam alasan lah tapi pokoknya awak TERPERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju. Noktah! Tok sah citerla pasal nak renew roadtax dengan JPJ ni sebab JPJ kata arahan pak Menteri lebih power dari keputusan mahkamah! Nak gaduh pasal ni, pergila bawa kes ke mahkamah! Soal "berbaloi" ataupun "tidak" akan timbul lagi!

So apa nak buat sekarang ni? Nak keras kepala juga lagi? Tak nak bayar saman? Nak pandu juga kereta pergi kerja dengan roadtax yang telah tamat tempohnya tu? Kalau accident macamana? Kalau ada yang mati, macamana? Berbaloi ke "keras kepala" awak tu?

RAKYAT kantoi lagi! Kiri kanan, depan belakang, atas bawah kena tibai. Nak tak nak, bayarlah juga saman tu dengan hati yang teramat geram sekalipun. Paling boleh dilakukan adalah BAYAR "LAST-MINUTE". Susah sikitpun tak apalah, jangan kasi duit awal-awal kat kerajaan,. Mana tahu entah-entah kerajaan kasi peluang lagi, kasi diskaun "LAST MINUTE" lagi. 

Eh! Lain macam bunyinya ni? Tergugat habis peti undi kerajaan ni nampaknya!

Orang yang "baik" tadipun ikut sama jadi perangai "last-minute". Yang tak "baik" dan terlalu keras kepalanya mengambil risiko tidak ikut undang-undang macam JPJ (minus risiko). Kerajaan ketam nak mendidik anak bangsanya berjalan betul mengikut undang-undang?! Bawa kereta tanpa roadtax, tanpa insuran. Beli insuran buat apa kalau roadtax tak ada. Bukan tak nak bayar roadtax, tapi DIHALANG dari bayar roadtax. Ada keputusan mahkamah pun tak guna, pak menteri lagi power!


Hanya dapat lepas geram time mengundi sajalah nampaknya.

Jadi, berbalik semula kepada persoalan dalam konteks saman ekor ini (yang kononnya suci murni tulus mulus untuk mendidik pemandu-pemandu kearah keselamatan jalanraya), "Does speed kill? Kill more than reckless driving?" and "Which is the primary target of saman ekor? Speed? Reckless driving?".

AES adalah idea terbaru kerajaan dalam operasi saman ekor ini. Difahamkan secara ringkasnya AES ini adalah operasi saman ekor yang di SWASTA kan. Bravo! Bravo! Kini kita perniagakan pula undang-undang keselamatan jalanraya ini!

Jadi apakah "core-business" syarikat AES ini? Saman ekor? Siapa yang akan menyumbangkan perolehan kepada syarikat ini? hmmm... kompeni buat untung dengan jual barang dan perkhidmatan, AES akan buat untung dengan banyaknya KHIDMAT MEMERANGKAP pemandu jalanraya yang memandu laju memandu melebihi hadlaju. Berkhidmat untuk negara katakan..... Dahulukan rakyat (untuk diperangkap!) AES suatu idea yang teramat brilliant dari kerajaan!!!

Habis kalau semakin ramai menjadi terlalu keras kepala dan buat derrkkk terhadap undang-undang (macam JPJ yang tidak menghormati keputusan mahkamah), lalu "core-business" syarikat AES tidak mendapat pulangan setimpal bagi membolehkan ia terus beroperasi, kerajaan nak jamin? Kerajaan nak "guarantee" pulangan kepada syarikat itu? Guna duit siapa? Duit pembayar cukai? Kantoi lagi!!! ish! ish! Kerajaan dipilih untuk menguruskan duit pembayar cukai dengan baik, bukannya menggunakan duit pembayar cukai untuk mengantoi pembayar cukai itu balik. Brilliant sungguh!!!

Baguslah kerajaan hari ini. Didik orangramai supaya bersikap "last-minute". Didik orangramai supaya tidak hormat kepada keputusan mahkamah, paksa orang yang keras kepala pandu kereta tanpa insuran kerana orang tu dihalang daripada memperbaharui roadtax. Tidak perlu tegas dalam undang-undang, boleh "tawar-menawar" dengan insentif-insentif menarik orangramai supaya lunaskan saman-saman. Guna undang-undang untuk "berniaga" dengan perkhidmatan memerangkap pemandu laju melebihi hadlaju. Makin dalam nampaknya kubur yang digali sendiri ini. Pengundi yang nak memangkahpun berfikir dua kali apabila nampaknya kerajaan yang memerintah hari ini macam sengaja menberi sebab bagi pengundi untuk tidak memangkahnya.

Oklah.. semua cerita tu adalah di atas premis seseorang yang kena PERANGKAP memandu laju memandu melebihi hadlaju. Bagaimana SEKIRANYA yang menerima notis saman itu, bukan sebenarnya orang yang diperangkap (seperti pengalaman saya sendiri)
  • Nak challenge kat mahkamah?
  • Nak berkeras kepala ataupun nak 'settle' saman tu walaupun bukan anda yang sebenarnya yang memandu melebihi hadlaju itu?
Dapat bayangkan betapa SAKITNYA hati dan marahnya orangramai terhadap saman ekor ini? Saya hanya bernasib baik tidak perlu 'challenge' kat mahkamah kerana saya ada "kenalan atas kenalan (kabel)" memperolehi foto notis saman tersebut yang menunjukkan kereta yang diperangkap itu bukanlah kereta cabuk saya.


Maaflah.... setakat ini persepsi saya masih lagi ianya bertujuan untuk "mengisi kantung"

Related Posts with Thumbnails