Semasa memandu kereta dalam perjalanan ke Scotland dahulu, kami melintasi kawasan pembinaan jalanraya. Jalan tersebut nampaknya sedang dinaikkan taraf.
Terdapat tanda-tanda pembinaan jalanraya yang teratur diletakkan dari jauh lagi untuk melicinkan perjalanan melalui kawasan tersebut sehinggalah pemandu-pemandu benar-benar melepasi kawasan pembinaan. Semasa menghampiri kawasan pembinaan, ianya kelihatan agak kemas dan tidaklah begitu kotor pada laluan pemandu-pemandu kenderaan. Pekerja-pekerja yang sedang bekerja sewaktu kami melintasi, tidaklah nampak bertungkus-lumus atau nampak bekerja dalam keadaan tergesa-gesa dan juga, bilangan yang sedang bekerja tidaklah nampak semacam menyesakkan kawasan bekerja.
Apa yang menarik perhatian saya semasa bergerak perlahan melintasi kawasan tersebut adalah rupa pekerja-pekerja yang sedang bekerja. Tidak seseorangpun yang saya perasan berupa seorang buruh/pekerja "impot". Nampaknya semuanya "mat salleh" tempatan. Mereka nampak sedang bekerja dengan suasana yang "agak relaks", tidak terkejar-kejar atau terburu-buru kesana kesini.
Hmmmm... berapa agaknya gaji yang dibayar oleh "taukeh pembinaan" ini kepada pekerja-pekerja "tempatan" nya itu? Berapa pula harga kontrak yang "dimenangi" oleh syarikat pembinaan jalanraya ini dari kerajaan UK (atau Scotland)? Tanda pembinaan yang cukup, "standard" dan tidak selekeh, perkakas dan peralatan sepanjang kawasan pembinaan nampak "ada class" bukan cincai serta mungkin membahayakan pemandu-pemandu yang melalui kawasan, kawasannya kemas dan dibersihkan bukan "berair lumpur", berselut ditengah jalan dsb. Syarikat pembinaan ini sudah tentu merupakan "penender terendah" kerana memenangi "kontrak" ini.
Tetapi apakah makna sebenarnya "penender terendah" ini? Sudah tentu sebagaimana lazimnya, syarikat ini telah menawarkan harga tender yang paling rendah, nilai wang ringgit (atau pound sterling) yang paling rendah berbanding dengan penender-penender lain.
Cuba bayangkan.............. dalam tender tersebut, ada sebuah syarikat dari Malaysia ikut serta dalam mengemukakan tender. SURE semua syarikat-syarikat tempatan (UK & Scotland) itu akan K.O. dengan syarikat dari Malaysia ini. Mengapa? Kerana sudah tentu mereka semua itu akan terberak untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh syarikat dari Malaysia ini. Kenapa begitu? Bagaimana syarikat Malaysia ini dapat menawarkan harga begitu rendah berbanding dengan syarikat-syarikat UK dan Scotland itu?
Jawapannya..... cubalah anda perhatikan apabila anda melalui sebuah kawasan pembinaan jalanraya di negara kita ini. Bagaimana rupa pekerja-pekerja yang sedang bekerja itu?
Melayu atau Indonesia? Cuba anda tegur dan dengar bahasa percakapannya?
Bangladesh? Pakistan?
Atau India? Cuba tegur...faham tak bahasa Melayu? Cuba tegur dalam bahasa Tamil? Orang India ke atau orang India Malaysia ini? Ada ke orang India Malaysia? Siapa dia?
Cina? Cina mana? Cina sini? Cina seberang? Bukan orang Malaysia? Cuba tegur dalam bahasa Melayu? Dapat ke dia bertutur bahasa Melayu? Boleh bezakan cina yang mana satu ni?
Ah melalut pula.... yang sebenarnya yang saya nak tanya adalah, berapakah gaji pekerja-pekerja binaan tersebut sekiranya mereka adalah orang tempatan? Berapa pula gajinya sekiranya mereka itu adalah "buruh impot" dari negara Bangladesh, Pakistan, India atau China? Berapa pula gajinya (atau lebih tepat lagi "pendapatan"nya) jika sekiranya mereka-mereka ini "buruh-buruh" yang diimpot secara "haram", iaitu tidak memenuhi peraturan-peraturan Imigresen?
Dapat anda bayangkan kenapa harga tender dari syarikat Malaysia itu akan lebih rendah dari harga-harga tender yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat UK/Scotland untuk kontrak pembinaan jalan di Scotland itu? Ini belum masuk lagi bahan-bahan dan peralatan pembinaan yang akan diguna pakai. Bahan-bahan asas seperti besi, keluli, batu batan tu susahlah sikit nak untuk lari dari spesifikasi MS (Malaysian Standard), BS (British Standard), ASTM (Amerika), JIS (Jepun) dsb. Tapi cuba bayangkan peralatan-peralatan lain, contohnya, papan-papan tanda sepanjang pembinaan itu. Syarikat UK/Scotland akan benar-benar mematuhi BS. Syarikat Malaysia kita akan benar-benar mematuhi MS ke dalam pembinaan? Ataupun CS? Apa tu CS? Cina Standard? Cincai Standard?
Seringkali saya akan mengeluh apabila melalui kawasan pembinaan. Kereta saya akan kotor terpalit air lumpur. Tanah-tanah akan bertepek-tepek jatuh atas jalan dari lori-lori pembinaan. "Lori-lori hantu" tu ada lesen ke? Buatnya terlanggar kereta saya, ada insuran ke yang boleh saya claim? Saya akan lebih berpandukan "instinct" saya daripada papan-papan tanda pembinaan untuk melepasi kawasan pembinaan ini dengan "selamat". Bukanlah nak kata "bahaya accident" sangat, tapi "selamat" dari terjerumus lubang di kawasan pembinaan pun dikira "selamat" juga, sekurang-kurang tak payah ke kedai aligment untuk betulkan alignment tayar. Usah nak harap kereta berkilat tu tercemar lumpur sudahlah.
So.. berbalik kepada tender pembinaan di Scotland/UK tadi. Walaupun syarikat dari Malaysia mampu menawarkan harga tender yang mungkin jauh lebih rendah dari syarikat-syarikat tempatan UK/Scotland, tender dari syarikat Malaysia ini tidak akan menang punya!
Sebab utama adalah ianya TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI. Kita buat spesifikasi dahulu untuk memberitahu para penender apa dia yang kita mahu. Bagaimana yang kita mahu. Kita teliti tendernya samada ianya menawarkan barangan/perkhidmatan mengikut spesifikasi atau tidak. Buat apa kita beli barang yang kita tidak mahu, ye tak? Bila dah yakin bahawa barang yang ditawarkan itu mengikut kehendak kita, barulah kita memilih yang mana yang dapat menawarkannya pada harga yang paling kompetitif. Kita juga akan berhati-hari dengan "harga yang paling murah" sekiranya harga itu nampaknya tidak menasabah. Contohnya, kereta mercedes seludup (jauh) lebih murah dari harga kereta mercedes di pasaran semasa. Oleh kerana nak yang "paling murah" kita terbeli kereta mercedes "haram". Silap-silap duit dah bayar, kereta "haram" kena rampas! Kita, stadium runtuh pun ada! Nak kata "harga terendah" nampaknya tak juga!!
Inilah masalahnya dengan ketua-ketua syarikat yang diterajui oleh "mesin kira duit". Semuanya nak yang "paling murah", tidak kiralah benda tu berfungsi sehari saja, kemudian "K.O", asalkan murah. Syarikat-syarikat yang "core-business" adalah "kejuruteraan" tetapi diterajui oleh "mesin kira duit". Beli barang murah walaupun tidak mengikut spesifikasi. Silap-silap menang kontrak kerajaan kerana "harga tender paling murah" tetapi harga kontrak melambung selepas kontrak ditandatangani kerana kena "Variation Order (VO)" beli tayar kereta. Rupanya harga tender termurah tadi adalah harga kereta tanpa tayar!!!
Ok..berbalik soal utama tadi, soal pekerja-pekerja tempatan yang diambil oleh syarikat tempatan. Kalau boleh, "taukeh" syarikat pembinaan UK tu nak juga guna tenaga buruh "impot" yang "jauh lebih murah" dari tenaga buruh tempatan. Memang logikpun, orang tempatan ada rumah dan keluarga untuk di sara. Buruh "impot" ini boleh tinggal dirumah kongsi, bawah jambatan, dalam hutan... tak payah bayar cukai tanah, cukai pintu, bil letrik, beli goreng pisang bawa balik rumah kasi anak-anak dan sebagainya lagi. Sudah tentu pekerja tempatan akan memerlukan gaji yang lebih tinggi dari "buruh impot". Tidak adillah kalau nak dibandingkan dengan "buruh impot" yang sanggup amik gaji RM5 sejam pun!
Tapi boleh ke di UK sana buat macam kita di Malaysia ini? Cuba bayangkan bagaimana "taukeh-taukeh" syarikat di sana cuba menggunakan "buruh-buruh impot" untuk merendahkan harga tender masing-masing. Nak seledup buruh secara haram? Mampus mereka! Syarikat akan terus "digulungtikarkan" oleh kerajaan kalau mereka berani melakukan ini. OK.. ikut peraturan imigresen mereka untuk impot tenaga buruh ini. Entah-entah kos mengimpot (secara halal) ini akan lebih tinggi menjadikan ianya tidak berbaloi menggunakan tenaga buruh impot. Jadi, mereka akan gunakan tenaga buruh tempatan, tetapi bukan dengan gaji RM5/jam la kerana pekerja-pekerja ini ada keluarga untuk disara. FAIR and SQUARE la sikit kan?
Ini barulah kerajaan MENDAHULUKAN rakyat sendiri! Bukan "tertipu" lalu "mendahulukan" rakyat negara lain. Cuba bayangkan sejenak apabila kerajaan benar-benar "melindungi" rakyatnya dalam soal pekerjaan ini.
- Orang tempatan akan dapat peluang pekerjaan yang lebih
- Orang tempatan akan diberikan gaji yang setimpal untuk menyara hidup, bukan gaji "termurah" (Ataupun taukeh nak kaut untung terbanyak?)
- Masalah yang ditimbulkan "buruh-buruh" impot sebelum Merdeka dahulu tidak akan berlanjutan. Ini masalah besar negara ni apabila api perkauman semakin membara bila adanya "pendatang-pendatang" tidak mahu menanam sifat kebangsaan. Mereka nak sekolah vernakular masing-masing, nak bahasa masing-masing dan ada yang mencabar hak-hak orang tempatan pula! Kos wang ringgit akan tidak terbayang sekiranya negara terjerumus dalam masalah-masalah pembinaan negara seperti ini. Ni nak impot lagi 45,000 sedangkan masalah "Pendatang" sebelum Merdeka masih belum juga selesai sehingga hari ini. Apa ke jadahnya!!
- Orang-orang tempatan yang bekerja akan mendapat "skill pekerjaan" ini, bukannya "skill" ini di"beri"kan kepada rakyat negara asing. Cuba lihat tukang-tukang baiki rumah yang ada pada hari ini (terutamanya dibandar-bandar). Kenapa polisi negara kita nampaknya lebih "melatih" dan "menggaji" rakyat asing untuk mendapat "skill" pekerjaan dari sudut pandangan ini?
- Lagipun, orang asing akan hantar "duit" balik ke negara masing-masing. Orang tempatan akan belanja "gaji" di sini. Kita ni terlalu baik mensejahterakan ekonomi negara lain daripada negara sendiri agaknya.
Inilah akibatnya kalau negarapun diterajui oleh "mesin-mesin kira duit". Rakyat asing diimpot masuk untuk diberikan pekerjaan dan di"beri" latihan pekerjaan, akhirnya mendapat "skill" pekerjaan semata-mata kerana mereka sanggup menerima "GAJI TERMURAH". Rakyat tempatan yang memenuhi tanggungjawab seperti membayar cukai pintu, cukai tanah, menyara keluarga dsb tidak diberikan pekerjaan dan latihan pekerjaan untuk mendapatkan "skill" semata-mata kerana gaji mereka (yang sememangnya logik dan patut) lebih mahal dari buruh-buruh impot. Apalagi nak bersaing "gaji" dengan buruh-buruh yang dimpot secara haram itu. Fair and square la sikit.
Berkiblatkan "duit" yang terpampang didepan mata. Gaji buruh asing yang "murah" didepan mungkin kita terpaksa bayar dengan harga sebuah negara, tanahair kita sendiri di belakang hari nanti. Yang tidak bersemangat atau berjiwa nasional itu, di mana Malaysia ini hanya sebuah negara untuk myKad sahaja, peduli apa. Kaut untung sebanyak mungkin dengan apa cara sekalipun, bila negara ini ranap, lari keluar. Mereka ada negara ibunda untuk melarikan diri. Inilah pentingnya "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", identiti dan adat resam, adap sopan berteraskan orang-orang Melayu dan Bumiputera, bukannya sebuah "berpendapatan tinggi bermoral rendah".
Berkiblatkan "duit" yang terpampang didepan mata. Gaji buruh asing yang "murah" didepan mungkin kita terpaksa bayar dengan harga sebuah negara, tanahair kita sendiri di belakang hari nanti. Yang tidak bersemangat atau berjiwa nasional itu, di mana Malaysia ini hanya sebuah negara untuk myKad sahaja, peduli apa. Kaut untung sebanyak mungkin dengan apa cara sekalipun, bila negara ini ranap, lari keluar. Mereka ada negara ibunda untuk melarikan diri. Inilah pentingnya "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", identiti dan adat resam, adap sopan berteraskan orang-orang Melayu dan Bumiputera, bukannya sebuah "berpendapatan tinggi bermoral rendah".
UTAMAKAN RAKYAT SENDIRI!!!!!