KEMASKINI 25/03/2011 - 11:35PM
Silakanlah berlutut dan melayani lagi puak-puak ini. Puak-puak yang sepatutnya dikenakan tindakan ISA sejak mula mereka hendak menyalak dulu lagi. Tapi apakan daya, LEMBIK NAK MAMPOS!!!
Silakanlah berlutut dan melayani lagi puak-puak ini. Puak-puak yang sepatutnya dikenakan tindakan ISA sejak mula mereka hendak menyalak dulu lagi. Tapi apakan daya, LEMBIK NAK MAMPOS!!!
"DAP Pulau Pinang sudah merancang untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang paderi Keristian ke Sarawak untuk membantu kempen Pakatan Rakyat dikalangan Bumiputera berugama Kristian.
Tujuannya ialah untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan Persekutuan dan mungkin juga terhadap orang Islam. Fasa pertama yang akan ditumpukan ke kawasan bandar dimana calun DAP brtnding dan berlepas pada 25hb Mac.
Tidak lama, sikap rassi dan ekstrim akan menular dalam masyarakat hingga tercetus perbalahan kaum dan agama di sarawak. Bila terjadi, DAP akan selama-lama menuduh dan mengungkit ini adalah budaya yang dibawa oleh BN dan dipelopori oleh UMNO.
Padahal DAP lah pencetus rusuhan kaum 13 Mei dan lain-lain rusuhan kaum. Semua rusuhan kaum mesti melibatkan kaum Cina yang telah diapi-apikan oleh komunis atau/dan DAP."
THE UNSPINNERS - PRU Sarawak: DAP ganti PAS bawa extremis ugama
Polemik Al-Kitab berjaya dieksploitasi oleh DAP untuk membakar sentimen agama dikalangan penganut agama kristian di Sarawak.
PISAU.NET - DAP Berjaya Menghasut Di Sarawak
Artikel Asal
Adakah menyimpan, menyaksikan serta menyebarkan gambar/video porno itu "haram" atau "salah di sisi undang-undang" negara ini?
Adakah menyimpan, menyaksikan serta menggunakan untuk kegunaan sendiri bahan-bahan tersebut "haram" dan "salah di sisi undang-undang"? Bagaimana bahan-bahan ini diperolehi in the first place untuk dijadikan simpanan peribadi?
Pokoknya, pada hari ini, sekalipun ada undang-undang yang mengharamkan, seketat mana sekalipun, bahan-bahan porno ini agak senang untuk di akses (kemudian di simpan, disebar dsb) berikutan dengan perkembangan teknologi yang ujud pada hari ini. "Haram" tetap "haram", "akses" tetap senang "di akses", SEKIRANYA MAHU.
Sekiranya seorang lelaki itu tergoncang imannya dek seorang wanita yang tidak bertudung, maka senangkah untuk menyuruh sekelian wanita saentero dunia menutup aurat mereka dengan tudung? Ataupun lelaki itu perlu meningkatkan lagi tahap keagamaannya supaya "mata"nya sendiri yang tertutup aurat, bukannya aurat wanita-wanita saentero dunia?
Let us change our vision and the world will appear accordingly. It is foolish to shape the world, let us shape ourselves first.
Panjang pulak mukadimah kali ini. Topik yang ingin saya tulis sebenarnya adalah mengenai 30,000 naskah Injil berbahasa Melayu yang kini sudah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia (siapa ketua kerajaan?) supaya dilepaskan dengan syarat setiap satunya dicop dengan "Untuk kegunaan Orang Kristian sahaja" (or something like that). Lepas tu "order" pula 100,000 naskah yang "halal bercop"?. Yang "haram tidak bercop" berapa pula ye? Bila dah begitu banyak naskah kitab injil Melayu berlegar, tiada siapa yang akan ambil pusing lagi, ye tak? Bijak sungguh arahan ini.
Buatlah apapun, SEKIRANYA MAHU, sesiapa saja boleh mengakseskan Injil Bahasa Indonesia melalui teknologi yang ada pada hari ini. Biarpun yang 30,000 naskah itu tiada, Injil bahasa Melayu tiada, busuk-busuk boleh baca injil berbahasa inggeris ataupun suruh orang "translate" injil kepada YANG MAHU dalam bahasa Melayu. Itu SEKIRANYA MAHU.
Bagi saya, saya melihat isu ini dari sudut PERLEMBAGAAN NEGARA, bukannya dari sudut orang Melayu Islam perlu dilindungi dari terdedah kepada sebuah kitab Injil berbahasa Melayu.
Jawab soalan ini dengan jujur. Sekiranya seseorang itu kuat imannya, teguh pegangannya, akan tergugatkah dirinya dengan hanya sebuah kitab injil berbahasa Melayu ataupun kitab injil berbahasa Indonesia? Saya teringat sejarah Islam yang saya baca mengenai kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam Perjanjian Hudaibiah.
Pokoknya, jika seseorang itu teguh imannya atau kepercayaannya, dia tidak sepantas itu untuk tergugat dengan bapak segala kitab berbahasa Melayu sekalipun. Lemparlah dia ke rumah pelacuran sekalipun. Tapi jika sekiranya dia masih tergugat, maka ianya merupakan suatu indikasi bahawa tahap keimanannya masih belum teguh.
Tetapi di sini, saya tidak mahu berbincang soal keimanan atau akidah pegangan seseorang itu kerana saya sendiri masih perlu menempuh perjalanan yang masih amat jauh. Cuma, dalam isu kitab injil berbahasa Melayu ini, saya ingin utarakan isu mengikut perspekstif yang lebihkurang begini:-
1. Kita berpijak di bumi mana? Malaysia?
2. Adakah negara Malaysia mempunyai PERLEMBAGAANnya sendiri? Ada!
3. Adakah di mana-mana tempat di dalam PERLEMBAGAAN tersebut yang menyimpulkan bahawa AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI negara? Ada!
Habis kes! Fokus saya adalah "Islam sebagai Agama rasmi" yang berkaitrapat dengan PERLEMBAGAAN / Undang-Undang Tubuh Negara. Barangsiapa yang mencabuli undang-undang tertinggi negara ini, adalah patut untuk diambil tindakan tegas yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang negara. Salah satu DAULATnya negara ini adalah terletak kepada Agama rasmi yang diisytiharkan oleh PERLEMBAGAANnya.
Malangnya, ada segolongan (kononnya) rakyat negara ini yang telah mencabar DAULAT negara ini apabila berkeras memainkan isu kitab injil berbahasa Melayu dengan begitu panas sekali, menyentuh perasaan orang-orang beragama Islam berketurunan Melayu. Dalam isu "nama Allah" golongan ini memainkan api ini sehingga ke peringkat mahkamah pun!
Apakah tujuan sebenarnya golongan ini? Hendak berdakwah kah? Atau telah menjadi mangsa gologan yang bermain politik yang menggugat kestabilan serta keharmonian negara ini? His Holiness Father MCA yang bersuara mengenai isu kitab injil ini menekan kerajaan apabila saja berita DUN Sarawak akan dibubarkan tersiar, kenapa? Nak berkali-kali "test-water" sejauh mana lembiknya, selama mana kekal lembiknya kerajaan hari ini? Kalau nak berdakwah sangat, kenapa tidak injil berbahasa cantonese ke, mandarin ke, teo chew ke, tamil ke, urdu ke? Kenapa bahasa Melayu? Kerana negara ini negara Malaysia? Kerana negara ini sudah begitu lembik? Sekalipun ada orang Melayu yang jinak dengan agama Kristian, bagaimana dia mula-mula jinak? Injil berbahasa Melayu? Injil berbahasa Inggeris?
Persoalannya, kenapa pencabulan ini dibiarkan oleh pemimpin-pemimpin negara? Tiada berperlembagaan kah negara ini? Kenapa begitu lembik sekali pemimpin negara? KDNnya?
Ini negara Malaysia. Agama Islam adalah agama rasminya. Injil berbahasa Melayu dan juga isu nama "Allah" terang-terangan mencabar kedudukan Agama Islam sebagai Agama rasmi negara ini (saya tidak kata negara lain ye !!). You don't like it, YOU GET LOST from here and have your zillion copies of Malay Bible the way you like it, ELSEWHERE!!!! Period!!!!!
Now surrender your myKAd and GET LOST!!!
Mana dia pemimpin MALAYsia? Nak harapkan untuk mempertahan Artikel 152 pun hampeh! Asyik-asyik dengan pendidikan vernakularnya yang tiada negara lain buat atas dunia ni!