Thursday, November 3, 2011

VICTIMS - The "ROTTENNESS" that nobody seems to care


Sebelum ini, dalam artikel, "VICTIMS - Airmata Rakyat Yang Terus Mengalir", dimuatkan luahan seorang pembeli hartanah yang cuba menuntut keadilan:-
Saya "quote" dan "un-quote" tulisan seorang pembeli teraniaya disebuah forum.
"Saya dah failkan kat mahkamah dan telah pun keluar / jatuh hukum  pemaju kena bayar balik kat pembeli sampai sekarang HAMPEH! Duit dah abis byr lawyer, kita gak yg dianiaya. Dahla dianiaya, makin dianayai. Kena byr bulanan tolak gaji, byr lawyer ingat bolehla settle sampai sekarang tak nampak jln penyudah…  nasib kita makin dianiaya, pemaju gak yg kaya -sesuker hati nak buat apa tak kena tindakan. Kita tak bayar, kena blacklist, tambah lagi masalah2x berkaitan bank. Tak kiralah sapa pemerintah, yg penting masalah kita boleh diselesaikan. Harap doa2x kita yg dizalimi ni dimakbulkan dan dipermudahkan. Amin."
Tidak payah saya cerita panjang lagi kenapa ramai orang tidak mahu berhabisan duit yang telah habis pun untuk menuntut hak di mahkamah.

Dan baru-baru ini mengenai seorang rakyat marhaen yang dimufliskan dan dipenjarakan kerana tidak mampu membayar ansuran pinjaman kereta. (Suaminya kemalangan sehingga tidak dapat bekerja lalu terpaksa menjual kereta kepada kenalan bagi menampung sara hidup. Si kenalan itu pula tidak membayar ansuran pinjaman lalu suaminya/"peminjam", dikenakan tindakan mahkamah)

Rayu bebas suami muflis dari penjara

KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga. (KLIK untuk membaca berita penuh)

Terkini, maklumat e-mel dari kenalan sama, ("VICTIMS - Airmata Rakyat Yang Terus Mengalir"), telah mengirim luahan forum yahoo seperti berikut:-
"Tribunal could not do any thing. Their job is to make sure the developer agrees to pay and if they don't, Tribunal can't do any thing at all. Then we need to complain to Jabatan Perumahan Negara as that's the cost saving method. If we take to civil court, there is legal fees incur and no guarantee that you will get your money. the award is just paper where we can't do any thing even the Tribunal can't do any thing to help us. I was informed by the Tribunal to take the next step that is to complain to Jabatan Perumahan Negara. Well, hope Jabatan Perumahan can do some thing for us."
Luahan berkenaan berikutan dengan pembeli yang mendapat "award" Mahkamah Tribunal mengenai pelan pembayaran gantirugi siap dengan "interest" sekali sekiranya gagal mematuhi pelan tersebut. Tetapi ringkasnya "semuanya HAMPEH" apabila disarankan "back to square one" iaitu "to complain to Jabatan Perumahan Negara"... (again??). 

Komen dari seorang pembeli lagi mengenai "award" Tribunal di atas:-
Who can say for certain that when the day arrives we are to receive our cheques? But for now that is the best we could do. Even the president of the court says that. If they failed to act on the awards then the last option will be to sue them in the civil court.
"Even the president of the court says that" merujuk kepada kenyataan "..even the Tribunal can't do any thing to help us", untuk memastikan pemaju mematuhi arahan mahkamah. Dan "the last option will be to sue them in the civil court"? Ini telah jadi "kenyataan" lawak of the century... nak menuntut keadilan lagi? Nak peghabih beras lagi? Lawak!!!


Yang ingin dibuat perbandingan di sini:-

1. RAKYAT MARHAEN iaitu si suami yang gagal membayar ansuran kereta kepada SEBUAH institusi kewangan (bukan dia tidak berusaha untuk membayarnya sehingga meminjam dari pihak lain termasuk along untuk cuba melunaskan hutang bank itu - sila baca berita penuh):-
  • ada batang tubuh untuk dipenjarakan
  • nilai hutang RM30K? ansuran RM100?
  • ada usaha untuk membayar walaupun gagal
  • golongan marhaen yang kurang berada, keluarga hidup susah (kereta, bukan BMW, adalah keperluan)
  • bila gagal, secepat mana si suami ini dikenakan perintah penjara? 10 tahun setelah gagal? kurang dari 1 tahun?
  • hidup keluarga semakin tertekan dengan perintah mahkamah ini

2. Pemaju yang "mengambil" duit RAMAI  pembeli tetapi "gagal" menyerahkan "barangan jualannya" kepada pembeli (yang selalu lebih berusaha untuk "melarikan diri" dari cuba menghidupkan kembali projek-projek terbengkalai):-
  • batang tubuh mana boleh dipenjarakan bila membuat salah? Pengarah syarikat? Syarikat yang "bungkus" bila ada masalah, lalu tidak dapat diambil tindakan? manakala pengarah yang sama tubuh kompeni lain pula?
  • nilai SATU hartanah adalah RATUSAN RIBU ringgit dengan ansuran bulanan mencecah ribuan ringgit. Itu seorang pembeli. Anda kira berapa banyak projek terbengkalai di negara ini? Berapa ramai pembeli yang teraniaya bagi setiap projek? Ambil kalkulator..... (jangan kalkulator yang 7 digit punya!)
  • Ada usaha untuk memulihkan projek terbengkalai? Yang nampaknya KERAJAAN kena masuk campur dengan memberi "fund" atau "projek" lain pula, entahlah. Soalnya, mana pergi jutaan ringgit yang dikutip dari pembeli sedangkan pembeli habuk pun tarak?
  • Nama lagi keparat korporat. Kompeni sana. Kompeni sini. Siap "VEGA MALL" masih beroperasi juga lagi. Percayakah anda yang pengarah-pengarah syarikat projek terbengkalai ini terus hidup merempat apabila "terbengkalai"nya sesuatu projek? Apa yang sebenarnya "terbengkalai"?
  • Berapa lama pembeli menunggu ketibaan "barang" yang dibelinya? 10 tahun? lebih? Berapa lama proses menuntut "keadilan" dimahkamah mengambil masa untuk mula dibicarakan dan akhirnya mendapat "perintah"? Sehingga kini berapa ramaikah pembeli yang mendapat "keadilan" apabila "perintah" tersebut terlaksana sepenuhnya? Atau kena "back to square one" kerana "perintah" tidak mampu dilaksanakan bagi pihak rakyat marhaen?
  • Ada "parent company" bungkus berikutan kegagalan anak syarikat? Persoalannya : Anak syarikat ditubuhkan bagi "melindungi" parent company apabila berlakunya kes-kes terbengkalai ini. SIANG SIANG LAGI SUDAH ADA NIAT UNTUK "MELARIKAN" DIRI. Kenapa sistem perundangan harus membenarkan perkara seperti ini berleluasa? Jadi, sistem keadilan yang ada adalah untuk melindungi pihak-pihak yang ADA NIAT TIDAK SUCI dengan menghukum rakyat marhaen? BEGITU?
Ringkasnya, rakyat MARHAEN dan juga kompeni KEPARAT korporat sama-sama menandatangi PERJANJIAN JUAL BELI yang jelas menggariskan obligasi masing-masing. Ini dibuat dengan penglibatan pihak yang terbabit dengan sistem "keadilan perundangan" negara, iaitu PEGUAM. Siap dengan fee, cukai, stamp duti dan apa balanya lagi.

Sekarang ini apabila pembeli gagal dalam obligasinya, sekilas banget pembeli tersebut akan dimufliskan dan dipenjarakan.

Apa pula yang berlaku apabila kompeni KEPARAT korporat yang gagal dalam obligasinya? Yang sudah memakan masa bertahun-tahun lamanya?

Di mana "keadilan" sistem perundangan dalam hal ini? Harus diingat bahawa kebanyakan pembeli hartanah projek terbengkalai masih lagi dibebankan dengan hutang institusi kewangan walaupun hartanah itu lenyap entah kemana. In short, pembeli "PAYS FOR NOTHING" semata-mata untuk mengelakkan kesusahan yang timbul termasuk dimufliskan atau dipenjarakan. "Keadilan" untuk siapa ini? untuk rakyat MARHAEN? untuk kompeni KEPARAT?

Apa kata "legislators"/"para penggubal undang-undang" yang diundi masuk ke parlimen oleh rakyat MARHAEN? Apa komen mereka apabila rakyat MARHAEN membayar cukai bagi memastikan (salah satunya) institusi keadilan dapat "fund" untuk beroperasi bagi menegakkan keadilan?

"Kebusukan" yang "amat jelek" ini sudah sekian lama dari dahulu hingga sekarang, tanpa sebarang pembelaan yang adil terhadap rakyat MARHAEN, baik dari pihak mereka yang di undi masuk ke parlimen, mahupun pihak yang sepatutnya menegakkan keadilan. Syarikat KEPARAT korporat terus bebas menubuhkan anak syarikat bagi melaksanakan projek yang telah JELAS BERNIAT UNTUK MELARIKAN DIRI sekiranya projek itu terbengkalai. RAKYAT MARHAEN kerugian wang ringgit TANPA memiliki apa yang telah dibelanjakan, MALAHAN berdepan pula dengan tindakan mahkamah apabila tidak membayar ANSURAN institusi kewangan, WALAUPUN bayaran ansuran itu hakikatnya "FOR NOTHING!!"


"Calon PRU yang dapat meringankan dengan berkesan kesengsaraan yang ditanggung oleh rakyat marhaen ini, GERENTI akan diundi di PRU nanti. Tidak kiralah dari parti politik mana sekalipun !!". Alangkah bagus kalau DS Najib "nampak" isu yang "busuk sekian lama ini" lalu bertindak sewajarnya, bukannya melambakkan jutaan ringgit kepada sekolah-sekolah vernakular yang akhirnya tidak juga memberikan undi kepada BN!




Related Posts with Thumbnails