NAJIB KALAH
DI SARAWAK
"ANAK EMAS" 1-MALAYSIA MENANG MENAMBAH KERUSI DUN
rakyat sudah bersedia bersama-sama gerakan massa untuk menumbangkan pakatan. dap tetap menjadi pilihan di hati pengundi cina, sudah terbukti dari prk bukit gantang ,hulu selangor,sibu sampai lah keputusan pilihanraya negeri sarawak semalam.
solusinya mudah. mereka tidak mahu BN. fullstop dan noktah.
rakyat yang semakin memilih BN jangan diperlekehkan sokongan mereka. bumiputera,melayu dan kaum india sudah kembali menyokong BN.
jadi mengapa perlu untuk disusukan kera di hutan jika anak sendiri mati kelaparan.
Zaman dulu saya panggil 'bodek', zaman Najib yang penuh kata-kata bombastik ia dah ditukar jadi 'toleransi'. Dah terbukti berkali-kali, punyalah banyak toleransi Najib berikan kepada kaum cina, ada mereka nak balas dengan undi ? Setakat sokong mulut buat perabis air liur tu banyaklah, pujian melambung kepada segala dasar2 Najib, segala pengiktirafan Najib keatas sekolah cina, segala bantuan kepada kaum mereka dimana semuanya memerlukan pengurangan setimpal dipihak Bumiputera .... tapi adakah mereka balas dalam bentuk yang paling didambakan Najib iaitu undi ?
Bila ditegur, mereka akan melenting. Tapi mereka tetap juga tidak beri undi. Yang paling pelik, Najib tetap juga toleransikan mereka ! Dalam nak marah2kan cina pun, TERPAKSA juga marahkan Najib - Bodoh ke apa ?!
Di Semenanjung sudah tiga parti politik (DAP, MCA dan Gerakan) yang membela kaum ini dengan menekan kerajaan. Tidak cukup lagi kah hingga perlu Pengerusi BN ikut sama jadi juara kaum ini?
Apa yang UMNO perlukan bukanlah BN, tetapi seorang presiden bersemangat Melayu & Bumiputera untuk membela kaumnya sendiri, bukannya disuruh bertoleransi dan berkompromi "blank cheque"/tanpa had kepada kaum-kaum yang menekan.