"Taib Must Go" - Inilah isu utama yang dilaung-laungkan semasa PRN Sarawak baru-baru ini. Bagi saya, "Taib Must Go" ini adalah satu lagi bentuk "sergahan hantu loncat cina". Seperti yang dijangkakan, Najib terus jatuh demam disergah lalu ikut sama "menyanyikan" lagu "Taib Must Go", walaupun tidak begitu lantang.
Kita lihat Taib Mahmud berjaya dengan cemerlang di kawasannya. Paling cemerlang adalah PBB menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya. Boleh dikatakan bahawa sokongan Bumiputera Sarawak meningkat. Keputusan PRN ini membuktikan bahawa "Taib Must Go" itu hanyalah satu lagi bentuk sergahan hantu loncat cina yang menghantui Najib selama ini.
Kalau benar "Taib Must Go", kenapa PBB begitu cemerlang? Kenapa tidak "Dinosaur-dinosaur PENGANGKANG yang MUST GO?". Tidak ingin ke Najib menyanyikan lagu "must go" yang sama kepada mereka ini?. Baca juga artikel PAPAGOMO di SINI.
Saya terdengar di TV, Taib Mahmud berkata bahawa perlu meneliti apakah mesej yang dibawa oleh pengundi-pengundi cina di Sarawak baru-baru ini. Kalau ianya berbau perkauman, usah dilayan. Lebih kurang begitulah yang saya dengar. Sejurus selepas itu Najib pula mengulas keputusan PRN Sarawak (sambil bercakap pasal golf?), something like, kejayaan besar BN di Sarawak. Aduh! Tidak malu ke Najib kepada Taib Mahmud?
Taib Mahmud tegas membela kaum Bumiputera Sarawak. Beliau yakin dan percaya kepada kaum majoriti pribumi Sarawak.Taib Mahmud mengatakan resolusi 1-Malaysia al-kitab itu BODOH!. Apa Taib Mahmud dapat? Ya! PBB sapu bersih dengan sokongan nampaknya meningkat. Bandingkan dengan Najib yang menyisih kaum Melayu di Semenanjung, berkompromi tidak habis-habis dengan kaum pelampau, sedang dia adalah presiden UMNO. Najib lebih percaya serta tidak habis-habis mengejar undi cina, nampak tidak yakin dengan kaum majoriti Melayu Semenanjung dan sanggup mengguris hati mereka dengan dasar liberalisasi serta pemberian gula-gula kepada kaum pelampau dalam setiap PRK. Isu sekecil-kecil "Interlok" pun kerajaan Najib boleh "melutut", bayangkan pula isu al-kitab dan nama "Allah". Apa Najib dapat? Kena kencing bertalu-talu di setiap PRK dan PRN Sarawak, dan semakin hari semakin ramai orang Melayu membenci Najib, bukannya membenci UMNO.
Baca pandangan Matthias Chang yang dimuatkan oleh blog A.P.A (AKU PEDULI APA) DI SINI
Sesiapa yang turut sama menyanyi lagu hantu loncat ini, "Taib Mahmud Must Go", dengar kata Matthias Chang ini:-
This is utter rubbish! If not for the political maturity and the cunning strategy adopted by Tan Sri Taib Mahmud, the Barisan Nasional would have lost more seats. The fact that PBB won all the seats it contested as was the case in all past state elections except in 1987 is a testament to the ability of this “old fox”, a street-wise politician who outsmarted and out-maneuvered his enemies both within and without the Barisan Nasional.
Najib telah membawa "politik melutut" ini ke Sarawak mengakibatkan DAP hampir menyapu bersih di semua kawasan yang ditandinginya dan PKR pula menambah lagi 2 kerusi dari PRN terdahulu. Tengok sajalah isu al-kitab, 10-Point Resolution yang bersemangat 1-Malaysia itu. Bila Taib Mahmud dengan tegasnya berkata "BODOH", Najib bersetuju pulak. Kemudian berkempen dengan mengatakan selagi dia berkuasa, KDN tidak akan tahan bible bahasa Melayu. Aduh! Yang mana satu pendirian Najib ni? Buat malu kepada Taib Mahmud saja!. Ini kejayaan besar BN yang Najib banggakan? Yang menang adalah Taib Mahmud dan PBB dan yang kalah adalah Najib dengan "politik melutut"nya yang tidak habis-habis. Baca artikel-artikel dari DINTURTLE di SINI, SINI dan SINI.Only an idiot and a poor strategist will want to get rid of such a savvy political tactician.
Di Semenanjung, UMNO perlu bergiat mengembalikan sokongan-sokongan kaum majoriti yang kian pudar, sekalipun tanpa presidennya yang ada sekarang ini. Semangat setiakawan BN terbukti disia-siakan sama sekali oleh MCA dan Gerakan. Kenapa kaum majoriti Melayu harus berkompromi bersama-sama Najib untuk menyelamatkan MCA dan Gerakan dengan undi-undi orang Melayu? MCA dan Gerakan sepatutnya bertanding di kawasan-kawasan majoriti cina menentang DAP bagi membuktikan semangat setiakawan mereka, bukannya lari ke kawasan-kawasan majoriti Melayu dan menekan Najib supaya meletakkan mereka sebagai calon di situ.
UMNO sepatutnya menyokong rakan-rakan politik yang menegak serta mendaulatkan Rukun Negara dan Perlembagaan. UMNO wajib menentang sebarang pencabulan terhadap kedua-duanya ini, sekalipun pencabulan itu dilakukan oleh presidennya sendiri.
Demi agama, bangsa dan negara UMNO dan PAS boleh bekerjasama sebagai suatu pasukan "kerajaan-pembangkang" yang sihat. Sebelah pihak mentadbir urus negara, dan sebelah pihak lagi sebagai "check and balance" yang kredibel, bersama-sama menegak dan mendaulatkan Rukun Negara & Perlembagaan. Bersama-sama menentang sebarang pencabulan terhadap kedua-duanya. Parti-parti lain juga diajak untuk berganding bahu selagi parti-parti tersebut hormat dan berjuang menegak serta mendaulatkan asas-asas penubuhan negara ini, "Kerana Mu Malaysia".
Malaysia adalah "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" walaupun terdapat pelbagai kaum. Bahasa Melayu adalah bahasa orang-orang MALAYsia. MALAYsia berteraskan Melayu yang diwarnai dengan begitu gemilang dengan warna-warna pelbagai kaum yang lain. MALAYsia bukan "1-Malaysia" yang pelbagai bahasa dan cacamarba identitinya di mana anak bangsa diasuh dibangku-bangku sekolah VERNAKULAR, sesuatu yang tidak dibuat oleh orang lain di dunia ini.
Jom, sign PETISYEN ini. Kempen SSS memerlukan lebih banyak signatures untuk menolak agen pemecah negara bangsa dari terus bertapak di bumi ini. Elakkan negara ini menjadi negara kera sumbang, membuat sesuatu yang tiada negara lain buat di dunia ini.
Jom, sign PETISYEN ini. Kempen SSS memerlukan lebih banyak signatures untuk menolak agen pemecah negara bangsa dari terus bertapak di bumi ini. Elakkan negara ini menjadi negara kera sumbang, membuat sesuatu yang tiada negara lain buat di dunia ini.