UPDATE 11:30AM
Yang INI pun salah satu dari "Standard Procedure" juga - BELUM MUKTAMAD.
"...Tidak ada siapa berani menggunakan nama 1Malaysia dalam sebarang tindakan kerajaan kalau tanpa keizinan penciptanya. Saya merujuk kepada Formula 1Malaysia dalam isu alKitab...."
DINTURTLE
Artikel Asal (05/04/2011 - 09:43AM)
Udah udahla tu!
Kalau diibaratkan tinju, Anwar dah TKO, dah coma pun! Hentikanlah menibainya lagi. Tengok-tengok saja kalau-kalau dia nak celik mata dan nak bingkas bangun. Masa tu timbuk la lagi! Save your bullet man!!
Anwar dan video seks adalah perkara agak kecil untuk diberikan perhatian terlampau. Anwar sudah TKO dalam Liwat II. Dia dah banyak kehilangan point kena timbuk apabila enggan bersumpah macam orang lain bersumpah. Maka jadilah dia bagai sesumpah. Semakin terang dan jelas lagi apabila beliau berdolak-dalih dalam isu DNA. Dalam Sodomi I pun, jangan buat-buat lupa bahawa para hakim mengatakan bahawa Anwar memang meliwat, cuma bernasib baik atas dasar "teknikal" sahaja.
Biarkan saja orang-orang yang ada mata telinga itu terus MEMBUTA TULI membela Anwar. Sudah jelas mereka-mereka yang PEKAK, LAGI BUTA, LAGI TULI ini mempunyai agenda lain. Dalam hati mereka, bukan mereka percaya yang Anwar itu sebenar-benarnya PAK SYEIKH. Mereka hanya mengambil kesempatan untuk menjayakan agenda mereka sendiri, samada gila kuasa, gila undi, gila politik, tak tahulah. Tapi yang jelas hanya mereka-mereka yang benar PEKAK, LAGI BUTA, LAGI TULI yang tidak dapat melihat fakta-fakta yang jelas terbit dari Sodomi I, Sumpah laknat dan isu DNA.
Jangan habiskan peluru semuanya kepada Anwar. Ingat-ingat musuh yang menunggu saat dan ketika apabila kehabisan peluru.
Rukun dan Perlembagaan Negara ini sudah DIROGOL. Dari Bahasa Kebangsaan, Pendidikan Kebangsaan, Hak-hak rakyat di bawah payung Raja-Raja Melayu dan yang terkini, perkara yang paling tidak dapat dipisahkan dari orang-orang Melayu - AGAMA RASMI NEGARA.
Kalau sudah perkara-perkara utama yang menjadi asas pembentukan negara ini telah diROGOL sewenang-wenangnya, apakah lagi yang akan tinggal kepada pribumi tanahair ini? Musuh kini telah berjaya "memperalatkan" ketua "orang dalam" sendiri untuk MEROGOL Rukun dan Perlembagaan Negara ini.
Samada sedar atau tidak, samada gila kuasa atau tidak, samada lembik nak mampos atau tidak, Bahasa Kebangsaan kini hanya tinggal pada nama, bukan lagi pada kedudukannya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Artikel 152 dan Akta Bahasa.
Pendidikan Kebangsaan kini dirobek-robekkan oleh pendokongan dan pembelaan yang AMAT TEGAR terhadap sistem pendidikan vernakular cina. Begitu TEGAR sekali sehingga berbangga melaung-laungkan kepada dunia bahawa Malaysia ini adalah satu-satunya negara didunia ini yang masih mengamalkan sistem vernakular, sedang negara-negara lain sudahpun membuangnya dari terus mencemari Bangsa dan Negara masing-masing. GILA apakah ini ??!!!
Yang ada diperuntukkan dalam Artikel 153 kini semakin dikikis untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka-mereka yang tidak akan berhenti dari menyalak. Sudah jelas betis yang diberikan melalui dasar liberalisasi (konon), peha kini telahpun lenyap. Kini kepala pula diinjak-injakkan. Kerana apa? Kerana terlalu rendah melutut? Yang 30% hendak dibahagi-bahagikan, yang 70% jangan sekali-kali diusik. Tidak tahu sejarah asas penubuhan negara ini kah?
Atas dasar Semangat 1-Malaysia, maka formula 1-Malaysia diwar-warkan. Formula 1-Malaysia yang menuntut toleransi dan penerimaan mutlak dari kaum-kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi tidak pula nampak disebaliknya. Semangat 1-Malaysia "menghalalkan" serta "menutup sebelah mata" tindakan-tindakan kaum-kaum pelampau yang terus menerus mencemari Bahasa Kebangsaan, menggiatkan sistem pendidikan HARAM, mencabar hak-hak pribumi dan kini benteng terakhir, AGAMA RASMI NEGARA.
Eh! Belum muktamad lagi? Errmm... nothing new!! Berak merata-rata, bila kena herdik, terkejut beruk kata "Belum muktamad lagi". Lepas tu diam-diam, lama-lama muktamad juga formula 1-Malaysia tu! Standard procedure. Orang dah faham sangat dah taktik ni.
Mana mungkin yang minoriti dapat hidup dengan harmoni dan sejahtera sedangkan yang majoriti dalam keadaan begitu keluh kesah? Tidakkah orang-orang Melayu terdetik dihati mereka masa ini bukan lagi masa untuk terus tidur dibuai mimpi enak seperti mimpi "2 pancutan dalam 10 minit?"
KAWAN TELAHPUN MENJADI SETERU
Hidup semalam banyak mengajariku
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu?
Dah jadi hantu
Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi
Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang
Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja
Ingat-ingat tinggalkan satu peluru
Takut-takut kawan yang berganding bahu
Berkesudahan menjadi seteru
Mana tahu?
Dah jadi hantu
Selagi genting belum datang mengetuk pintu
Siapakah yang kanan
Siapa pula yang kiri
Wayang dulu tak pernah reda
Hitam putih terus bertingkah
Helah menghelah mencuri mimpi
Di mana helang terbang ke situku tuju
Biar pun angin mengganas menusuk tubuh
Di mana, biarpun ke pusar mentari ku pergi
Asalkan ku menang
Begitu juga kata-kata rindu dan cinta
Sehati sejiwa, hidup dan mati bersama
Dusta kini sudah lumrah
Hingga benar sukar diterima
Yang tewas tak pernah di puja