Monday, May 31, 2010

Bapak Vernakular


Terbaca sebuah komen oleh "Ding Dong" tentang bapak-bapak Malaysia. Beliau ada menyebut tentang Bapak Vernakular, di sini. Tetapi, bukan semua vernakular. Ianya hanya vernakular (C), kut?

Dalam artikel laman blog Kempen SSS, DS Najib berkata BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah cina. Itu DS Najib yang kata. Tapi apakah sebenarnya beliau berkata-kata di dalam kapasiti Pengerusi BN ataupun itu hanyalah kapasiti peribadi beliau?

Tidak payah bertanyakan orang Melayu UMNO tentang kedudukan sekolah dan bahasa Kebangsaan sebab nampaknya kedua-dua ciri kebangsaan ini macam tidak dipedulikan sangat. Apa pula perasaan MIC? Apakah pendidikan sekolah tamil bukan sahabat BN, sepertimana juga sekolah kebangsaan, yang nampaknya bukan juga sahabat?

DS Najib semenjak menjadi Menteri Pelajaran dulu lagi sudah amat cenderung kepada sekolah cina.
Dan kita dapati dalam 3 pilihanraya yang lepas ini:-

Bagan Pinang
  • Majoriti pengundi adalah Melayu
  • Calon BN adalah jagoh tempatan (Tan Sri Isa Samad)
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah berpihak selesa kepada BN
  • Melayu memberi kemenangan kepada BN 
Apa yang dibuat?
RM900,000 diberikan kepada sekolah dan kuil cina, katanya untuk memancing undi cina.

Hulu Selangor
  • Majoriti pengundi adalah Melayu
  • Calon BN dari MIC (setelah kalah ditekan oleh Sami Vellu?)
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah 50-50 lebih berpihak kepada BN
  • Penduduk majoriti Melayu memberikan kemenangan tipis kepada BN 
Apa yang dibuat?
Samy Vellu mendapat 'orangnya' (Palanivel) sebagai senator (mungkin juga akan mendapat jawatan menteri), MIC dapat Kamalanathan (walaupun majoriti pengundi mahu menengahkan calon Melayu) dan....
RM3 juta diberikan kepada sekolah cina, katanya untuk memancing undi cina.

Sibu
  • Majoriti pengundi adalah Cina
  • Calon BN berketurunan Cina, dikatakan orang kuat tempatan juga
  • Dikatakan kubu BN
  • Ramalan sebelum pilihanraya adalah 50-50 lebih berpihak kepada DAP
  • Penduduk majoriti Cina memberikan kemenangan tipis kepada DAP
Apa yang dibuat? 
RM18 juta diberikan kepada sekolah cina dan lain-lain ('The Deal)', katanya untuk memancing undi cina. Masyarakat cina di Sibu adalah masyarakat yang tidak daif dan Sibu dikatakan pekan tempat tinggal 'billionaire' dan 'millionaire'. 




Persoalan - Betulkah DS Najib terlalu terdesak untuk memancing undi cina? Pertimbangkan perkara-perkara berikut :-
  • DS Najib, semenjak menjadi Menteri Pelajaran dulu lagi (waktu itu BN masih kuat) telah mengambil 'risiko' untuk mendaulatkan pendidikan sekolah cina
  • Sibu, bandar kaya tetapi agak goyah - DS Najib tetap juga menghulur 'The Deal' bernilai RM18 juta kepada masyarakat yang tidak daif, city of millionaire dan billionaire.
  • Hulu Selangor, kubu agak kuat - Walaupun agak 50-50 disebabkan pertelagahan pemilihan calon BN, keadaan menjadi agak lebih selesa sedikit apabila lawan menurunkan Zaid Ibrahim (Orang luar). Tetapi 'The Deal' bernilai RM3 juta masih juga diberikan kepada kaum cina.
  • Bagan Pinang, Kubu Kuat - BN memang yakin dengan kemenangan selesa di Bagan Pinang sebabkan penduduk majoritinya Melayu dan Tan Sri Isa adalah jagoan tempatan. Apa perlunya 'The Deal' yang bernilai RM900,000 kepada kaum cina?
Jadi, sejak dari dulu lagi dan tidak kira juga samada kawasan itu kubu kuat ataupun kubu goyah, orang cina tetap akan mendapat 'gula-gula' dari DS Najib. Jadi, betulkah DS Najib begitu terdesak memerlukan undi kaum cina............????



Wednesday, May 26, 2010

Pendatang


Kita semua pendatang... kecualilah anda tidak percaya kepada bermulanya titik tolak dan asal usul manusia daripada Nabi Adam dan Hawa. Jadi, apa isunya dengan gelaran 'Pendatang' ini?

Kita, manusia, berasal dari satu tempat di mana turunnya Nabi Adam dan Hawa di muka bumi ini pada suatu ketika dahulu. Dari masa ke semasa, kita bertebaran di muka bumi ini. Ada orang singgah dan langsung menetap di Amerika. Mereka bercampur gaul, berasimilisasi dengan penduduk tempatan yang sedia ada, lalu akhirnya mereka di kenali sebagai orang Amerika.

Ada orang yang bukan berasal dari benua Eropah, tapi mereka berhijrah ke England. Mereka bercampur gaul dengan penduduk tempatan, berasimilisasi, patuh kepada undang-undang dan menjadi orang Inggeris akhirnya.

Ada juga yang datang dari benua Afrika, singgah di Asia, membina kehidupan baru di Thailand. Mereka juga berasimilisasi, mengamal budaya tempatan, bercakap bahasa tempatan dan berikrar taat sumpah setia kepada negara Thailand. Maka jadilah mereka orang Thailand, bukan lagi orang Afrika.

Mereka kesemuanya seperti contoh di atas, bukan lagi digelar 'Pendatang' di bumi Amerika, England ataupun Thailand. Walaupun mereka berasal dari negara lain, kini, mereka adalah orang Amerika, orang England dan orang Thailand. Walaupun warna kulit mereka berlainan dengan penduduk asal, tetapi mereka tetap warga Amerika, England dan Thailand kerana mereka telah berasimilisasi, mengamalkan budaya tempatan, hormat serta patuh dengan undang-undang negara dan bercakap bahasa kebangsaan masing-masing.

Di Malaysia ini, ada yang asal usulnya dari Tanah Arab, ada yang dari Tanah Jawa, Tanah Siam, Tanah India, Tanah Besar Negeri Cina dan dari segenap pelusuk dunia lagi. Hari ini mereka bukan lagi dikenali sebagai orang Arab, orang Indonesia, Orang Thai, Orang India, Orang Cina; tetapi mereka adalah orang Malaysia kerana mereka dan keturunan masing-masing telah berjaya berasilimisasi, mengamalkan budaya tempatan dan bertutur bahasa Kebangsaan tempatan.

Tetapi masih ada yang kekal sebagai 'Pendatang'. Sekalipun lahir di bumi asing, mereka tetap mengekalkan status 'Pendatang' mereka. Cuma mereka tidak gelarkan diri mereka 'Pendatang', walaupun pada hakikatnya mereka sememangnya 'Pendatang'. Mereka berada di bumi asing. Kaki mereka berpijak di bumi asing, langit negara asal jua yang mereka junjung.

"They came here to start a new life"
(Ini akuan mereka sendiri. Memang mereka ini 'Pendatang' pada asalnya mencari kehidupan baru di bumi asing yang jauh)

"They ended up starting a whole new culture"
(Inilah bukti mereka masih juga 'Pendatang', kerana membawa budaya mereka ke bumi asing. "Pendatang' sememangnya kekal 'Pendatang' kerana tidak mahu berasimilisasi. Mereka tetap dengan budaya mereka, bahasa mereka di bumi yang asing)


Pada mulanya mereka hanya datang untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di bumi asing di lombong-lombong bijih. Malah mereka sendiri pun terperanjat apabila....

"RICHES OF GOLD
SILVER AND PRECIOUS STONES
Surprisingly all were gained
through mining tin"


Baik sungguh penduduk-penduduk asal Tanah Melayu. Memberi harapan kehidupan baru di bumi yang jauh kepada 'Pendatang'. Merelakan kekayaan bumi sendiri kepada 'Pendatang'. Berkongsi tanah tumpah darah dengan menganugerahkan taraf warga negara kepada 'Pendatang'.

Ucapan 'terima kasih' yang semacam mana dibalas kepada penduduk-penduduk asal Tanah Melayu? Memutarbelit makna sebenar 'Ketuanan Melayu' sehingga ungkapan tersebut menjadi begitu buruk? Mempersoalkan yang sememangnya sediaada pada penduduk-penduduk Tanah Melayu dengan mendakwanya ianya tidak adil dan sama rata? Cuba melakukan jenayah sosial yang terancang dengan menakluki serta menghapuskan budaya tempatan lalu mahu diganti dengan budaya negaral asal mereka? Semuanya ini dilakukan dengan menidakkan kedaulatan Bahasa Kebangsaan, dan menjunjung bahasa asing mereka? What else Do They Want?

** Kedua-dua foto di atas dirakamkan pada bulan Mei 2010, dari gambar hiasan dinding yang terdapat di salah satu tangga bergerak (elevator) yang ada di pusat membelibelah 1-Utama, Petaling Jaya, Selangor. Sebagaimana yang ramai maklum, 1-Utama adalah salah sebuah pusat membelibelah terulung negara di mana ianya menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong tempatan malah juga menjadi tumpuan pelancong-pelancong asing. Agaknya, itulah kenyataan yang ingin disebarkan  oleh 'Pendatang' di mata dunia.  

New Crop Circle Formation

Copy paste without prior permission from Marina Master (http://www.marinasmasters.com/2006/)
Marina's Masters - Latest News
maandag 24 mei 2010
New Wilton, Wiltshire Crop Circle Signals a Major Communication Event is Coming

First reported on May 22, 2010, a new formation at the Wilton Windmill, near Wilton, Wiltshire is a clear harbinger of what could be a major communication event this season.

As always, Mark Fussell and Stuart Dike of the Crop Circle Connector web site are on the case and doing a brilliant job of it.

In the Crop Circle Connector report, Lucy Pringle states: "It certainly resembles a computer disc? Any explanation most welcome as I believe this is important."

Lucy is on the right track, because this is clearly a computer related glyph.
Posted: 12:26:37 PM 
Crop circle hiding - beautiful maths formula appears in rape seed field
Lucy Pringle, a renowned crop circle researcher was puzzled by what appears to be a hidden code based on complex numbers within the shape.
She said: 'I believe it contains binary, a numeral system, or base-2 number system that represents numeric values using two symbols, 0 and 1.
'Working from the centre outwards, people are suggesting it has a connection to Leonhard Euler's theorem e^(i)pi+1=0 which is thought to be one of the most beautiful theorems in mathematics.'
She added that it could even contain a hidden tune.
Carved out in a barley field, the Barbury Castle crop circle was a pictorial representation of the first ten digits of Pi, one of the most fundamental symbols in mathematics. The image was an example of what is known as a fractal, or geometric pattern.
It was solved by astrophysicist Mike Reed who saw a picture of the crop circle and made the mathematical link.
Crop circle designs have developed from simple circles in the 1970s to pictorial designs in the late 1980s and binary number designers from 2001.
Posted: 7:18:30 AM 

Tuesday, May 25, 2010

Mengenai Judi Berlesen


Ramai yang meluahkan pandangan masing-masing mengenai pengeluaran lesen "sport betting" (lesen judi) oleh kerajaan pimpinan Najib Tun Razak baru-baru ini.

Secara ringkasnya, di antara pandangan-pandangan yang nampaknya menyebelahi atau mempertahankan pengeluaran lesen judi ini adalah:-
  • Untuk mengawal/membendung kegiatan judi haram
  • Kerajaan akan mendapat perolehan dari perlesenan judi ini
  • Kerajaan perlu pastikan (jamin) bahawa orang Islam tidak akan terbabit
  • Kegiatan judi berlesen seperti Sport Toto, Magnum, Genting dsb telah lama beroperasi di negara ini
  • Banyak lagi benda haram lain di negara ini kalau hendak dipertikaikan seperti pelacuran, arak, ternakan babi dll

Persoalannya - Adakah dengan pemberian lesen judi ini, ianya akan:-
  • menjamin terhapusnya kegiatan judi haram?
  • Atau ianya akan menjadi pemangkin kepada kegiatan judi haram, maupun halal (berlesen) kerana kerajaan lambat laun akan mempertimbangkan pemberian lesen ini kepada kegiatan judi haram akhirnya? 
  • Walaupun ada undang-undang dan perlesenan, setiap hari akan ada orang yang melanggarnya. Sejauh mana kebenarannya alasan pemberian lesen itu adalah untuk mengawal kegiatan judi haram? Ada atau tidak lesen judi ini, kegiatan judi haram pasti tetap wujud, cuma kegiatan judi itu akan jadi lebih "friendly" di negara-negara yang bersedia untuk mengeluarkan lesen judi.

Persoalan kepada alasan kerajaan akan mendapat perolehan dari perlesenan judi ini yang boleh digunakan untuk membina infrasturuktur-infrastruktur awam, contohnya.
  • Apakah kerajaan tidak perlu memikirkan tentang kos bebanan untuk menyediakan peruntukan bagi menangani gejala-gejala sosial yang akan timbul dari kegiatan berjudi seperti bangkrap, mencuri, merompak, kerosakan harta awam, keruntuhan akhlak dsb? Tidak perlulah diulas panjang mengenai gejala-gejala ini. Hanya satu contoh kecil di sini.  Yang kaya adalah taukeh judi yang boleh dibilang dengan jari dan boleh berhijrah ke negara aman dengan hasil judinya. Yang akan membawa kepada keruntuhan sesebuah masyarakat itu adalah beribu-ribu peminat dan pemain judi yang sudah tentunya mencari apa jua jalan untuk mendapatkan duit untuk berjudi.
  • Tidak payah juga diulas panjang mengenai "rezeki yang sememangnya diketahui dari mana puncanya".
  • Wajarkah perolehan dari perlesenan judi itu apabila dibandingkan dengan prospek keruntuhan sesebuah masyarakat?
Judi dan Agama - ada yang menyeru supaya kerajaan menjamin bahawa orang-orang Islam tidak akan terlibat. Maksudnya - benarkan judi itu hanya kepada bukan islam. Persoalannya:-
  • Hanya agama Islam kah yang melarang judi? Penulis merasakan semua agama yang ada di atas muka bumi ini melarang judi.
  • Akan jadi "halal"kah judi itu di sisi agama, agama apa sekalipun, sebaik saja ianya dilesenkan?
  • Seperti juga ada undang-undang. Adanya agama sekalipun, ianya tidak dapat menjamin bahawa setiap orang akan menjauhkan diri dari judi. Pasti ada juga orang yang berjudi. Jadi tanggungjawab membendung perlu dilakukan saban hari dengan menguatkuasakan undang-undang, bukan ambil mudah dengan mengeluarkan lesen judi. Kegiatan judi haram tidak akan terhapus, malah dikhuatiri semakin rancak, dengan pengeluaran lesen judi.
Ada juga yang menjadikan alasan telah terdapat kegiatan judi berlesen di negara ini seperti Sport Toto, Magnum, Genting dll. Kenapa judi sahaja? Pelacuran juga haram. Penternakan babi juga haram? Arak juga haram? tambah mereka. Persoalannya:-
  • Adakah kita ingin terus menerus bergelumang melakukan perkara-perkara yang diketahui dengan jelas ianya haram dan mempunyai prospek untuk meruntuhkan masyarakat? Dah ada, tapi kita masih juga lagi nak tambah dengan yang baru?
  • Harus dan wajarkah yang telah sedia ada kini dijadikan sandaran dan alasan untuk mewujudkan suatu yang baru?
  • Tiada sesiapapun yang sunyi dari kesilapannya. Tapi apakah kita hendak belajar dari kesilapan yang telah berlaku ataupun kita hendak terus melakukan kesilapan? Apakah kita lebih gemar melakukan lebih banyak kerosakan lagi ataupun cuba memperbaiki dengan sedaya upaya?
Tidakkah kita mahu Magnum 3D lenyap di suatu masa hadapan nanti? atau kita hendak menggalakkan lagi Magnum 3D dengan pemberian lesen judi yang baru? (samada baru, atau lesen yang diaktifkan kembali, ianya sama saja. Kalau lesen itu boleh dibekukan, tentu sekali ianya boleh juga dibatalkan sama sekali, bukan?)
Dulu ada Loteri Kebajikan Masyarakat, hari ini?

Saturday, May 22, 2010

Yang Teristimewa


Saya tertarik dengan tulisan The Scribe A Kadir Jasin yang dipetik seperti berikut:-
Tan Sri Vincent Tan telah meraih lebih RM500 juta sebaik saja Menteri Kewangan, Dato Awang Adek, menandatangani surat kelulusan lesen judi. Awang Adek hanyalah 'YES MINISTER'.  Najib sebenarnya yang sudah lama berhasrat untuk memberikan lesen judi tersebut. Telah menjadi tugas Awang Adek, sebagai Menteri di dalam kabinet Najib untuk merealisasikan kemahuan Bossnya, tanpa melawan walaupun Awang Adek seorang Melayu beragama Islam (Awe Adek nih 'Oghe Kelate' ko???).

Kita tinggalkan Awe Adek dan bossnya, Najib. Kita beralih pula pada Vincent Tan.

Vincent Tan seorang 'business man' yang terkenal sudah tentu akan memanafaatkan RM500 juta lebih yang diraihnya itu dengan sebaik-baiknya. Mungkin sekali beliau akan melabur sebahagian perolehan itu untuk memungkinkan perolehan yang lebih besar lagi. Maklumlah, RM500 juta tu macam-macam boleh dibuat dan sekiranya pelaburan itu berjaya, ratusan juta ringgit itu tentu sekali akan menjadi puluhan bilion ringgit.

Contoh la....

Dengan RM500 juta lebih itu Vincent Tan akan membuka perniagaan baru dengan anak syarikat baru, katalah sebuah syarikat tempatan berkaitan hartanah. Kita nak tanya:-
  • Mungkinkah Tan Sri mengambil orang Asli, orang Melayu, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain bukan cina (AMSSL) untuk mengendalikan sepenuhnya anak syarikat baru tersebut ataupun, CEO anak syarikat tersebut akan meletak syarat - "Required Language(s) : Chinese, English" sebelum salah seorang AMSSL dapat dilantik ke dalam syarikat untuk digaji sebagai 'office boy'? 
  • Ataupun Tan Sri laburkannya "strictly" ke dalam jaringan 'Tan's Families 'sahaja supaya 'Empire Vincent Tan' dalam dunia perniagaan akan terus gah biarpun  masih terdapat sebilangan besar masyarakat AMSSL yang masih daif kerana sasaran NEP/DEB belum lagi tercapai? Ataupun dilaburkan kepada kaum cina sahaja yang dikatakan telah di diskriminasikan dengan begitu teruk sekali di bumi Malaysia ini?
  • Awang Adek dah berkongsi dakwat pen, Najib dah berkongsi kuasa ketua kerajaan yang telah dianugerahkan kepadanya melalui undi majoriti oleh AMSSL. Tan Sri berkongsi apa? Dengan siapa? 
Cuba kita kembali semula pada Najib (Tak payahlah berbalik kepada Awang Adek)... dan bertanya....
  • Macamana susur galurnya yang memungkinkan Tan Sri Vincent tu dapat RM500 juta lebih ek?
  • Bukankah dalam pilihanraya majoriti telah mengundi BN sebagai kerajaan lalu Dato Seri jadi Perdana Menterinya? Bukankah majoriti itu hampir 70% yang terdiri dari Orang Melayu dan Bumiputera? Dan dengan kuasa ketua kerajaan Dato Seri bagi RM500 juta lebih melalui kelulusan lesen judi? Eh! Jadinya rakyat lah yang bagi lesen judi tu ek? Haram jadah rakyat ni! Tak nak tubuhkan satu GLC betting kuda lari ke, Jib?
  • Kenapa ek Dato Seri laksanakan Dasar Liberalisasi di mana banyak yang ada pada Orang Melayu telah ditarik balik? Tak nak Liberalisaikan juga ke yang RM500 juta lebih tu? MEB/NEM apa citer?
Malaslah nak tanya banyak-banyak... Ini baru RM500 juta lebih yang melibatkan Ascot Sports, yang lain-lain lagi? Mungkin bernilai berbillion-billion tu. Ada lagi ke, Encik Taek Jho Low?

Kalaulah yang mungkin berbilion-bilion itu (atau setidak-tidaknya RM500 juta lebih) dapat dimanafaatkan kepada masyarakat/rakyat, bukannya kepada individu-individu tertentu, mungkin The Scribe A Kadir Jasin tidak menulis perenggan ini:-
Official statistics that accompanied the launching of the New Economic Model, show that 60 per cent of households earn below RM3,000 a month, and 80 per cent of them are Bumiputera households
Jadi betul ke Orang Melayu dan Bumiputera ini mendapat layanan yang begitu istimewa dari kerajaan, sehinggakan Dato' Seri nampaknya begitu bersikap apologetik kepada kaum cina di Malaysia ini? 

Friday, May 21, 2010

The Economy Policy Poll


The poll is academic as Najib has already set his mind on the New Economy Model (NEM), replacing the New Economy Policy (NEP). What else is new? At this point, we are hoping that the NEM (which detailed plan has yet to be finalised) will not be 'hazardous' to this country and her people. Article written by A Voice (quoted below) is not to be missed. 


The poll question :-

Economic Policy - What Do We Want?

was conducted on my other blog, ...L I S T E D !!! from 19 March, 2010 till 20 May, 2010 (2 months). 349 votes were registered. The result is as follows:-
  • 95% (333 votes) respondents voted "To continue with NEP" (New Economy Policy or Dasar Ekonomi Baru)
  • About 4 % (14 votes) respondents voted "To Scrap NEP" and,
  • Less than 1% (2 votes) respondents were indifferent.

Readers are invited to read more about the Poll or rather the New Economy Model (MEB) / Model Ekonomi Baru (MEB) here.

Quoting from the blogger A Voice of Another Brick In The Wall :-

UPDATE - 30/05/10

Thursday, May 20, 2010

We Are One


Maybe we are different.... maybe we are not the same...
but.. we are...

One Race, One Nation
We speak One Language!

Quoting It From.......................

Di antara 1Kelantan dan 1Malaysia Najib - Apa Dia Konsep 'Oghe Kito' & 'Oghe Luar'?
"...Rakyat atau orang Kelantan dari pelbagai keturunan etnik itu memang merasai nilai kesatuan dan perpaduan mereka...
...Orang Kelantan tidak gemar kalau mereka dikatakan bersemangat kenegerian dan kedaerahan. Mereka lebih kekitaan dengan rasa ‘samo kito’. Mereka boleh berkelahi kerana politik dalaman tetapi bersatu hati dalam budaya...
...ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’...
...Jika formula 1Malaysia diharapkan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi, maka kedua-duanya memang ada pada jiwa orang Kelantan...
Nama-nama seperti Dr Lim Swee Tin, Awang Abdullah, Azlee Lee (Lee Chong Beng), Selina Lee, Eh Deng, Chua Tek Lui, Seri Neng Buah dan lain-lain. Tanya mereka tentang konsep ‘oghe kito’ dan ‘oghe luar’. Cara begitulah yang kita harapkan rakyat Malaysia menerima hakikat sejarah, kebudayaan dan sistem pemerintahan Malaysia... 
...Penerimaan prinsip-prinsip kenegaraan berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara, sesuatu yang dijunjung tinggi orang Kelantan. Mereka tahu keluhuran Perlembagaan Negeri. Orang Kelantan juga mahukan keadilan sosial. Mereka faham antara hak negeri dengan hak negara, hak antara kaum dan sebagainya..."
 Neutral Daily

Wednesday, May 19, 2010

For A More Polite Life


Bahasa Inggeris, sebagaimana yang lazimnya dipertuturkan dewasa ini di bumi yang mana di suatu ketika dahulu penduduknya terkenal dengan sopan santun serta halus budi bahasanya. Kiranya bukan penjajah yang memperkenalkan bahasa sebegini rupa....


WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

Malaysians (?): No stock.

RETURNING A CALL

Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?

Malaysians (?): Hello, who call?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY

Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?

Malaysians (?): S-kew me.

WHEN ASKING FOR PERMISSION

Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?

Malaysians (?): (pointing at the door) Can ah?

WHEN ENTERTAINING

Britons: Please make yourself right at home.

Malaysians (?): No need shy shy one lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE

Britons: I don't recall you giving me the money.

Malaysians (?): Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER

Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind...

Malaysians (?): Don't want lah.

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.

Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here.

Malaysians (?): Shut up lah!

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.

Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment..

Malaysians (?): Die lah!!

WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG

Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.

Malaysians (?): Like that also don't know how to do!

WHEN ONE IS ANGRY

Britons: Would you mind not disturbing me?

Malaysians (?): Cilaka Lu!

Is it simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.
or is it simply the need to live
FOR A MORE POLITE LIFE?
(http://gakcity.com)

Tuesday, May 18, 2010

Nano Spider

Copy paste without prior permission from Marina Master (http://www.marinasmasters.com/2006/)
Marina's Masters - Latest News
zaterdag 15 mei 2010
Meet the nano-spiders

Scientists have created microscopic robots out of DNA molecules that can walk, turn and even create tiny products of their own on a nano-scale assembly line.

The ground-breaking devices outlined in the journal Nature, could one day lead to armies of surgeon robots that could clean human arteries or build computer components.

In one of the projects a team from New York's Columbia University created a spider bot just four nanometres across. This is about 100,000 times smaller than the diameter of a human hair.

Posted: 11:24:58 AM  

 (http://www.slipperybrick.com/wp-content/uploads/2008/05/bae_spider.jpg)

Monday, May 17, 2010

Kaki Kencing


 Mereka tidak memilih dan menyokong anda sebagai ketua untuk anda merelakan diri anda dikencing, kiri dan kanan, dan berkali-kali.

KENA LAGI !!!!




Bak Kata Pepatah....

Yang dikejar, tak dapat .... (kena kencing ada laa!!!) 

Yang dikendong berciciran....... 
(yang memberikan undi kepada anda semakin terhiris hatinya)

Tidakkah anda terfikir sejenak bahawa sikap apologetik anda telah begitu terlampau dan terlalu melebihi had? 

Mana ada orang memilih seorang ketua untuk dikencingkan sebegitu sekali?

Mereka boleh menerima kekalahan dengan hati yang ceria sekiranya ketua mereka tegas, berani dan tidak mengalah serta tidak apologetik dengan tidak bertempat.

Tapi bagaimana mereka dapat menerima seorang ketua yang apologetik melebihi batas sehingga semuanya tergadai termasuk maruah kerana dipermain-mainkan oleh kaum yang tidak menghormati Rukun dan Perlembagaan Negara?!  

Saturday, May 15, 2010

Sejarah Yang Cuba DiPadamkan


Saya baru sahaja memetik tulisan blog terbaru REVERT yang membicara tentang orang yang sebenar yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan ekonomi Singapura. Mengikut REVERT, Albert Winsemius adalah "architect of Singapore's glory" walaupun berita-berita di seberang Tebrau cuba menonjolkan nama "Goh Keng Swee".

Tulisan REVERT kali ini menarik perhatian untuk saya petik di blog ...L I S T E D !!! kerana ianya dilihat sebagai suatu cubaan untuk memutarbelitkan sejarah, memadamkan sejarah atau menulis semula sejarah dengan menghapuskan fakta asal lalu digantikan dengan suatu "dongeng". Generasi baru yang tidak berada di lingkungan zaman fakta asal akan mempercayai "dongeng" yang ditulis dan akan menganggapnya sebagai fakta sejarah yang sebenar.

13 Mei baru saja berlalu dan memang ada kedengaran orang-orang yang mempunyai agenda tertentu telahpun cuba melakukan perkara yang sama, iaitu memutarbelitkan fakta sejarah atau menulis semula sejarah 13 Mei, agaknya dengan harapan supaya fakta sebenar 13 Mei akan tenggelam dan terhapus.

Hari ini, secara ringkasnya kejadian 13 Mei itu berlaku setelah pihak pembangkang memenangi beberapa kawasan pilihanraya. Kemenangan ini disambut dengan perarakan haram yang dipenuhi dengan celaan, maki hamun yang dilemparkan kepada penduduk tempatan di samping memperarakan bendera negara China serta gambar Mao Tze Tung.

Sebuah analisis oleh Jebat Must Die mengenai kejadian 13Mei ini boleh didapati SINI. Beliau juga menulis "May 13th 1969 - The Correct View" - Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4.

Berbalik semula kepada "Sejarah Ekonomi Singapura", diperenggan akhir REVERT memetik:-
"...It is senseless to launch an economic development programme in a country which lacks political stability and does not have a government that sticks to that programme in the knowledge that, one day, it will be recognized and rewarded by the voters..." 
Perenggan tersebut telah menimbulkan persoalan-persoalan ini kepada saya:-
  • PM sedang melancarkan MEB sekarang ini. Ini kenyataan terbaru yang dipetik dari Pribumi Perkasa ketika ini. 
  • Adakah keadaan politik ketika ini semakin stabil dan mengukuh ataupun disebaliknya? Kini kegelisahan Orang Melayu terhadap pemimpin nampaknya semakin disuarakan.
  • Adakah kerajaan kini terkenal sebagai kerajaan yang tetap kekal patuh kepada apa-apa program yang dilancarkan? Adakah pemimpin serta kerajaan kini begitu menghayati serta mengambil berat tentang Rukun dan Perlembagaan Negara?
  • Siapakah pengundi yang memberikan undi kemenangan sebenarnya? Majoriti ataupun mereka-mereka yang kuat bersuara serta mendesak? 


(http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2010/03/17/170310_POLITICKING_LAND.jpg)

Akhir sekali, kerajaan cuba memberikan penjelasan mengenai lesen judi yang terkini "dihalalkan" operasinya.  Biasalah, penjelasan politik yang panjang dan berbelit-belit. Soalannya masih tetap lagi "Adakah atau tidak lesen judi itu diberikan?"

Kerajaan dulu boleh berikan lesen itu dan kemudian membekukannya. Kerajaan kini boleh meneruskan keadaan sama, menarik balik atau memberikan lesen itu semula, bukan? Soalnya, apakah kerajaan mengambil berat serta menghayati Rukun & Perlembagaan Negara? 

Percaya kepada Tuhan, Islam agama rasmi negara, malahan agama-agama lainpun tidak menggalakkkan judi, tetapi kerajaan?

Friday, May 14, 2010

Addicted to Technology


'Well over 10 years ago' cartoons.....
... for today ....
.... by Randy Glasbergen


ADDICTED TO TECHNOLOGY

Wednesday, May 12, 2010

It Does Not Matter Who You Are


Maybe you are the leader of the country .....

or...
















but the fact is this .........
















(but not all wives)
It does not matter who you are.....
.

The most difficult  phase of life
is not when no one understands you;
It is when you don't understand yourself.

Sunday, May 9, 2010

Telah Lupakah Kepada Rukun dan Perlembagaan Negara?




Sebuah perenggan yang dipetik dari blog The Unspinners:-
"Katanya lagi tempat yang paling elok untuk berpolitik ialah di masjid, maka siapa yang tidak benarkan masjid dijadikan tempat berpolitik sebagai tak reti agama dan bodoh."
Isu yang sama juga telah dipaparkan oleh ramai penulis blog, yang mana sebahagian kecilnya terdiri dari:-
Perkataan "bodoh" adalah suatu penghinaan. Dalam hal ini ianya merupakan suatu tuduhan yang berbaur politik yang juga nampaknya merupakan satu "serangan balas" terhadap seseorang. Yang dikatakan melakukan tuduhan hina ini adalah seorang yang bergelar "ulamak" dan berpangkat Menteri Besar??? 

Walau apapun tuduhan dan pangkat sipenuduh itu, yang menjadi kegelisahan rakyat adalah, ianya melibatkan kemuliaan serta kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Sekiranya benar ini berlaku, ianya adalah secara terang-terangan telah melanggar Rukun dan Perlembagaan Negara.

Perkara ini wajib diambil tindakan sewajarnya dan pihak berwajib mestilah mula bertegas tanpa berlengah lagi untuk memelihara Rukun dan Perlembagaan Negara sepanjang masa. Rukun dan Perlembagaan Negara semakin hari dicabar, dicabul dan dihina baik secara terang-terangan ataupun berselindung, bukan saja oleh pihak "di sebelah sana", tetapi juga oleh "pihak di sebelah sini", termasuk pemimpin-pemimpin sendiri (Apa cerita dengan Bahasa Kebangsaan? Apa cerita anak luar nikah diberikan "bin"? Apa cerita macam-macam lagi?). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka suatu hari nanti negara ini akan kucar kacir tanpa sesiapapun akan benar-benar menghormati Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.

TELAH LUPAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN KERAJAAN KINI KEPADA RUKUN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA?

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Saturday, May 8, 2010

Preview of NEM?


Whatever the New Economy Model (NEM) will be... dont let it come to this........


The economy is so bad that...

I got a pre-declined credit card in the mail.

I ordered a burger at McDonald's and the kid behind the counter asked, "Can you afford fries with that?"

CEO's are now playing miniature golf.

Exxon-Mobil laid off 25 Congressmen.

If the bank returns your check marked "Insufficient Funds," you call them and ask if they meant you or them.

Hot Wheels and Matchbox stocks are trading higher than GM.

McDonald's is selling the 1/4 ouncer.

Parents in Beverly Hills fired their nannies and learned their children's names.

A truckload of Americans was caught sneaking into Mexico.

Dick Cheney took his stockbroker hunting.

Motel Six can’t afford to leave the light on anymore.

The Mafia is laying off judges.

Congress says they are looking into this Bernard Madoff scandal. Oh, great!! The guy who made $50 billion disappear is being investigated by the people who made $1.5 trillion disappear!

And, finally....

I was so depressed last night thinking about the economy, wars, jobs, my savings, Social Security, retirement funds, etc., I called the Suicide Hotline. I got a call center in Pakistan, and when I told them I was suicidal, they got all excited, and asked if I could drive a truck.

Friday, May 7, 2010

Menghalal Langkah Kearah Pencapaian Status Negara Perjudian


Saya membaca tulisan blog PILIHANANDA di sini. Saya teringat kenyataan yang pernah dibuat oleh DS Najib beberapa ketika dahulu mengenai pertimbangan untuk memberi lesen pertaruhan (perjudian) Piala Dunia Bolasepak 2010.

Kenyataan terbaru seperti yang dipautkan oleh blog PILIHANANDA adalah dari Utusan Malaysia Online di sini. Kenyataan dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Kenyataan yang dibuat oleh DS Najib adalah sekitar akhir bulan March lepas. Melalui carian, beberapa pautan mengenai kenyataan DS Najib adalah seperti senarai ini:-
Hasrat untuk mempertimbangkan pemberian lesen judi oleh kerajaan ini telah disuarakan sendiri oleh ketua kerajaan, DS Najib pada bulan March dahulu. Kini hasrat ini, telahpun disampaikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, yang saya kira Kementerian yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pemberian lesen ini.

Persoalannya.
  • Apakah yang membuatkan DS Najib mengumumkan hasrat kerajaan untuk menimbang pemberian lesen judi ini?
  • Adakah DS Najib suka berjudi? Ataupun sudah jadi kaki judi?
  • Adakah DS Najib didesak oleh taukeh-taukeh judi? Taukeh Cina? India? Melayu? Bumiputera?
  • Adakah masuk akal untuk menganggap DS Najib tidak tahu tentang kedudukan negara Malaysia, Rukun Negara, Perlembagaannya, Agama rasminya? Melanggar Perlembagaan adalah merupakan suatu perbuatan jenayah.
Alasan yang diberikan oleh Awang Adek adalah amat dangkal bagi saya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Amat memalukan sebuah negara yang agama rasminya Islam menghalalkan judi. Kenapa tidak dihalalkan sahaja pelacuran sekali? Negara ada undang-undang. Negara juga ada agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Kegiatan haram akan tetap juga berlaku. Laksanakanlah Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang dari masa ke semasa.

Yang haram, tangkap, hukum, denda, buang negeri dsb. Yang ada lesen, pastikan ianya mengikut peraturan yang dilesenkan. Bukan begitu?

Sejak bila kegiatan haram ada peraturan tertentu?  Nampak sangat pemikiran kerajaan menjurus kepada "yang haram boleh dihalalkan apabila diberikan lesen". Kalau begitu, berikan sahaja lesen kepada ibu-ibu dan bapak-bapak ayam. Beri juga lesen "007 License To Kill" apabila bapak-bapak gangster memohon kepada Kementerian Dalam Negeri. Kita gunakan hasil dari lesen-lesen ini untuk pendidikan anak bangsa, menaikan taraf kehidupan rakyat, membina prasarana dan sebagainya.

Akan ada yang mengatakan bahawa telah ada kasino di Genting dan kedai-kedai nombor ekor yang "halal" di negara ini. Persoalanya - adakah kita hendak menjadikan kesilapan yang lepas untuk menghalalkan  atau terus melakukan kesilapan baru? Sepatutnya kita cuba memperbaiki kesilapan yang lepas dan berhenti dari melakukan kesilapan yang baru.

Akan ada juga yang mengatakakan, "judi haram, pelacuran masih juga berleluasa, beri atau tidak beri lesen sekalipun". Sebab itulah negara ini ada Menteri Dalam Negeri. Ada Polis. Ada Agensi-agensi penguatkuasaan. Kalau tidak, mereka-mereka ni nak buat kerja apa?

Apabila hasrat dari Ketua Kerajaan (DS Najib) telahpun sampai kepada menteri (Kementerian Kewangan), maka nampaknya, DS Najib sememangnya berhasrat untuk merealisasikan lesen judi ini.

Teringat suatu ketika dahulu, ahli Parlimen Brunei bersuara menentang pemberian lesen arak di negara Brunei.

Bin Laden

Below, was the copy-paste taken from "Marina's Masters" (http://www.marinasmasters.com/2006/), yesterday.
(No prior permission sought from Marina Masters)

Marina's Masters - Latest News 
woensdag 5 mei 2010
No, Bin Laden is D E A D, there are OTHERS in Washington who set the stage for a perfect (so they think) crime: 
Where's Bin Laden? He's in Washington DC, says Mahmoud Ahmadinejad
"They were colleagues, in fact, in the old days. You know that. They were in the oil business together. They worked together. Mr Bin Laden never cooperated with Iran but he cooperated with Mr Bush."
Thus setting another stage for another crime: invade Iran.
Please search in this site 9 1 1 and Loose Change and educate self ....
Posted: 11:19:32 PM 
Related Posts with Thumbnails