Sengaja ingin "RE-print" apa yang telah diterbitkan oleh ...LISTED !!!, yang dicedok dari blogger PARTI MELAYU - DINTURTLE.
Supaya "Melayu Tidak Lupa" dan terus bermimpi indah bersulamkan angan-angan Mat Jenin. Supaya sentiasa ingat nama bumi ini sebelumnya, yang kini bernama MALAYsia, bukan terkeliru dengan ketegaran pemimpin seolah-olah ingin "menjati-dirikan" MALAYsia ini sebagai CINAsia.
Berpuluh dasar menghakis begitu senang dilupakan selepas disejukkan oleh satu ucapan retorik yang bersembur-sembur dan berdegar-degar.... begitu senang Melayu lupa?
DINTURTLE
Apa juga tindakan dan polisi kerajaan yang diperkenalkan Najib sebelum ini tetap berkuatkuasa dan tidak berubah. Segala dasar-dasarLiberalisasi Najib yang mengikis Hak Melayu tetap bertahan. Segala perancangan Liberal Najib pada masa akan datang tetap juga akan Najib teruskan.
Kenapa? Sebab beri hadiah je maka semua 'kesalahan' Najib kira dah settle ? NO WAY !
Tidak ada yang ubahnya. Malah kita kena sentiasa berwaspada akan tindak tanduk Najib yang licik dalam meLiberalkan segala Hak Melayu yang ada.
Najib masih lagi pemimpin Melayu Liberal. Najib masih lagi pemimpin yang berbangga dengan sekolah cina dan bahasa cina. Pembodekan Najib kepada cina akan Najib teruskan juga.
Nak tambah sikit lagi....
Nak tambah sikit lagi....
ANTIHIPOKRIT
... polisi Najib yang terlalu mesra Cina dan mengenepikan Melayu. Melayu disuruh jangan rampas hak kaum lain. Disuruh berdikari, disuruh jangan bergantung dgn kerajaan. Sebaliknya Cina, dibantu segenap segi. Walaupun dah kaya raya. Disuap dengan pengukuhan budaya dan bahasa sendiri walaupun tinggal di Tanah Melayu.
Tidak pula disuruh melupakan kiblat asal usul mereka dan berintegrasi dengan kaum pribumi dan mengutamakan Bahasa Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan uzur nak mampus terutama di Sabah dan Sarawak. SJKC tersergam indah lagi diberi peruntukan berjuta semata-mata untuk mendapat undi. Biasiswa khas untuk Pribumi disuruh kongsi dengan kaum lain dgn ratio yang tak menggambarkan populasi penduduk 55:45 tetapi biasiswa syarikat kepunyaan kaum Cina hanya layak untuk kaum mereka sahaja. Jadi inikah 1Malaysia?