Satu berita yang amat positif dari Kerajaan dalam usaha-usaha memartabatkan Bahasa Melayu, bahasa Kebangsaan negara MALAYsia. Semoga kita bergerak maju ke arah "SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA"
Maklumat lanjut mengenai berita ini bolehlah dibaca di laman AZLI SHUKRI TODAY dan juga di laman ANTI HIPOKRIT.
Kita berharap usaha-usaha Kerajaan ke arah ini akan kekal, mantap dan dilaksanakan dengan serius tanpa "gangguan dan halangan" dari pihak-pihak tertentu. Seperti yang dinyatakan oleh AZLI SHUKRI TODAY:-
Inilah kenyataan yang sangat kita nanti-nantikan - ketegasan, keyakinan dan arahan yang jelas demi kelangsungan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.
Kerajaan diharapkan akan terus bertegas dengan penuh keyakinan supaya ianya jelas kepada semua rakyat MALAYsia yang mereka WAJIBlah fasih dalam bahasa KEBANGSAAN sendiri. Mereka hendaklah sentiasa memartabatkan bahasa KEBANGSAAN, BUKANNYA bahasa asing.
Dalam pada itu, sewajarnya juga segenap lapisan masyarakat MALAYsia menguasai bahasa kedua, iaitu Bahasa Inggeris. Cukuplah kita dokong dan fasih dalam kedua-dua bahasa ini, BUKANNYA mendokong bahasa lain sehingga melampaui kedudukan kedua-dua bahasa ini. Bahasa-bahasa lain, bolehlah diguna-pakai untuk tujuan-tujuan tertentu dan SELEPAS kita fasih dalam Bahasa Melayu, yakni bahasa Kebangsaan kita. Barulah tidak janggal untuk mendabik diri sebagai rakyat MALAYsia.
Dalam pada pengumuman positif mengenai pemartabatan Bahasa Kebangsaan oleh Timbalan Perdana Menteri ini, pada masa yang sama DS Najib telah dilihat menghadiri program "pecah tanah" di Melaka untuk Han higher education, seperti yang dilaporkan oleh ANTI HIPOKRIT.
Kita semua pun sedia maklum siapa "DS Najib dan pendidikan vernakular cina" di MALAYsia ini dalam pada menegakkan keluhuran Artikel 152 Perlembagaan negara.