Tuesday, October 11, 2011

Diam Yang Lebih Bermakna

Adakalanya DIAM itu lebih hampir kepada kebenaran daripada kelantangan suara dalam membela diri. Agaknya, bagaimana persepsi hari ini terhadap DS Anwar Ibrahim sekiranya beliau memilih untuk "berdiam diri" dalam membela diri tempoh hari?

Tetapi DSAI memilih untuk bersuara lantang dari dulu sampai sekarang untuk membela dirinya. Apakah beliau sendiri maklum dek kerana naluri diri seorang manusia yang sememangnya tidak dapat menolak hakikat kebenaran? Oleh itu DSAI tidak mempunyai pilihan lain selain dari bersuara lantang di segenap pelusuk dunia? Serta memilih kandang di mana beliau boleh memberi keterangan tetapi tidak boleh disoal balik? Bukan DSAI tidak tahu bahawa keterangan dari kandang tersebut adalah yang paling tidak berkredibiliti di antara pilihan-pilihan yang ada. Barisan peguam beliau bukannya calang-calang.

(PERSEPSI TUA ATAU MUDA - KEBENARAN KEPADA SIAPA?)

Jadi apa telahan orang ramai apabila DSAI bersikap begitu? Tidak perlu dihujahkan dengan peristiwa-peristiwa lain yang terang-terang menunjukkan DSAI lebih banyak berhelah dan melarikan diri daripada berdiri tegap menegakkan kata-kata pembelaan beliau seperti peristiwa keberanian untuk bersumpah, peristiwa keberanian mencabar orang-orang yang dikatakan "memfitnah" beliau  (penyebaran video, contohnya), peristiwa untuk menggesa mahkamah supaya membuktikan tuduhan ke atasnya secepat mungkin daripada cuba menangguhkan perbicaraan sehingga lebih 70 kali dan memakan masa bertahun-tahun, dan sebagainya lagi itu.

Dalam konteknya yang sama, perlukah orang ramai mengambil pusing dengan serius segala kata-kata pembelaan yang diluahkan oleh isteri dan anak-anak DSAI sendiri, Wan Azizah, Izzah dan Nuha? Apa perasaan dan tindakan anda sekira kes ini melibatkan suami atau bapa anda sendiri? Apa lagi suami/bapa anda adalah seorang insan yang teristimewa bagi anda?


Kata-kata Wan Azizah, Izzah dan Nuha adalah kata-kata pembelaan yang "berdiskaun tinggi". Lazimnya ramai akan faham perasaan setiap orang terhadap seorang yang tersayang. Tidak ramai yang akan bersikap seperti anak lelaki DSAI yang lebih berdiam diri dalam kes ini berbanding dengan anak-anak perempuan DSAI. Adakah "diam" anak lelaki DSAI lebih "mahal nilai" kebenarannya berbanding dengan nilai kata-kata pembelaan isteri dan anak-anak perempuan DSAI dalam hal ini?

Itulah kelebihan menjadi rakyat marhean. Krisis seperti ini rasanya lebih mudah diselesaikan oleh sebuah keluarga rakyat marhaen. Bagi sebuah keluarga yang ketua keluarganya pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ianya tidak semudah itu. Tidak se-straight forward itu.

Tetapi berapa ramaikah manusia-manusia yang berjiwa begitu besar, yang sanggup berdiri tegak selari dengan naluri kemanusiaan di atas pentas kebenaran walaupun ianya bakal dilihat sebagai menghancurkan kehidupan duniawinya?

Maka DSAI, walau apa sekalipun yang akan terjadi, akan mempertahankan dirinya dengan segala apa cara sekalipun, bukan?

Itu 'kebenaran' bagi DSAI. Apakah pula 'kebenaran' bagi kita semua (yang layak mengundi) bila kita keluar membuang undi nanti? Apakah tahap kredibiliti peneraju parti yang bakal kita pangkah nanti? Atau kita tidur sahaja di rumah bila tiba harinya nanti?

Kadangkala, terlebih sangat melaungkan-laungkan kata-kata bahawa "yang ini adalah PUTIH", sebenarnya lebih menyerlahkan niat sebenar untuk melindungi perkara yang disebaliknya, iaitu warna "HITAM". Ia hanyalah dua muka yang berbeza dari duit syiling yang sama. The two different faces of the same coin.



"Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara."

CLICK AND READ THIS !!!
(KERIS 7 LOK)


Related Posts with Thumbnails