Thursday, October 20, 2011

Politik Suku, Agama Suku

Dipetik, "PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program."

(Benarkah penganjur meletakkan syarat begitu?)

PENDIRIAN PAS ATAU BACA SKRIP PR?
(Arahan DAP menerusi Anwar Ibrahim?)
KLPOS.com

Sekiranya anda seorang ahli ataupun penyokong PAS, bagaimanakah anda akan mengambil maklum tentang kenyataan Presiden PAS ini? Anda akan menjauhi Stadium Shah Alam tiba 22 Oktober nanti?

Fair, penganjur tidak mahu majlis dipolitikkan, tetapi bukankah kenyataan Hadi Awang dan PAS itu merupakan sebuah "arahan" secara tidak langsung kepada ahli-ahli dan penyokong PAS? Kata orang... "Cakap berhelah" ...

Sebagai seorang individu Melayu amnya, beragama Islam khususnya, susah sangat ke nak faham bahawa majlis ini adalah majlis berkaitan dengan agama Islam, nothing to do dengan peperangan politik di antara BN & PR? Oh.. jadi kalau ianya bukan politik, PAS tidak mahu terlibat langsung walaupun agama Islam sedang dicabar oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Begitu?

Ohh.. jelaslah mengapa PAS begitu lantang bersekongkol dengan pihak-pihak yang terlibat dalam isu murtad DUMC baru-baru ini termasuklah dengan parti cina cauvinis DAP itu, sehingga baginda Sultan Selangorpun nampak hendak dicabar mereka. Oh .. begitu.. semakin jelaslah perjuangan PAS kini.... 

Kalau PAS jujur terhadap agama Islam dalam perjuangannya, setidak-tidaknya Hadi Awang boleh buat kenyataan lebihkurang begini..."maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program tetapi ahli-ahli serta penyokong PAS digalakkan menyertai perhimpunan ini sebagai seorang yang beragama Islam demi agama yang kita perjuangkan selama ini.. Saya sendiri akan hadir sebagai Abdul Hadi bin Awang, bukan sebagai Presiden PAS". Jujurkan kalau begitu?



Jadi buat ahli-ahli PAS dan juga penyokong-penyokong PAS, terpulang kepada anda masing-masing untuk menilai sejauh mana jujurnya parti PAS yang ada pada hari ini dalam perjuangan membela kesucian agama Islam.

Semakin hari semakin jelas dan hari ini, kenyataan "BUKAN POLITIK" Hadi Awang pula menyerlahkan lagi helah perjuangan PAS apabila membabitkan agama Islam. Semuanya kerana "POLITIK". PAS sanggup bersengkongkol dengan musuh-musuh agama, menodai kesucian agama demi "POLITIK". PAS tidak rela bersama individu-individu Islam yang lain membela kesucian agama hanya kerana ianya bukan sebuah majlis "POLITIK". Jelas, Hadi Awang (atau tangan-tangan ghaib dibelakangnya) tidak mahu PAS menyertai perhimpunan tersebut dan "menghormati pihak penganjur" hanyalah sebuah alasan yang sengaja hendak diletakkan di atas bahu penganjur.

(Kita menjadi KAFIR dengan mengamalkan POLITIK SUKU, AGAMA SUKU - kata Hadi)

Dan ini kenyataan PERKASA yang dipetik dari SINI.
Perkasa tidak bersifat apoligetik, asal mana ianya bertujuan DEMI ISLAM,mana mana pihak yang menganjur sama ada NGO atau yang ada kaitan politik,asal mana ikhlas dan jujur, pasti mendapat sokongan Perkasa IOO%.
Apa yang berlaku sekarang adalah kerana politik dan politik tidak boleh di pisahkan dengan Islam.

UPDATED

Himpun - Ahli Pas BOLEH Hadir ! - DINTURTLE

 

Related Posts with Thumbnails