Read some, below:- (read more HERE)
Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.
Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvas supaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.
Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyen Bersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.
Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.
Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.
Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.
Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.
Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.
Sedikit ulasan:-
Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain..
(bibit-bibitnya kearahnya.... ingat lagi kepada 10-Points Solution Formula 1-Malaysia Al-Kitab? Usah cerita isu nama Allah dulu dan isu pemurtadan kini)
kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa
(re : apa kesudahan dengan sokongan tegar terhadap sistem pendidikan vernakular? Usah cerita soal kedudukan Bahasa Kebangsaan kini, lawati sajalah sekolah-sekolah vernakular)
ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.
(dan bibit-bibitnya juga kini .... dasar-dasar liberalisasi.. usah ceritalah keadaan majoriti Melayu diluar bandar dan juga yang minoritinya tersepit di bandar)
Sudah tentu DAP tidak berupaya melakukan semua di atas KERANA mereka bukan kerajaan yang mempunyai kuasa memerintah... Mereka hanya berupaya untuk melaung-laungkan "MALAYSIAN MALAYSIA" saja.
Belum masuk lagi cerita IPTA vs IPTS (biasiswa dan kemasukan?), Government sector vs Private sector (peluang pekerjaaan?), GLC vs Tycoons (the might of top 9 tycoons for less than 40% population vs 1 lower ranked tycoon for 60% population), KR1M vs rangkaian pengedar, reasonably priced Hartanah vs Hartanah harga tidak masuk akal (30% allocation? 10% discount from million of ringgit priced hartanah?).. the list can go on and on - Bumiputera tunduk kepada laungan "samarata" di atas padang yang senget!!
Siapakah yang akhirnya melaksanakan "laungan-laungan" DAP seperti Formula 1-Malaysia Al-Kitab, Penyuburan sistem pendidikan vernakular dan Model Ekonomi Baru yang liberal ini?
Terkunci kemaskah Perlembagaan MALAYsia?