Din Turtle sudah gila!
Dia suruh orang Galas, Gua Musang supaya undi Parti Melayu.
Mana ada Parti Melayu? Kalau nak ada pun, mana sempat nak didaftarkan?
Ini Datuk Dr. Hj Din Penyu, Presiden Parti Bumiputera Melayu ke?
Gila!
Tapi gila ke Hj. Dr. Din Penyu apabila dia sarankan suruh pangkah Parti Melayu ?
UMNO Parti Melayu ke? Cuba tanya DS Najib. Kaitkan MEBnya. Kaitkan sekolah vernakular.
PAS Parti Melayu ke? Cuba tanya Dato Nik Aziz (ma’af ye DS Haji Hadi). Apa khabar DAP? Apa khabar LKS? Apa khabar LKY? Dato Nik Aziz senang jawab kut? Tanya pula apa khabar orang Melayu di Pulau Pinang?
Parti Melayu yang ini ke?
Habis tu..??!!!
Pangkahlah “XX”. Ya! Dua tanda Pangkah pada semua kotak parti yang bertanding di kertas undi tu.
Itulah Parti Melayu!!
Ini mesej yang amat jelas kepada DS Najib, Presiden UMNO yang nampaknya kurang semangat Melayu.
Ini mesej yang jelas kepada Dato Nik Aziz yang malu jadi Melayu.
Ini mesej yang jelas kepada orang Melayu supaya BERSATU! Mesej “XX” kepada Melayu dalam UMNO, PAS juga dalam PKR supaya tersedar dari mimpi. Ada juga Melayu dalam DAP. Melayu apa ini? Melayu liberal?
Kat Galas, UMNO atau PAS menang, ianya tiada makna bagi orang Melayu. Satu kerusi DUN, tak luak bagi PAS, celah gigi pun tak kesampaian bagi UMNO. Orang Melayu masih juga kena himpit di bumi sendiri. DS Najib asyik terpaksa “berlutut”, Nik Aziz sudah malu jadi Melayu.
Wah! Awak ni Melayu ke? Berdegar-degar menulis pasal Melayu?!! (hehehe.. saya Malaysian first!!)