Monday, October 18, 2010

Sketsa di Sebuah Darjah di Sekolah Kebangsaan



credits : http://images.learningresources.com
Cikgu Siti :
Murid-murid! Hari ini pelajaran ABC kita adalah M. E. B. dan M. P. B !!! Emmmmm... Model! Eeeeee.... Eee--ko--no--Mi! dan.... Beee... Baru! Emmm..Peeee..Beeee pula....... Model ... Peee untuk... Po-lee-teek ...
Politik Baru! ...... Model - Politik - Baru !!!
Wee Meng Dung:
Cikgu! Cikgu! Apa dia GTP, ETP, NKEA dan KRA?
Cikgu Siti:
Ha! Yang itu nanti dulu sebab Cikgu pun tengah menghadiri kursus untuk mempelajarinya sebelum cikgu dapat mengajar kamu semua.
Wee Meng Dung:
您正在种族主义!
Cikgu Siti:
Hah? Apa yang kamu cakap Meng Dung??!!
Ah Seng Budok Klate:
Dia cakap Cikgu rasis sebab tak nak ajar singkatan-singkatan tu, Cikgu!!

Ada orang kata, "Kasi chance lah!. Lagipun masa diambil alih tu, ianya hampir runtuh! Rosak besar! Banyak benar untuk diperbaiki. Kasi la chance dan masa untuk baiki ini semua!"

Waktu "honeymoon 100 hari" telahpun terlalu lama berlalu.

Apa yang telah dibaikpulih setakat ini? Ini harapan orang-orang yang "menjatuhkan" yang "lama" dan yang "menaikkan" yang "baru". Ini harapan besar yang disertai dengan semangat yang berkobar-kobar.

Tapi sehingga kini yang lama dan rosak-rosak itu tidakpun  nampak hendak dibaik-pulihkan secara bersungguh-sungguh? Katanya tadi nak diperbaiki. Tetapi, yang nampak, yang lama dibuang ketepi dan hendak digantikan dengan yang serba serbinya baru.

Wajar ke?

Nak baiki ke, nak ganti nih?

Yang lama dibuang ketepi dan dibiarkan berulat-ulat?

Yang baru di "introduce"kan tapi sehingga kini masih belum muktamad? Yang baru belum muktamad, ada lagi pula yang TERBARU hendak di"introduce"kan?

Kasi spray sikit racun serangga kat "ekor yang berulat ini"? Kasi "nyah-toksid"kan yang sudah begitu ber-toxic ini? Boleh? Daripada bajetkan yang "baru dan tinggi" ini, eloklah Penduduk Rumah Umum ini dijaga kesihatan mereka dari terus hidup berjiran dengan ulat dan toksik merbahaya. Tak perlu Rumah Tinggi sekarang ini, kasi bajet untuk jaga yang dah ada. Perbaiki yang lama ini. Jangan dibiarkan ianya berlarutan, nanti Penduduk Rumah Umum akan tiada lagi "rumah" untuk dipangkah! Mereka nak duduk rumah yang "proper" bukan reban ayam! atau gelanggang gusti! Tak mahu lah juga nak tumpang rumah orang saja, apa lagi rumah kominis! Ataupun nak kena kau-tim dengan Choo Keong, Zul dan mereka-mereka yang terperangkap dalam Pembawaan Ajaran Sesat dan yang dalam NO-UMmmphh supaya keluar dan bina rumah baru? Baru lagi!!!

Apa khabar Tan Sri setakat diberi tugasan terbaru ini? Sebagai Menteri Pelajaran, Tan Sri pun nampaknya dah hilang suara pasal Satu Sekolah Untuk Semua? Tan Sri dah nak konar baring juga ke bila tiba pasal bahasa kebangsaan, bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular ini? Baik-baik Tan Sri! Nanti kena konar tepi dinding  sebab dok jaja barang tak laku!



Related Posts with Thumbnails