Baguslah. Berita kat TV dah pun mula bercakap tentang usaha pendaulatan Bahasa Kebangsaan. DPM sendiri telahpun membuat kenyataan mengenainya (Utusan Online di sini). Kerajaan Negeri Melaka pun (Lagi dari Utusan Online).
"Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa" adalah slogan yang "HIDUP". RTM menyiarkan nyanyian slogan ini. Kedua-dua Berita Utusan Onlne yang dipautkan di atas pun ada menyebut, cuma dituliskan "1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara"... ikut 1Malaysia la... jangan jadi MACAM INI sudah la. Slogan yang ini orang tidak faham. Tulis "Satu" tapi menyeru kepada "Pelbagai", "Perbezaan". Slogan ini akan mati, sebab orang "konpius".
Saya kurang setuju kenapa soal memertabatkan Bahasa Kebangsaan ini perlu dikempen-kempenkan dan dipujuk rayu. Ia sepatutnya dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan. Tetapi memandangkan ianya telah lama dibiarkan tanpa diambil peduli, it is something rather than nothing. Harapnya usaha ini diteruskan dengan semakin giat sehingga Bahasa Kebangsaan benar-benar dimertabatkan. Jangan jadi macam namawee yang sepatutnya dah lama disumbat dalam jel, kalau tidak dihalau keluar negara atas usaha-usahanya dalam memarakkan api perkauman.
So PBT! Apa lagi? Silalah "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA", demi Negara dan Bangsa!
Tajuk artikel Lim Kit Siang baru-baru ini berbunyi:-
Saya sokong !!!...
Marilah bersama-sama Lim Kit Siang untuk menyeru DS Najib supaya perkara-perkara berikut ini terlaksana:-
- transformasi parti DAP supaya ianya bukan lagi sebuah parti ultra-kiasu chauvinis cina. Buktikan "Malaysian Malaysia"nya tiada unsur perkauman cina
- supaya DAP dan juga Gerakan membuktikan bahawa tiada sebarang rasa simpati kepada anggota-anggota komunis yang pernah suatu ketika dahulu begitu ekstrim dengan keganasan di bumi ini
- parti-parti DAP, Gerakan dan MCA bersama-sama menolak serta menggesa pertubuhan-pertubuhan cina seperti Dong Zong itu supaya berhenti mendesak kerajaan dengan desakan-desakan perkauman seperti kewujudan sekolah-sekolah vernakular dan bantuan berbentuk kewangan baik dari segi infra-struktur ataupun biasasiswa kepada sekolah-sekolah aliran pendidikan asing ini. Beri suatu "lecture" yang berkesan kepada DS Najib dan TS Muhyiddin bahawa perkara-perkara seperti ini tiadapun di sebut dalam Perlembagaan Persekutuan negara ini.
- mendesak kerajaan supaya Bahasa Kebangsaan didaulat sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan serta Akta Bahasa dengan menurunkan semua papan-papan tanda, iklan, banner, kepala surat menyurat rasmi parti DAP, MCA, Gerakan dan sebagainya itu yang menggunakan bahasa cina. Pastikan hanya bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua digunakan dalam setiap apa jua perkarapun di bumi ini termasuklah segala bentuk komunikasi di antara semua warga negara ini.
- memastikan KDN mengambil tindakan sewajarnya ke atas namewee yang belum henti-henti lagi menimbulkan ketengangan perkauman sehingga kini. Dan juga kepada sesetengah golongan itu yang masih lagi memainkan isu sensitif agama.
Tanpa DAP, Gerakan dan MCA yang nampaknya bersimpati dengan keganasan ekstrim komunis serta permainan api perkauman ekstrim dari namewee, maka tidak perlulah ada pihak-pihak yang diketuai oleh DPM, bersuara lantang untuk membela, seperti yang dituduh oleh Lim Kit Siang itu. Bukan begitu?
Dan kita minta Lim Kit Siang membuat seruan itu dalam Bahasa Kebangsaan yang tidak pelat-pelat ataupun "lari makna" sebagaimana seorang warganegara Malaysia yang sempurna. Okay?
THE NUMBER ONE RACIST IN THIS COUNTRY
"...There is no point on asking people to apologise for apparent racial slurs when he himself is the leader of a bunch of people who instigate racial disharmony most of the time. This is why he is now seemed desperate. Hate-mongers will be paranoid all the time..." - JEBAT MUST DIEWho Is No. 2, Nizar?