Wednesday, December 1, 2010

Jika Bloggers Mesra Kerajaan Beralih Kiblat


Adakah salah kalau saya katakan bahawa asas pembentukan negara ini adalah terpahat kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Ingin benar saya bertanyakan soalan ini kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini.



Bukankah dalam Perlembagaan Persekutuan itu adanya Artikel 152? Artikel 153?

Bukankah dalam Rukun Negara itu ada prinsip-prinsip yang berbunyi, "Keluhuran Perlembagaan"? "Kedaulatan Undang-undang"?

Jadi apa maksudnya apabila anda mendabik dengan memberikan kenyataan yang sebegini, "“Kerajaan BN adalah sahabat sejati pendidikan sekolah Cina", sedangkan anda dan kami semua maklum bahawa institusi pendidikan cina yang ada di negara ini langsung membelakangi Keluhuran Perlembagaan Artikel 152 dengan mengambil pakai bahasa rasmi negara Komunis China sebagai bahasa penghantar mereka? Ini sudah cukup untuk membuatkan institusi sebegini sebagai HARAM di negara ini. Kenapa anda sentiasa tunduk kepada sebilangan mereka-mereka ini yang menggnakan bahasa Mandarin sebagai alasan sedangkan bahasa itu sendiri bukannya bahasa ibunda mereka? Kenapa anda harus terus menerus membela kewujudan institusi-institusi yang dianggap HARAM ini?

Artikel 153 adalah juga asas pembentukan negara ini. Kenapa anda begitu lemah sekali sehingga anda biarkan namewee berjoget bebas? Tetapi secepat kilas anda menghukum Siti Inshah? Penolong Pengarah BTN? Pengetua di sebuah institusi di Utara? Nasir? Ahmad Ismail?

Suatu perenggan dari BIGDOG yang telah saya "quote"kan di ...LISTED!!!:-
Sekiranya perjuangan tulus dan ikhlas kami sepanjang 12 tahun ini dikhianati Kepimpinan dan kepentingan dan kedudukan orang Melayu bukan sahaja diabaikan, malah mula merosot dan dibiarkan dicabar tanpa dibela dan pertahankan, kemungkinan sebagaimana yang dipersoalkan Dato’ Zaini itu akan berlaku.
Related Posts with Thumbnails