Wednesday, December 8, 2010

Orang Yang Menghakis Hak Orang Melayu & Bumiputera


Mereka ini adalah golongan yang cetek akal dan hanya bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan

Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.
Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini.

Terdapat peruntukan di dalam perlembagaan Negara Malaysia, iaitu undang-undang yang tertinggi di dalam negara, yang menegah mana-mana orang daripada mempersoalkan institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di dalam undang-undang tertinggi negara ini juga, iaitu Perlembagaan Persekutuan, telah menetapkan kedudukan istimewa orang Melayu yang menjadi tanggung jawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kedudukan istimewa ini bukan sahaja dalam sektor ekonomi, bahkan meliputi hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, perjawatan, pentadbiran negara dan lain-lain. Inilah perkara-perkara yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Inilah yang harus difahami dan tidaklah perlu dipertikai oleh sesiapa, samada rakyat mahu pun pengkritik luar.

Sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke 215, Raja-Raja Melayu telah mengeluarkan kenyataan akhbar melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengenai peranan Seri Paduka   Baginda   Yang   DiPertuan Agong  dan  Duli-Duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung  dengan Hak-Hak Keistimewaan, Kedudukan, Kemuliaan atau Kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,  Kedudukan  Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-kaum lain mengikut Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang  demikian rakyat  amnya dan anggota  kerajaan khususnya perlu mempunyai pengetahuan mengenai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan hak-hak  tersebut. Hak-hak ini perlu difahami dengan mendalam supaya sebarang dasar kerajaan yang dibuat tidak bercanggah dengan  Perlembagaan Persekutuan.

Saya rasa DinTurtle - Blogger Parti Melayu telah menengahkan suatu persoalan yang mungkin ramai di kalangan Orang Melayu dan Bumiputera terlepas pandang. DinTurtle menulis:-

Saya tidak mahu mengulas panjang kerana sebelum ini saya telahpun memuatkan sebuah artikel bertajuk:-

** pautan-pautan kepada laman web Pribumi Perkasa dalam artikel di atas dengan memberikan mesej "OOPS!....Page Error 404 has occurred." Ini mungkin disebabkan penggantungan laman web tersebut pada suatu ketika dahulu.

** tulisan-tulisan HIDUP TUAH! yang dipautkan di dalam artikel di atas patut dihayati.

Pandangan DS Najib menerusi kacamata 3D
Apa itu 3D? Klik DI SINI


Related Posts with Thumbnails