Monday, December 20, 2010

Dari Singapura, Dulunya Temasek

Sebuah email pembaca, yang telahpun diterbitkan oleh HOUSE PK sebelumnya, DI SINI. Saya "highlight"kan perenggan-perenggan yang menarik perhatian saya untuk kita renungi bersama-sama. Sila klik "caption" di bawah setiap imej yang tertera untuk maksud/penerangan yang lebih lanjut.

Saya juga percaya negara jiran kita di sebelah utara pun mengamalkan polisi-polisi yang serupa dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian negara masing-masing. Cuma negara kita sahaja yang nampaknya sehinga kini berbangga untuk "menjadi lain dari yang lain", walaupun ianya terlalu sumbing jika diukur dengan amalan negara-negara lain yang ada di dunia ini. 

Contohnya, keghairahan kita terhadap sekolah-sekolah vernakular, kedinginan kita terhadap pendaulatan bahasa kebangsaan sendiri, kelembikan kita dalam berhadapan dengan kerenah-kerenah pengkhianat negara, pengkhianat bangsa, pemuja komunis dsb dan juga kelemahan kita tunduk kepada salakan-salakan cauvinis sehingga kedudukan orang Melayu & Bumiputera dikhuatiri semakin terpinggir. 

DS Najib & Dato' Onn
Assalamualikum Tuan Parpu,

Saya ada lah warga Singapura pengikut setia blog anda dan meminati perkembangan politik Negara Malaysia, minat saya terdorong olih sikap liberal pemerintah Malaysia. Namun semenjak perletakan jawatan Tun Dr Mahathir pemimpin idola saya, 'bapa permodenan Malaysia' polisi yang lebih terbuka yang di perkenalkan se olah-olah senjata memakan diri, sikap liberal yang di tunjukkan pemerintah terutama BN bahkan UMNO lebih tepat sering kali meletakkan UMNO dan orang Melayu dalam kedaan defensif. Lebih menyedihkan berlaku perpechaan yang begitu ketara dari kalangan umat Melayu sendiri, kami di Singapura meletakkan harapan yang tinggi terhadap NGO Perkasa dan semoga Perkasa dapat menjadi suatu kuasa yang mempengarohi hak mutlak orang Melayu dan mendokong UMNO.

BAPAK VERNAKULAR
Kami tidak seberuntung rakyat Malaysia, namun kekurangan kami tidak melumpuh kan kami. Singapura mengamalkan gaya politik yang kurang bebas dan rakyat dapat memberi tumpuan penuh pada peningkatan ekonomi. Singapura mengamalkan sekolah kebangsaan di mana intigrasi kaum di pupuk se awal yang mungkin, ini memberi kesan positif pada pembangunan masyarakat untok jangka panjang.Ini dapat mengurangkan perpechaan kaum dan sekali gus menangkis sikap curiga antara kaum.
UnMalayNonrelevantOrganisation ?
Negara kami juga memperlihat polisi UNDI ITU WAJIB, saya secara peribadi berpendapat jika polisi UNDI ITU WAJIB di perkenalkan pasti 'pengundi atas pagar' serta pengundi yang bersikap sambil lewa, majotiti merupakan mereka-mereka yang terlalu yakin bahawa kerajaan BN pasti menang akan turut serta menyumbang dan memberi gambaran sebenar sokongan rakyat terutama masyarakat melayu yang sejak berkurun lama bergantung pada parti UMNO. Mungkin terserah pada UMNO dan BN untuk memastikan mereka yang lebih layak mendapat kuasa 2/3 di Parlimen.

Singapura juga mengamalkan polisi 'racial quota' bagi menyusun had satu-satu bangsa bagi pemilikan rumah HDB antaranya agar saiz kaum bagi setiap kawasan terkawal dengan pelbagai lain pun alasan namun penghujung polisi bagi memastikan kaum minoriti kurang pengaruh pada peti undi, sekali gus memastikan keselesaan pemerintah mencapai undi maksimum dan ini dapat mengurangkan politiking. Suka atau tidak polisi ini menyumbang pada stabiliti negara dan memberi kesan kuat pada pertumbuhan ekonomi.

SUBTLE RACISM
Kementerian dalam Negeri mengambil posisi yang tegas dalam menangani perkara bangsa dan agama, pemerintah tidak ragu-ragu mengunakan kuasa ISA bagi memastikan perkara tersebut tidak menimbulkan tengkarah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Ketegasan Kementerian dalam Negari menjadi faktor utama bagi menjamin kemakmoran Negara.

Singapura setakat ini dapat di jadikan sebuah model Negara yang rakyat nya hidup penuh harmoni dan Tun Dr Mahathir telah membuktikan hal yang sama di era pemerintahan beliau, saya amat mengesyorkan KDN mengkaji semula sikap lebih keterbukaan dan toleransi untuk kesan jangka panjang keharmonian berbilang kaum di Malaysia. Sukar saya menerima bukan sahaja kaum lain mula mempersoalkan 'ketuanan Melayu' dan konon di ganti 'ketuanan rakyat' hari ini orang Melayu sendiri dan demi cita-cita politik mereka sanggup menjadi benteng dan di barisan hadapan untuk meranapkan maruah bangsa kita. Secara tidak langsung mereka mempertikai dan menghina Raja-Raja Melayu.
Siapa Dia Peranap Maruah Bangsa ?

Gerakan anti-Melayu ?
Hari ini Anwar dan lebih memilukan Nik Aziz sanggup mencalunkan LKS kaum minoriti menjadi TPM, di Singapura kalau pun ada sekadar menteri kebersihan. Tiba-tiba PR mencanangkan sesuatu yang di luar dugaan, kurang kah bukti Negara Perak semasa di bawah kekuasaan orang cina? Mereka berlumba-lumba mengaut kekayaan Negeri untuk kaum mereka, dan mereka mengunakan istilah 'RAKYAT'! untuk menjustifikasikan perjuangan mereka.

Apa nak jadi dgn negara ini?
Saya memohon KDN bertindak segera menbetulkan keadaan, kalau Singapura yang kaum minoriti nya di tindas olih polisi-polisi di atas dan tidak mencacatkan Negara kenapa KDN terlalu berlembut pada desakkan kaum minoriti dan sebahagian kaum bumi yang akhirnya menimbulkan suasana tegang dan amat membimbangkan keamanan Negara.

KAKI KENCING
Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan, kejutan keputusan pilihanraya 2008 tidak seharus nya melemahkan Malaysia bahkan amat terbukti di sebahagian pilihanraya kecil kaum cina tetap memberi undi pada pembangkang walau DS Najib banyak beralah mungkin sikap tegas dapat mengurangkan politiking pecah dan perintah, sudah sampai masanya KDN mengkaji semula dasar-dasar pemerintahan Tun Dr Mahathir bagi memastikan Negara aman, perlembagaan di sanjung dan semua umat berbilang kaum dapat menjiwai dasar 1MALAYSIA.
RAJA BOGEL & SOTONG LEMBIK
Saya pasti ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengocakkan keharmonian kaum di Malaysia supaya Negara jiran tidak perlu bersaing, mereka mendapat laluan mudah. Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang iya telah mewarisi polisi pengambilan tanah orang Melayu, memastikan hartanah di sana di luar kemampuan kita dan secara licik orang Melayu terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Saya Melayu pertama, Singapura kedua (LKY pun tak percaya kami) merayu agar kepimpinan DS Najib bertindak tegas pada anasir-anasir yg berhasrat mengucar-kacir kan Negara Malaysia yang kami rakyat Melayu Singapura dapat menumpang bangga.

MEB bakal menghancurkan Melayu?
Untuk pengetahuan rakyat Melayu Malaysia, banyak 'peruntukkan Melayu' di dalam perlembagaan sewaktu perpisahan dengan Malaysia telah di hapus hampirnya kesemuanya. Peruntukkan pelajaran, perumahan perubatan dan seumpama nya telah di basmi sedikit demi sedikit, hari ini Melayu menjadi bangsa yang mundur serta da'if. Kalau di sini Melayu terpaksa redha kenapa cina Malaysia mendesak-dasak layanan kesamarataan, walhal mereka kalangan bangsa yang mengagungkan pemerintah Singapura.

Maaf Tuan, saya tidak ingini nama saya disiarkan. Saya anak melayu Singapura. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'alaa.

How Malaysia can rebutt Singapore’s “incompetant” claims

Related Posts with Thumbnails