Showing posts sorted by relevance for query najib. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query najib. Sort by date Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

UMNO semakin terpinggir dek kerana DS Najib?

Ingin saya terbitkan semula, in full, artikel kelmarin dari KEMPEN SSS, di bawah ini.

(PLEASE CLICK HERE)
Tetapi sebelum itu, ingin saya membuat sedikit ulasan.

Pernahkah penyokong-penyokong DS Najib terfikir suatu kemungkinan di mana DS Najib sebenarnya tidak meng"imarah"kan sokongan kaum Melayu dan Bumiputera kepada UMNO dan seterusnya BN; malahan DS Najib sebenarnya me"rundum"kan lagi sokongan terhadap UMNO ini?

Siapa yang bersama-sama DS Najib sebenar dalam isu sistem pendidikan vernakular di negara ini? Siapa yang setuju, angkat jari hantu, saran PANEH MIANG.

Anda? orang UMNO? orang Melayu & Pribumi yang merupakan majoriti MALAYsia?

ataupun

Dong Zong apekenama? orang cina seperti Ah Siong? DAP?

Seperti artikel sebelum ini, kewujudan sekolah vernakular bertitik-tolak hari hasrat British untuk menyediakan kemudahan bagi ORANG-ORANG ASING mempelajari sejarah negaral asal masing-masing semasa berada diperantauan. Ada lagikah orang asing di bumi ini pada hari ini? Anda jawablah sendiri.

Yang jelas ianya amat bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Negara. Seperti persoalan KEMPEN SSS di bawah, adakah perjuangan mendaulatkan Perlembagaan Negara dianggap RASIS apabila DS Najib seolah-seolah mengandaikan penentangan terhadap sekolah vernakular bakal menimbulkan isu perkauman? TEPAT persoalan, SIAPA YANG SEBENARNYA RASIS?

Dalam hal ini, sepatutnya DS Najib berdiam diri sahaja sekiranya beliau rasakan beliau tidak mampu dan tidak berani menghadapi isu "pendidikan vernakular vs Artikel 152" ini. Tetapi tidak, DS Najib tidak berdiam diri malah MENJUARAI tindakan-tindakan yang MENONGKAH ARUS berbanding dengan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh "forefathers" sebelumnya dalam isu ini.

Benarkah DS Najib tidak mampu atau tidak berani? Ataupun DS Najib sememangnya...... DOT DOT DOT... jika diambil kira tindakannya sebgai Menteri Pelajaran pada tahun 1996 dulu? Again.. anda jawablah sendiri.

Dalam email Prof. Dr. Khoo (To build a nation, first build a school), beliau menulis:-
"I remember a question set for my final year examination (in 1959) by Prof. K.G.Tregonning (an Australian): “Communalism not communism is the real threat in Malaya.” Most of the students who answered that question agreed with the statement."
Dahulu, isu "communalism" ini pernah menyebabkan seorang cina dibuang kerakyatannya kerana menuntut agar sekolah jenis kebangsan Cina di beri status dan bantuan sama rata saperti sekolah kebangsaan. (KLIK DI SINI). Bagaimana pula hari ini? Di mana yang dikatakan "forefathers had decided so" oleh DS Najib? Kalau ikut sifir dahulu, DS Najib sendiri boleh dibuang taraf kerakyatannya!!

Ringkas kata, dalam isu pendidikan vernakular dan DS Najib ini, sudah berkali-kali terbukti oleh bidalan, "Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran". DS Najib tidak juga serik dan terus menerus tidak sehaluan dengan bidalan "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". DS Najib berpatah arang membela pendidikan vernakular AGAINST peruntukan Perlembagaan Artikel 152.

Jadi balik kepada persoalannya semula, suburkah sokongan terhadap UMNO/BN ini dengan Presiden Melayu UMNO nampaknya terus menerus bersikap ANTI-KEBANGSAAN? Ingin saya link sekali lagi di sini, artikel yang diterbitkan suatu ketika dahulu. KLIK DI SINI.

Berikut adalah paparan semua artikel dari KEMPEN SSS.


KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB AMATLAH DIKESALI


Dato Seri Najib baru-baru ini telah membuat kenyataan seperti berikut:- (petikan diperolehi dari laman The “thirteen million plus Ringgit” Guy Rambles…):-

We don’t live in an ideal world. Our forefathers have decided to allow vernacular schools. We cannot stop this now, without having a racial issue. It is very difficult to do away with this, now”.

KEMPEN SSS amat menyesali apabila kenyataan seperti di atas di buat oleh seorang Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, KEMPEN SSS telah begitu maklum tentang pendirian Dato Seri Najib dalam isu sistem pendidikan vernakular di negara ini. KEMPEN SSS telah menganggap Dato Seri Najib adalah seorang pemimpin yang tidak berjiwa Kebangsaan apabila beliau telah berkali-kali membuat kenyataan yang bercanggah dengan Artikel 152 Perlembagaan Negara apabila saja isu sistem pendidikan negara ditimbulkan.


Segala ucapan-ucapan beliau yang nampak mempertahankan Bahasa Kebangsaan hanyalah merupakan ucapan-ucapan retorik di depan kaum Melayu dan Bumiputera. Ini adalah kerana beliau akan memberi ucapan yang bertentangan arah apabila berada di depan kaum cina, khususnya. Sampai bila Dato Seri Najib akan bermain politik dan berdolak dalih dalam isu yang melibatkan perpaduan dan pembinaan negara ini?


Laman Voices Around telah menimbulkan persoalan kepada Dato Seri Najib apabila beliau berdalih dengan alasan “We don’t live in an ideal world” dan alasan “Our forefathers have decided to allow vernacular school“. Persoalan yang ditimbulkan boleh di baca di artikel Voices Around bertajuk, “(pssstt!! PRU dah dekat!) – TRUST ME….“.


Sejak dari era sebelum Perang Dunia Ke-2 sehinggalah hari ini, isu perpaduan antara kaum menjadi suatu isu yang tidak berkesudahan. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa asal-usul sekolah vernakular diwujudkan di negara ini. British mahukan WARGA ASING mempelajari sejarah negara asal masing-masing apabila mereka-mereka ini diimpot ke Malaya sebagai tenaga buruh. Itulah asal usul kewujudan sekolah-sekolah vernakular di sini.


Wajar sekali persoalan yang diajukan oleh Prof. Khoo Kay Kim yang menyoal kewujudan sekolah-sekolah vernakular apabila hampir keseluruhan WARGA ASING ini telah diterima sebagai warga Malaysia. Apabila tiada lagi WARGA ASING, maka sewajarnyalah sekolah-sekolah vernakular ini ditamatkan dan mereka-mereka yang mengaku sebagai warga Malaysia perlulah mendapat pendidikan Kebangsaan, bukan lagi pendidikan vernakular.


Menarik juga apabila Dato Seri Najib mendakwa persetujuan “forefathers” dalam kewujudan sekolah-sekolah vernakular sehingga ke hari ini, tetapi pada masa yang masa Dato Seri Najib tidak pula menyebut tentang persetujuan “forefathers” yang menerima WARGA ASING ini sebagai rakyat Malaysia dengan begitu mudah. Kenalah persoalan Voices Around apabila laman tersebut mempersoalkan “forefathers” yang mana yang Dato Seri Najib maksudkan apabila beliau begitu tegar mempertahankan pendidikan vernakular ini, walaupun tidak diamalkan lagi oleh negara-negara lain di dunia dewasa ini.


Dato Seri Najib juga menyatakan, “We cannot stop this now, without having racial issue“.


Apakah Dato Seri Najib begitu gentar lalu hilang upaya untuk mendukung Artikel 152 Perlembagaan Negara apabila terdapat sebahagian masyarakat bersikap rasis dan perkauman yang menebal dalam mempertahankan kewujudan pendidikan vernakular ini? Pendidikan vernakular  jelas meletakkan Bahasa Kebangsaan jauh di punggung? SIAPA SEBENARNYA YANG MENIMBULKAN ISU PERKAUMAN INI? Sebagai contohnya, sila rujuk artikel Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)? dari HELEN ANG.


Apakah dengan membela sistem pendidikan vernakular tidak dianggap RASIS oleh Dato Seri Najib, tetapi sebaliknya, membela peruntukan Atikel 152 Perlembagaan Negara adalah RASIS? Begitu celaru sekalikah pendirian Dato Seri Najib?


Selanjutnya Dato Seri Najib berhelah, “It is very difficult to do away with this,now“.


Tidak ada siapa yang mengatakan isu ini adalah satu isu yang mudah untuk dihadapi. Malah seperti yang dinukilkan oleh Voices Around, isu ini adalah isu yang memeningkan kepala sejak dari era sebelum perang lagi, dari pihak British hingga ke pihak kerajaan dan rakyat Malaysia hari ini. Tetapi apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk menyelesaikan isu PERKAUMAN (separatism and non-integration) ini dari dulu hingga sekarang? Mari kita lihat secara ringkas:-

  • Pihak British berusaha menubuhkan komiti bagi tujuan perpaduan kaum. Contohnya komiti yang dipengerusikan oleh E.E.C.Thuraisingham
  • Bapa kepada Dato Seri Najib sendiri mengeluarkan Laporan Razak, selepas Laporan Barnes yang sebelumnya yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan demi perpaduan rakyat
  • Beberapa lagi laporan dihasilkan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini mengenai sistem pendidikan negara di mana semuanya menekankan kearah perpaduan dan “integration” melalui konsep yang ringkasnya diilhamkan oleh cogankata “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”.
  • Tun Dr Mahathir telah mengusahakan Sekolah Wawasan sebagai satu lagi cara untuk membina dan menyatupadukan negara.

Jadi kita tidak nafikan betapa susahnya isu perpaduan kaum ini untuk diselesaikan dengan sepenuhnya. Tapi apa pula yang Datop Seri Najib buat?


PELIKNYA, Dato Seri Najib menongkah arus dengan begitu tegar sekali membela dan mendukung sistem pendidikan vernakular! Adakah lebih senang bagi Dato Seri Najib untuk tunduk kepada suara-suara RASIS oleh sebahagian dari masyarakat yang begitu tebal sifat perkauman mereka? Adakah ianya amat susah bagi Dato Seri Najib untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang yang digariskan oleh Artikel 152 Perlembagaan dalam isu ini? Adakah menegakkan undang-undang negara ini bersifat RASIS bagi Dato Seri Najib?


Amat malang bagi negara Malaysia hari ini yang mempunyai perdana menteri seperti Dato Seri Najib. Kepimpinan Dato Seri Najib dalam isu ini AMATLAH dikesali.


 

Friday, September 24, 2010

MEB Bakal Menghancurkan Melayu Secara Sistematik


Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilihat sebagai salahsatu mercu tanda pemerintahan DS Najib dikhuatiri bakal menghancurkan kaum Melayu dan Bumiputera secara sistematik. Sekitar waktu MEB mula diperdengarkan dahulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyarankan  supaya orang-orang Melayu perlu mengkaji terlebih dahulu dan berani menyuarakan pendapat mereka sekiranya tidak berpuas hati dengan Model Baru Ekonomi (MBE). - Klik di sini.

MEB telah mendapat tentangan hebat dari kaum Melayu (Melayu sudah tolak MEB, kata Ibrahim kepada PM - Pribumi Perkasa) sehinggakan DS Najib terpaksa meluahkan ucapan seperti berikut:-
''Tidak mungkin saya sebagai Presiden UMNO tidak mendengar suara orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

''Saya tidak akan khianati perjuangan dan semangat ayahanda Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) begitu juga semasa kita melaksanakan MBE,'' katanya.
Utusan Malaysia 29 Mei, 2010

Kongres Ekonomi Bumiputera yang membincangkan MEB ini telah diadakan pada penghujung bulan Mei, 2010. Blogger A VOICE telah memuatkan serba sedikit perjalanan kongres tersebut di sini.

Blogger DinTurtle banyak menulis, atau lebih tepat lagi, mengkritik DS Najib. Tujuan sebenar blogger DinTurtle mengkritik DS Najib adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan seorang pemimpin Melayu yang disayangi dek kerana pemimpin tersebut menepikan atau tidak mendengar luahan suara-suara orang Melayu . Sikap tidak endah ini nampak terserlah apabila DS Najib "terpaksa" mengambil hati kaum-kaum tertentu yang kebelakangan ini sangat lantang dan bebas mendesak kerajaan supaya memenuhi tuntutan-tuntutan perkauman mereka. 

DinTurtle banyak menulis secara selamba ("standard kedai kopi talk") mengenai DS Najib dan MEB. Ini hanyalah sebahagian di antara tulisan-tulisannya yang dipetik secara sepintas lalu:-
Persoalan yang semakin timbul kini, "Adakah DS Najib sudah tetap dengan MEB sebagaimana yang dirancangkan pada asalnya oleh beliau dan/atau penasihat-penasihat beliau? Justeru itu, segala apa jua tentangan dan ketidakpuasan hati terhadap MEB ini hanya diselesaikan oleh DS Najib dengan "pemanis muka atau penyejuk keadaan" untuk meredakan keadaan seketika itu sahaja?  Kemudian teruskan rancangan asal MEB itu seolah-olah tiada apa-apa tentangan? Dalam bahasa kasarnya, "dikencingkan" sebagaimana sebahagian ahli-ahli politik mengencingkan pengundi-pengundinya (jangan silap, pengundi-pengundi pun ada juga yang kaki kencing!)

Hari ini blogger Hidup Tuah! memuatkan artikel bertajuk "NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1)". Sebelum ini, beliau telah memuatkan artikel bertajuk. "Model Baru Ekonomi – Alat Menjajah Bumiputera? Senjata Menumbangkan Kerajaan?"

Selepas membaca beberapa buah buku (sila rujuk artikel yang dimuatkan) Hidup Tuah! semakin yakin bahawa MEB akan menjadi suatu alat untuk menjajah kaum Melayu. Dalam artikel tersebut, Hidup Tuah! menamakan dua kumpulan:-

(a) "Group 1" - yakni mereka-mereka yang menyokong penuh MEB yang umumnya terdiri dari kaum-kaum bukan bumiputera, melayu liberal dan orang asing,

dan

(a) "Group 2" - yakni mereka-mereka yang hanya menyokong MEB jika sekiranya MEB meneruskan Agenda Bumiputera secara jelas. Mereka ini terdiri dari Melayu konservatif yang umumnya diwakili oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Setakat ini adalah agak jelas bahawa DS Najib lebih berpihak kepada "Group 1" dan ini berdasarkan tulisan Hidup Tuah! seperti berikut setelah  beliau menghadiri hari terbuka NKEA yang bermula pada 20 September, 2010:- (underline dan bold ditambah)
" I took the opportunity to ask one of the PEMANDU officers about this burning issue. He admitted that specific instruction was to focus on GROWTH; distribution is NOT in the agenda. It means NKEA’s outputs are indeed in pursuance of NEM’s original subtle and cruel stand of anti-NEP. It did not even fully honour its own Principle of Inclusiveness and refused to subscribe to what is crafted in the 4th Chapter of 10th MP (Towards Inclusive Socio-Economic Development)."

"instruction" - Arahan siapa itu? Nampaknya setakat semenjak 20 September baru-baru ini, MEB masih lagi mengekalkan perancangan asalnya. Apa jadi dengan kritikan-kritikan dan tentangan-tentangan kaum Melayu terhadap MEB dahulu? Apa makna ucapan DS Najib seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mei sepertimana yang dipetik di atas? Kaum Melayu kena kencing?

Sama-sama kita tunggu bahagian seterusnya artikel "NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 1)" dari blogger Hidup Tuah!

Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, "Where's The Beef?", saya bukan tahu pasal ekonomi tetapi  ada kalanya seronok juga membacanya.

Meneruskan persoalan mengenai DS Najib yang dipaparkan di atas, adalah amat malang sekali sekiranya DS Najib sanggup mengorban serta memusnahkan kaum Melayu dan Bumiputera di bumi mereka sendiri demi survival politiknya. Kita juga maklum bahawa DS Najib begitu tertekan tanpa sebarang bantuan dalam menghadapi desakan-desakan kaum bukan bumiputera yang tertentu dewasa ini. Pemuda UMNO sudah langsung tidak boleh diharapkan lagi bagi menangkis serangan-serangan ini, malahan PEMUDA sendiri  telahpun dikhuatiri sudah menjadi duri dalam daging!

Sekiranya serangan-serangan ini tidak tertanggung oleh DS Najib, saya fikir ada dua jalan yang patut dipertimbangkan oleh DS Najib. Satunya telahpun disarankan di sini

Ataupun, DS Najib boleh memilih untuk menyerahkan sepenuhnya tugas menangkis segala serangan-serangan ini kepada Pribumi Perkasa, Tok Him dan pahlawan-pahlawan Melayu yang seangkatan. DS Najib wajar menyokong Tok Him dan pahlawan-pahlawan Melayu Bumiputera dengan membantu mereka "menajamkan keris", bukan "menyuruh mereka menyarungkan keris supaya disimpan di dalam almari". 

Sebagai Ketua Negara yang mempunyai kuasa, bantulah mereka selagi perjuangan mereka itu  masih berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan. Dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, sergahlah tanpa rasa takut, kaum-kaum yang menyalak sekiranya mereka menyalak  melepasi batas prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan. Berilah sokongan penuh, galakan dan bantuan kepada pejuang-pejuang yang berjuang untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan, mereka yang berusaha membina sebuah negara yang utuh dan bersatupadu sejak awal bangku sekolah melalui Sekolah Satu Aliran, mereka-mereka yang berjuang untuk memberikan identiti sebenarnya kepada nusa dan bangsa ini, yakni Bangsa Malaysia yang berteraskan kepada adat-resam dan bahasa pertuturan penduduk asal bumi ini. 

Dengan tugasan ini dipikul oleh Pribumi Perkasa, maka DS Najib akan mempunyai lebih banyak ruang untuk membina semula PEMUDA UMNO, memastikan survival parti UMNO dan Presidennya supaya kekal berterusan dengan mengenal pasti serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas siapa-siapa mereka yang menjadi gunting di dalam lipatan, musuh dalam selimut, menikam belakang, perampok-perampok negara dsb. Mereka-mereka ini hanya menambahkan lagi kebencian yang meluap orang Melayu terhadap UMNO. DS Najib juga dapat mengemudikan negara ini dengan lebih berkesan dalam menentukan halatuju agenda-agenda nasional dan global demi kepentingan negara ini.


Jangan tersilap langkah. Halakan senapang kepada musuh sebenar. Musuh sebenar DS Najib bukannya orang Melayu dan Bumiputera. Kenapa DS Najib, secara sedar ataupun tidak, perlu hapuskan kaum Melayu dibumi mereka sendiri dengan melaksanakan agenda-agenda pemusnah seperti MEB itu? Dengarlah suara-suara orang Melayu kerana mereka itulah sebenarnya penyokong dan pendokong kerajaan selama ini yang kini dipimpin oleh DS Najib. Kenapa semakin hari mereka ini hendak sisihkan, disayukan hati mereka dan dijauhkan dari DS Najib sendiri? Ini tindakan yang AMAT PELIK, sedar ataupun tidak!

Musuh sebenar DS Najib adalah mereka-mereka yang mendesak di luar batasan Rukun Negara dan Perlembagaan. Mereka yang ada di sisi DS Najib yang berkomplot secara halus untuk menjatuhkan DS Najib serta kerajaan yang ada. Orang Melayu dan Bumiputera, yang kini, nampaknya berwakilkan Pribumi Perkasa, bukanlah musuh DS Najib dan kerajaan!!

Kaum-kaum minoriti yang merupakan warga negara yang tulin sememangnya berharap kepada kestabilan kaum-kaum majoriti. Mana mungkin untuk hidup aman dan damai sedangkan kaum-kaum majoriti hidup dalam keadaan gelisah, resah dan tertekan? Apa lagi bila diserang secara bertubi-tubi oleh kaum-kaum pelampau yang tiada sekumit pun di hati dan jiwa mereka perasaan cintakan negara ini. Apa yang mereka mahukan hanyalah hasil yang dikaut dari bumi ini sementara ianya boleh dikaut.

Tetapi harus diingat, kaki yang buruk dan sengaja tidak diubati itu,  lambat laun akan dipotong  jua apabila tiba masanya ianya menjejaskan anggota badan yang lain. Segeralah ubati kaki yang buruk itu supaya tidak merebak. Semoga ianya terus sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Update 10:30pm


HIDUP TUAH! -
NEM – SYSTEMATIC DESTRUCTION OF THE BUMIS? (Part 2)
"I wish to repeat that if NEM /NKEAs are retained in their present spirit, form and substance, one cannot escape from concluding that it is camouflaged behind a smokescreen of excessive sophistication and esoteric concepts with the attendant policies / programmes which will subjugate the poor who are largely Malays / Bumis. The highly probable outcome is analogous to the result of a surgical operation: the operation (NEM / NKEAs) succeeded but the patient (Malays / Bumis) died! QED."

Monday, October 17, 2011

(pssstt!! PRU dah dekat!) - TRUST ME....

During the Q&A session, he (DS Najib) was asked about the ‘Single School System’. His response, “We don’t live in an ideal world. Our forefathers have decided to allow vernacular schools. We cannot stop this now, without having a racial issue. It is very difficult to do away with this, now”.
Padankan kata-kata DS Najib "We don't live in an ideal world." dengan kata-kata beliau sebelum ini:-
MUAR: The national-type school system – which provides education in vernacular languages apart from the national language - is only practised in Malaysia and not anywhere else in the region or in the world, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“This is a unique system and only found in Malaysia, where all races are allowed to maintain their language, traditions and cultures.
Sumber : KEMPEN SSS

Maksudnya hanya di Malaysia sahaja yang tidak ideal, sedangkan the rest of world adalah ideal? Bukan saya kata, tapi itulah maksud DS Najib dari kenyataan-kenyataan di atas.

Mengapa the rest of the world ideal? Sebab depa tidak mengamalkan sistem pendidikan vernakular. Mengapa Malaysia tidak ideal? Sebab di atas muka bumi ini, hanya Malaysia yang mengamalkan sistem pendidikan vernakular. Kata DS Najib.

Sedih... Malaysiaku gemilang tidak ideal lagi di bawah Perdana Menteri DS Najib..... lagi sedih bila Malaysiaku gemilang keseorangan dalam hal ini..macam kera sumbang di mata dunia....

Kita ke perkara kedua. Kata DS Najib, "Our forefathers have decided to allow vernacular schools".


"Forefathers...." sejarah ni. Nak dengar dari mulut "forefathers" sendiri dah mustahil. Mari kita baca apa kata pakar sejarah tanahair.
(Prof.) Dr Khoo (Kay Kim) said that during the British era, vernacular schools were set up to allow students to learn about their countries of origin.


"However, the system is no longer needed as they are now citizens of Malaysia and should be taught to accept the country and its multiracial races as part of themselves," he said.
sumber asal  DI SINI (kena langgan), tapi boleh juga dibaca DI SINI

Sekolah vernakular ini mula wujud di zaman British supaya ORANG ASING dapat mempelajari sejarah negara mereka.  Jadi sekolah vernakular hari ini untuk siapa? Untuk Orang Asing yang telah tiada? Atau untuk PENDATANG???!!!

Prof. Khoo pernah menulis email bertajuk "To build a nation, first build a school" kepada pihak media. Sumber email ini asalnya diperolehi dari Sun2surf , tapi dah bungkus agaknya. Tapi ianya masih boleh dibaca DI SINI. Boleh juga kalau nak baca email ini dari laman-laman pembangkang seperti Nurul Izzah dan Din Merican. Ini sebahagian dari catatan sejarah sebelum Perang Dunia Ke-II lagi yang menyentuh soal perpaduan kaum.

Berikut adalah petikan-petikan email tersebut:-
In Malaysia, concern* was raised even before World War II, not long after the British had experimented with preserving separatism and found the situation difficult to control. Sir Shenton Thomas (governor and high commissioner), in about 1940, actually thought seriously of adopting a policy to Anglicise the Chinese.
*concern di atas adalah mengenai "the need to integrate and socialise". British pun sudah pening kepala dengan isu perpaduan di bumi ini sejak sebelum perang dunia lagi dan ianya bermula dengan kaum ???
...the British began to plan seriously the best way to integrate the ethnic groups. The Communities Liaison Committee was formed at the beginning of 1949, chaired by E.E.C.Thuraisingham.
Sekarang mari kita cuba tengok "forefathers" yang DS Najib cakap tu...Barnes Report disiapkan setahun selepas komiti yang dipengerusikan oleh E.E.C. Thuraisingham ditubuhkan. Adakah Thuraisingham ini salah seorang dari "forefathers" yang mempengerusikan sebuah komiti yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular? Ataupun ianya sebuah komiti untuk mencari jalan terbaik untuk "integrate the ethnic groups"?

Anyways... mari kita baca apa saranan/recommendation dari Barnes Report:-
The Barnes Committee, a year later, recommended the integration of the education system. All government schools, as distinct from private schools, would use Malay and English as the main media of instruction but pupils could learn their own ethnic languages.
Hmmm... apa pula bahasa media of instruction sekolah vernakular yang paling amat disayangi oleh DS Najib? Apa pula kata penyata Razak, Allahyarham BAPA kepada DS Najib sendiri..?
Later, the Razak Report of 1956 stated categorically that “the main objective of Malaya’s educational policy is national unity.” Its recommendations were substantially similar to that of the Barnes Report.
Siapa berani kerat jari dengan mengatakan sekolah vernakular adalah untuk "national unity"? Oleh kerana Penyata Razak hampir keseluruhannya serupa dengan Barnes Report, maka Allahyarham Tun Abdul Razak juga mahukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Tetapi anaknya, DS Najib, berpatah arang mempertahankan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Mandarin (?) dan Tamil (?). "Forefathers" kata DS Najib? Ayah siapa??

Isu perpaduan dan sistem pendidikan vernakular ini terus memeningkan kepala dari zaman belum perang hinggalah hari ini. Siapa yang dok buat pening kepala, dok asyik berdegil ni??!! Sampaikan negara lain di dunia tidak mengamalkan lagi sistem vernakular, tapi kita di Malaysia masih lagi tidak dapat nak "ideal" dalam hal ini.

Selepas Penyata Razak, usaha perpaduan melalui philosophy "to build a nation, first build a school" ini (Satu Sekolah Untuk Semua.. kan?), usaha-usaha perpaduan yang membabitkan sistem pendidikan diteruskan dengan terhasilnya selepas itu, Rahman Talib Report, Tun Suffian Report dan Mahathir Report. Hanya pada 1996 Menteri Pelajaran ketika itu melalukan sesuatu yang tidak selari dengan laporan-laporan pendidikan yang dihasilkan sejak zaman belum perang lagi. Siapa ye Menteri Pelajaran waktu itu?
Ingat lagi siapa yang rela hati gubal Akta Pendidikan 1996 hingga menyebabkan dana kerajaan terpaksa diperuntukkan bagi membiayai sekolah haram vernakular? Siapa Menteri Pendidikan ketika itu? BN & UMNO sangat kuat pada 1996, dan tiada kaum bukan Melayu yang desak kerajaan untuk gubal akta tersebut. Tapi dengan manja relanya Menteri Pendidikan 1996 telah menggubal Akta Pendidikan untuk halalkan bantuan kerajaan kepada sekolah haram vernakular. Bukankah itu dasar pemimpin yang menyalahi perlembagaan

nak baca kat SINI pun boleh juga..

Persoalannya:-

Jadi apabila DS Najib mengatakan "our forefathers have decided...", forefathers yang mana satu DS Najib maksudkan sedang Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri jelas tidak "decided" begitu apabila Penyata Razak disediakan.  Forefathers kepada Dong Zong apekenama tu ke? Forefathers DAP? Forefather Ah Siong?

Ataupun DS Najib sememangnya bergadai golok berpatah arang begitu taksub masyuk dengan pendidikan vernakular walaupun ia terang-terang bertentangan dengan Artikel 152 Perlembagaan Negara.... lalu DS Najib tidak mampu untuk berlaku JUJUR dalam hal ini?

(TRUST ME !!!)
Ingat !! Sekolah vernakular mula wujud di bumi ini UNTUK ORANG ASING. Hari ini, ada lagi ke ORANG ASING, soal Prof. Khoo?

Oh ya! Dalam artikel BIG DOG di atas, DS Najib ada juga mengatakan:-
Prime Minister Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak announced that the New Economic Policy (NEP) is here to stay and will not be abolished.
We need ‘transformation’ to tweak the NEP, to achieve the desired results.”
NEP? New Economy Policy? Apa dah jadi dengan NEM? New Economy Model yang terkejut beruk orang-orang Melayu dan Bumiputera apabila NEM diumumkan dulu? Habis dasar-dasar yang ada buat kaum Melayu dan Bumiputera dihapuskan oleh dasar-dasar liberalisasi DS Najib? Dengan cadangan penghapusan ISA, DS Najib sudah semakin hampir pula dengan gelaran Mr. Demolition Man! Betul ke segala penghapusan ini adalah kehendak majoriti? Nampak sangat cakap-cakap politik PRU. Apa kata kalau DS Najib reverse balik semua benda-benda yang beliau kononnya "liberalised" dulu yang membabitkan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera?

Eh.. dah melalut pulak....

NEP?... NEP???!!! Ingat dah terkubur dah. NEP??!! bukan NEM?? Ke DS Najib tersalah sebut?

Anyways.. malas dah nak membebel lagi sebab artikel ni dah panjang sangat dah. Cuma nak bagi link mengenai suatu tinjauan/poll yang pernah diadakan dulu sewaktu sibuk-sibuk nak tamatkan NEP, nak digantikan dengan NEM. Sila KLIK DI SINI. (Agaknya DS Najib "tersepak" artikel poll ini semasa dia buat kenyataan "to tweak NEP" tu kut?


TRUST ME...????



Trust me???



Trust me...??




Trust...





Tuesday, April 19, 2011

Why Don't You Go ???

"Taib Must Go" - Inilah isu utama yang dilaung-laungkan semasa PRN Sarawak baru-baru ini. Bagi saya, "Taib Must Go" ini adalah satu lagi bentuk "sergahan hantu loncat cina". Seperti yang dijangkakan, Najib terus jatuh demam disergah lalu ikut sama "menyanyikan" lagu "Taib Must Go", walaupun tidak begitu lantang.


Kita lihat Taib Mahmud berjaya dengan cemerlang di kawasannya. Paling cemerlang adalah PBB menyapu bersih semua kawasan yang ditandinginya. Boleh dikatakan bahawa sokongan Bumiputera Sarawak meningkat. Keputusan PRN ini membuktikan bahawa "Taib Must Go" itu hanyalah satu lagi bentuk sergahan hantu loncat cina yang menghantui Najib selama ini.

Kalau benar "Taib Must Go", kenapa PBB begitu cemerlang? Kenapa tidak "Dinosaur-dinosaur PENGANGKANG yang MUST GO?". Tidak ingin ke Najib menyanyikan lagu "must go" yang sama kepada mereka ini?. Baca juga artikel PAPAGOMO di SINI.

Saya terdengar di TV, Taib Mahmud berkata bahawa perlu meneliti apakah mesej yang dibawa oleh pengundi-pengundi cina di Sarawak baru-baru ini. Kalau ianya berbau perkauman, usah dilayan. Lebih kurang begitulah yang saya dengar. Sejurus selepas itu Najib pula mengulas keputusan PRN Sarawak (sambil bercakap pasal golf?), something like, kejayaan besar BN di Sarawak. Aduh! Tidak malu ke Najib kepada Taib Mahmud?

Taib Mahmud tegas membela kaum Bumiputera Sarawak. Beliau yakin dan percaya kepada kaum majoriti pribumi Sarawak.Taib Mahmud mengatakan resolusi 1-Malaysia al-kitab itu BODOH!. Apa Taib Mahmud dapat? Ya! PBB sapu bersih dengan sokongan nampaknya meningkat. Bandingkan dengan Najib yang menyisih kaum Melayu di Semenanjung, berkompromi tidak habis-habis dengan kaum pelampau, sedang dia adalah presiden UMNO. Najib lebih percaya serta tidak habis-habis mengejar undi cina, nampak tidak yakin dengan kaum majoriti Melayu Semenanjung dan sanggup mengguris hati mereka dengan dasar liberalisasi serta pemberian gula-gula kepada kaum pelampau dalam setiap PRK. Isu sekecil-kecil "Interlok" pun kerajaan  Najib boleh "melutut", bayangkan pula isu al-kitab dan nama "Allah". Apa Najib dapat? Kena kencing bertalu-talu di setiap PRK dan PRN Sarawak, dan semakin hari semakin ramai orang Melayu membenci Najib, bukannya membenci UMNO.

Baca pandangan Matthias Chang yang dimuatkan oleh blog A.P.A (AKU PEDULI APA) DI SINI

Sesiapa yang turut sama menyanyi lagu hantu loncat ini, "Taib Mahmud Must Go", dengar kata Matthias Chang ini:-
This is utter rubbish! If not for the political maturity and the cunning strategy adopted by Tan Sri Taib Mahmud, the Barisan Nasional would have lost more seats. The fact that PBB won all the seats it contested as was the case in all past state elections except in 1987 is a testament to the ability of this “old fox”, a street-wise politician who outsmarted and out-maneuvered his enemies both within and without the Barisan Nasional.
Only an idiot and a poor strategist will want to get rid of such a savvy political tactician.
Najib telah membawa "politik melutut" ini ke Sarawak mengakibatkan DAP hampir menyapu bersih di semua kawasan yang ditandinginya dan PKR pula menambah lagi 2 kerusi dari PRN terdahulu.  Tengok sajalah isu al-kitab, 10-Point Resolution yang bersemangat 1-Malaysia itu. Bila Taib Mahmud dengan tegasnya berkata "BODOH", Najib bersetuju pulak. Kemudian berkempen dengan mengatakan selagi dia berkuasa, KDN tidak akan tahan bible bahasa Melayu. Aduh! Yang mana satu pendirian Najib ni? Buat malu kepada Taib Mahmud saja!. Ini kejayaan besar BN yang Najib banggakan? Yang menang adalah Taib Mahmud dan PBB dan yang kalah adalah Najib dengan "politik melutut"nya yang tidak habis-habis. Baca artikel-artikel dari  DINTURTLE di SINI, SINI dan SINI.

Di Semenanjung, UMNO perlu bergiat mengembalikan sokongan-sokongan kaum majoriti yang kian pudar, sekalipun tanpa presidennya yang ada sekarang ini. Semangat setiakawan BN terbukti disia-siakan sama sekali oleh MCA dan Gerakan. Kenapa kaum majoriti Melayu harus berkompromi bersama-sama Najib untuk menyelamatkan MCA dan Gerakan dengan undi-undi orang Melayu? MCA dan Gerakan sepatutnya bertanding di kawasan-kawasan majoriti cina menentang DAP bagi membuktikan semangat setiakawan mereka, bukannya lari ke kawasan-kawasan majoriti Melayu dan menekan Najib supaya meletakkan mereka sebagai calon di situ.

UMNO sepatutnya menyokong rakan-rakan politik yang menegak serta mendaulatkan Rukun Negara dan Perlembagaan. UMNO wajib menentang sebarang pencabulan terhadap kedua-duanya ini, sekalipun pencabulan itu dilakukan oleh presidennya sendiri. 

Demi agama, bangsa dan negara UMNO dan PAS boleh bekerjasama sebagai suatu pasukan "kerajaan-pembangkang" yang sihat. Sebelah pihak mentadbir urus negara, dan sebelah pihak lagi sebagai "check and balance" yang kredibel, bersama-sama menegak dan mendaulatkan Rukun Negara & Perlembagaan. Bersama-sama menentang sebarang pencabulan terhadap kedua-duanya. Parti-parti lain juga diajak untuk berganding bahu selagi parti-parti tersebut hormat dan berjuang menegak serta mendaulatkan asas-asas penubuhan negara ini, "Kerana Mu Malaysia".

Malaysia adalah "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" walaupun terdapat pelbagai kaum. Bahasa Melayu adalah bahasa orang-orang MALAYsia. MALAYsia berteraskan Melayu yang diwarnai dengan begitu gemilang dengan warna-warna pelbagai kaum yang lain. MALAYsia bukan "1-Malaysia" yang pelbagai bahasa dan cacamarba identitinya di mana anak bangsa diasuh dibangku-bangku sekolah VERNAKULAR, sesuatu yang tidak dibuat oleh orang lain di dunia ini.

Jom, sign PETISYEN ini. Kempen SSS memerlukan lebih banyak signatures untuk menolak agen pemecah negara bangsa dari terus bertapak di bumi ini. Elakkan negara ini menjadi negara kera sumbang, membuat sesuatu yang tiada negara lain buat di dunia ini.

Tuesday, December 7, 2010

DS Najib

Entahlah.. ini hanyalah pandangan peribadi saya. Saya tidak nampak yang DS Najib bersetuju dengan apa yang dilaung-laungkan oleh sebahagian daripada masyarakat negara ini untuk merealisasikan:-

Ringkasnya mengambil makna dari kata-kata Tagore "To Build A Nation, Build A School", boleh dikatakan DS Najib tidak berminat dalam soal pembinaan negara sebagai sewajarnya apabila dia "menolak" SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA tetapi, beliau dengan mengunakan platform BN, terus menerus memperjuangkan kewujudan sekolah-sekolah vernakular

ARTIKEL 152 - Pendaulatan Bahasa Kebangsaan
Banyak sudah laungan mengenai perkara ini. Setakat ini, apakah pendirian DS Najib mengenai PENDAULATAN Bahasa Kebangsaan ini? Usah didengar ucapannya yang berapi-rapi, tetapi lihatlah kepada tindak-tanduknya selama ini terutamanya dalam isu-isu penggunaan bahasa-bahasa lain dari Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kedua dalam urusan-urusan rasmi negara. Paling jelas adalah isu penggunaan bahasa asing sebagai pengantar di sekolah-sekolah vernakular yang kini semakin dibantu dan didaulatkan oleh DS Najib sehinggakan beliau pernah mengatakan yang beliau sanggup mengambil risiko politik dalam mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah HARAM ini.

ARTIKEL 153 - Kedudukan Orang Melayu & Bumiputera
Raja-raja Melayu telahpun "terpaksa" menyentuh perkara ini. Saya masih menunggu ulasan mereka-mereka yang pakar dalam bidang ekonomi mengenai pengumuman bahagian akhir MEB oleh DS Najib. Apakah akhirnya MEB ini telah muktamad? Pada peringkat awal dahulu terdengar banyak bantahan terhadap MEB ini sehinggakan ada sewaktu ketika DS Najib telah "membuang" ucapan yang disediakan apabila berhadapan dengan MPM/Perkasa/NGO mengenai pelancaran MEB ini. Kalau tidak silap sehingga terpaksa DS Najib mengucapkan "Takkan saya akan mengkhianati Orang Melayu". Sayapun tidak berapa ingat lagi. Adakah perbezaan ketara di antara draf awal MEB dengan bahagian akhir sepertimana yang diumumkan? Adakah bahagian akhir MEB mengambil kira segala komen-komen, bantahan-bantahan, saranan-saranan dsb yang dikemukakan dahulu atau semuanya itu sekadar mencurah air di daun keladi?

Basic confusion on 1Malaysia leads to divided nation - JEBAT MUST DIE

Tiga perkara di atas adalah merupakan elemen-elemen besar/utama Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan Negara yang amat sering dilaung-laungkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Adakah DS Najib, sebagai pemimpin negara tidak bersetuju mengenai kandungan Perlembagaan mengenai ketiga-ketiga perkara ini? Apakah DS Najib tidak dapat menghayati prinsip Rukun Negara yang berbunyi "Keluhuran Perlembagaan"? Apakah ketiga-ketiga perkara di atas merupakan 3D (3-Durjana)?

Ataupun DS Najib mempunyai pemahaman yang berlainan mengenai perkara ini? Entahlah, dalam hal ini saya rasa DS Najib adalah tidak sehaluan dengan Perlembagaan Negara. Apa pendapat anda?

Jika sekiranya benar perasaan ini, sanggupkah DS Najib berkorban DEMI BANGSA DAN NEGARA untuk berehat dari politik? Ataupun, jika sekiranya DS Najib benar-benar teguh pendiriannya mengenai perkara-perkara ini, DS Najib sanggup berkorban dengan mengambil langkah yang berani mengikuti jejak Dato' Onn Jaafar?

DS Najib melihat menerusi kacamata 3D

Monday, April 11, 2011

DiSergah Hantu Loncat Cina


Apabila membicarakan soal politik, mengapa kerajaan BN pimpinan Najib lemah, tidak tegas dan sentiasa mengalah kepada tuntutan-tuntutan melampau kaum-kaum bukan Melayu; selalunya dua sebab yang sering diperkatakan oleh penyokong-penyokong Najib:-
  1. Memperbetulkan kembali kerajaan yang hampir ranap di bawah pimpinan Pak Lah
  2. Orang Melayu berpecah belah sehingga memaksa kerajaan Najib berkompromi.

Kerajaan Pimpinan Pak Lah

Kelemahan kerajaan sebelum ini tidak dinafikan ramai.

Beratnya tugas dipikul oleh kerajaan Najib untuk memperbetulkan keadaan yang dikatakan "hampir musnah" itu, adalah juga diakui.

Kini sudah 2 tahun kerajaan Najib memegang tampuk. Sudah "betul" kah keadaan yang dikatakan "hampir musnah" itu? Sudah berapa peratus pulih? Atau semakin teruk?

Harus diingat, 2 tahun adalah sesuatu tempoh yang memadai untuk memperbetulkan keadaan. Sekiranya keadaan itu tidak juga pulih, maka samada keadaan yang "hampir hancur" itu sebenarnya telah lebur, tidak boleh diperbetulkan lagi dengan apa cara sekalipun. ATAUPUN kerajaan Najib yang gagal, tidak mampu untuk memperbetulkan keadaan walaupun sudah 2 tahun memegang tampuk. Lebih buruk lagi sekiranya keadaan menjadi semakin teruk.


Melayu yang berpecah-belah

Perpecahan ini memang diakui ramai. Banding sajalah keadaan UMNO dan PAS, dahulu dan sekarang.

Anwar Ibrahim seorang Melayu, yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Sekiranya tidak, masakan, beliau  dijadikan anak didik Tun Mahathir. Sayang sekali, Anwar terlalu leka dengan impian "PutraJaya"nya, tambah lagi Anwar mempunyai "perangai".

Setiap orang mempunyai impian, tetapi, biarpun tinggi mana ketokohan atau kewibawaan seseorang itu, beliau sama sekali TIDAK BOLEH dijadikan pemimpin negara ini apabila mempunyai "perangai" yang sedemikian rupa. "Perangai" ini terlalu "jijik" untuk ada pada seorang pemimpin negara ini. Sayang sekali.

Sepatutnya Anwar berkorban demi nusa dan bangsa, sekalipun "berperangai". Keasyikan Anwar terhadap impian "PutraJaya"nya serta "perangai" yang ada padanya, telah dipergunakan sepenuhnya secara halus oleh DAP.

Siapa tidak ingat bahawa ahli DAPlah orang yang pertama sekali menuduh Anwar "meliwat" di dalam Parlimen. Ahli DAP yang sama jugalah pada hari ini "membela" Anwar dari pertuduhan "meliwat". Adakah ini suatu ciri-ciri pembangkang yang berprinsip? Ataupun DAP sebenarnya bukan mempunyai sebarang prinsip pun! Apa saja akan dilakukan asalkan negara ini jatuh ke dalam genggamannya.

Anwar telah dipergunakan dengan cara yang begitu halus sekali oleh DAP apabila kini bertukar arah 180 darjah. Dahulu cuba menjatuhkan Anwar dengan pertuduhan meliwat, hari ini pula cuba mempertahankan Anwar dari tuduhan meliwat. Aksi-aksi tidak berprinsip DAP ini juga jelas kelihatan dalam isu penubuhan Suruhanjaya DiRaja bersabit dengan video-video seks DAHULU dan SEKARANG. Amat jelas DAP begitu berdolak-dalih tanpa sebarang prinsip perjuangan yang boleh disanjungi. Lihat sajalah kes TBH sebagai satu contoh lagi.

DAP juga telah berjaya memperalatkan Anwar untuk "menghancurkan" PAS. Berulitkan impian "Putrajaya"nya, Anwar berjaya "menyeludup" trojan-trojan horse yang sering digelarkan sebagai "golongan erdogan" ke dalam PAS.

Lihat apa yang terjadi kepada PAS hari ini jika dibandingkan dengan PAS dahulu. Ulamak PAS bertukar menjadi ULARMAK, Presidennya sendiri sudah terdiam kelu, hanya mampu mengeluarkan kata-kata yang berbau "erdogan". PAS sendiripun sudah berpecah.

Usahkan PAS, kerajaan Najib juga dikhuatiri ada membela trojan-trojan horse Anwar ini di dalam barisan kabinetnya sendiri!

Betapa berjayanya, serta halusnya DAP memperalatkan Anwar sehingga Anwar sendiri sudah jadi "dead meat"!. Kenapa "dead meat"? Anwar adalah "history" sekiranya selepas ini beliau melangkah ke Sg. Buluh. Ini akan ditertawakan secara diam-diam oleh DAP apabila jatuhnya seorang Melayu. Sekalipun ditakdirkan Anwar berjaya melangkah ke PutraJaya, tengkuk Anwar akan sentiasa terjerat oleh DAP dalam segala tindakannya sebagai ketua negara. Mengapa tidak? Untuk memungkin Anwar menang kes liwatnya, setidak-tidaknya mencipta rekod penangguhan kes yang begitu banyak (lebih 50 kali) dan lama (lebih 2 tahun?), Anwar terpaksa mencurahkan segala-galanya kepada Karpal Singh. Tiada lagi rahsia yang dapat diselindungi oleh Anwar daripada pengetahuan peguam belanya, Karpal Singh. Peguam bela Anwar adalah juga Pengerusi DAP!

Bagaimana pula dengan PAS?

Melalui PKR dan PR, DAP telah juga berjaya memperalatkan Anwar untuk mencucuk hidung PAS sehingga tercabut segala serban, boleh ditarik ke sana kemari AT WILL: Banding sajalah Nik Aziz yang dahulu dengan Nik Aziz yang sekarang. Lihatlah sajalah perjuangan PAS yang dahulu yang begitu bertegas dalam mendokong "Agama Islam", tetapi kini telahpun menghalalkan nama "Allah" dicemari, menghalalkan perempuan lain bersekedudukan dengan suami orang lain, Takebeer! dsb.

Malahan Najib sendiri telah semacam di "bomohkan" secara halus oleh perancangan DAP ini. Lihat sajalah barisan kabinet beliau sendiri yang diresapi oleh "orang Anwar". Lihat sajalah betapa lembiknya Najib yang seringkali mengalah kepada tuntutan-tuntutan terlampau kaum cina dan india. Lihatlah sajalah aksi-aksi rakan UMNO sendiri, iaitu Gerakan dan MCA yang sama naik menghentam UMNO dan Orang Melayu. Bukankah perangai "menghentam" ini dilakukan oleh DAP dahulunya? Kini telahpun diserahkan tugas kepada Gerakan dan MCA? Agak-agak konsep "1-Malaysia" Najib lebih mirip kepada "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" ataupun lebih mirip kepada "malaysian malaysia" ciptaan DAP? Siapa berani jawab dan berkata-kata dalam hal ini?

Pendek kata, perpecahan orang Melayu ini bolehlah di "terimakasih"kan brother Anwar bin Ibrahim, yang leka dengan impian "PutraJaya" dan mempunyai "perangai"; yang mana kesempatan ini telah disambar sepenuhnya oleh DAP. Anwar adalah "Bapa Perpecahan Orang Melayu", dokongan DAP.

Okay...Melayu telah berpecah belah. PAS telahpun jadi "LEMBU" tunggangan Anwar, di mana Anwar sendiri adalah "KALDAI" tunggangan DAP. Apakah yang Najib buat untuk menyatu-padukan orang Melayu ini?

Mari kita lihat sebahagian dari perbuatan/dasar kerajaan Najib:-
  • Membelakangi Bahasa Kebangsaan dengan mendokong bahasa yang pelbagai (khususnya Mandarin), sekali gus mencabul Akta 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
  • Merobekkan Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan pembelaan terlampaunya terhadap sistem pendidikan vernakular (terutamannya vernakular cina)
  • Melancarkan dasar liberalisasi tanpa mengendahkan peruntukan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sekaligus mencabar tanggungjawab Raja-Raja Melayu dalam soal melindungi hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera (yang dahulunya dikenali sebagai "Rakyat Raja Melayu") di bumi ini.
  • Tidak berkeupayaan untuk menangani isu pencerobohan agama rasmi negara oleh kaum-kaum pelampau.
Apabila berbincang mengenai kerajaan Najib yang begitu lemah dan sering kali terpaksa "tunduk" kepada salakan-salakan liar kaum pelampau, sering diberikan alasan bahawa:-

"Melayu berpecah, Najib terpaksa berkompromi"

HAH!! INI DIA HANTU LONCAT YANG SERING MENYERGAH PEMIMPIN MELAYU DAN PENYOKONG-PENYOKONG TAKSUBNYA !!!
  • Najib, begitu lemah semangatnya sehingga sering jatuh demam terkulai disergah hantu loncat ini
  • Hj Hadi begitu penakut sehingga jatuh sakit, kaku dan kelu lidah dihantui oleh hantu loncat ini
  • Nik Aziz begitu senang dirasuk oleh hantu loncat ini sehingga sering meracau-racau tidak tentu hala
Persoalannya:-
Kenapa Najib perlu berkompromi sehingga ke tahap "blank cheque"? Kenapa hingga ke tahap hampir menggadaikan Bahasa, Pendidikan Anak Bangsa, hak-hak "Rakyat Raja" dan Agama Rasmi negara ini sendiri? Kerana apa semuanya ini? Kerana undi? Kerana takut kehilangan kuasa politik sebagaimana yang "DIRACUNI" di dalam setiap minda Melayu bahawa hantu loncat akan menyergah? Kerana orang Melayu telah berpecah-belah?
Baiklah, mari kita lihat.

Bilakah waktu bulan mengambang di mana dikatakan banyak hantu-hantu loncat itu akan keluar menyergah? Setiap kali ada pemilihan bukan? Lihatlah saja setiap PRK-PRK yang diadakan sebelum ini. Sergahan hantu-hantu loncat ini yang sering muncul dari sekolah-sekolah vernakular cina telah membuatkan Najib menabur berjuta-juta ringgit kepada sekolah-sekolah haram. Seriously, kalaupun BN menang PRK-PRK ini, undi siapakah yang "memenangkan" BN walaupun Najib demam meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu? Sesudah menabur berjuta ringgit, dapatkah disimpulkan dengan jelas bahawa sergahan hantu-hantu loncat ini telah juga membawa undi cina kepada Najib? Atau YANG INI kah Najib dapat setiapkali selepas menabur berjuta-juta ringgit itu?

Sekarang bulan mengambang lebih besar di Sarawak. Apakah isu yang begitu hangat sempena bulan mengambang yang lebih besar di Sarawak ini? Hmmm... di Sarawak hantu-hantu loncat yang bersembunyi di dalam gereja pula keluar memainkan peranan yang lebih besar untuk menyergah kerajaan Najib, sambil mengilik AL-KITAB.

Sebesar bulan mengambang di Sarawak, seberani itulah hantu-hantu loncat ini mencabar AGAMA RASMI NEGARA, bayangkan pula hantu-hantu loncat yang sebagaimana pula akan menyergah apabila bulan purnama PRU mengambang nanti? Fikir-fikirlah wahai orang Melayu!

Benar orang Melayu telah berpecah. Persoalannya, kenapa perpecahan ini ditangani dengan cara "kompromi blank check"? Kompromi-kompromi yang semakin hari semakin mengguriskan hati orang Melayu? Bukankah lebih logik untuk MEMUJUK dan MEMBELAI (bukannya mengguris) hati-hati orang Melayu yang berpecah ini supaya kembali bersatu? Kenapa lebih percaya kepada kaum-kaum pelampau yang menyalak dari orang Melayu itu sendiri? Kenapa percaya kuasa undi berada ditangan kaum bukan Melayu yang MINORITI? Bukankah orang Melayu merupakan kaum terbesar di bumi ini? Bukankah awak itu presiden parti politik ORANG MELAYU?

Ya memang benar. Melayu berpecah. Sekali lagi, kenapa ber "kompromi blank cheque", terus menerus mengguriskan hati dan menghina agama orang Melayu? Yang berpecah akan semakin berpecahlah jawabnya! Kenapa semuanya ini? Kerana minda telah diracuni oleh betapa hebatnya sergahan hantu-hantu loncat ini sehingga boleh menghilangkan undi? Sememangnya undi telah hilang, dan kaum pelampau tidak sekali-kali akan memberikan undi mereka, sejauh mana sekalipun pemimpin Melayu berkompromi! Tindakan berkompromi seperti ini semakin MENGHILANGKAN LAGI undi-undi orang Melayu kepada Najib!

Sepatutnya, pejuang-pejuang negara yang ada di dalam PAS dan UMNO duduk semeja. Biarlah yang kena rasuk dan meracau-racau itu nak mengata "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Biarlah perundingan meja bulat ini tidak disertai oleh presiden parti politik orang Melayu sendiripun. Apa guna yang begitu lemah semangat dan sering jatuh sakit disergah oleh hantu-hantu loncat khayalan ini. Kenapa khayalan?

Baca ini:-

PERINGATAN: PRU 1969 Perikatan hilang majoriti 2/3 kerana tidak dapat undi Melayu. PRU 1999 BN hilang banyak kerusi kerana tidak dapat undi Melayu. PRU 2008 hilang majoriti 2/3 juga kerana Melayu enggan mengundi BN. Apakah pemimpin BN masih tidak sedar betapa PENTINGNYA UNDI MELAYU bagi menjamin kelangsungan BN?

Nampak? Tahu di mana kuasa sebenarnya? Faham mengapa sergahan hantu-hantu loncat ini adalah sebenarnya racun yang diresapkan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang lemah semangat, penakut dan tiada jati diri? Kepercayaan kepada sergahan hantu-hantu loncat ini juga telah dianut oleh orang-orang Melayu yang taksub kepada pemimpinnya sehingga berdiam diri apabila pemimpinya, sedar atau tidak, bertindak menggadaikan Agama, Bangsa dan Negara demi undi yang dikatakan berada di tangan kaum-kaum bukan Melayu yang sebenarnya minoriti! Itulah dia racun hantu loncat yang diresapkan selama ini, "Melayu berpecah, Najib terpaksa berkompromi, blank-cheque sampai bila-bila pun!"

Tidak semestinya UMNO dan PAS bergabung dibawah satu payung. Yang pentingnya UMNO dan PAS wajiblah berjuang mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara ini dengan kemas menjunjung Rukun Negara dan Perlembagaan. Barang siapa yang mencabuli kedua-duanya ini, tidak kiralah samada dia itu perusuh jalanan ataupun pemimpin di Putrajaya sekalipun, ianya wajib ditentang.

UMNO dan PAS berganding bahu sebagai satu gandingan kerajaan dan pembangkang yang mantap lagi berprinsip. Terdapat "check and balance"  supaya negara ini tidak dijadikan sebagai sebuah negara Taliban oleh satu pihak ataupun dijadikan sebuah negara mini China oleh pihak yang satu lagi.

Kedua-duanya berganding bahu berpegang kepada Rukun dan Perlembagaan negara demi mencapai matlamat "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA", di mana bangsa kita, negara kita dan bahasa kita adalah MALAYSIA, bukannya "melayu totok", "cina totok", "india totok" ataupun "totok-totok yang lain-lainnya" itu. Kita adalah "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" walaupun masyarakat kita terdiri dari pelbagai kaum. Kita BUKAN "Pelbagai 1-MALAYSIA" yang membenarkan segala macam bahasa sehingga masing-masing tidak memahami antara satu sama lain, membenarkan sistem vernakular yang tidak buat oleh negara lain di dunia ini dan macam-macam "Pelbagai"  lagi yang berselindung disebalik "1" itu!

Bangunlah Orang Melayu! Sedarlah bahawa hantu-hantu loncat itu adalah kepercayaan karut marut yang telah menghantui pemimpin-pemimpin Melayu yang lemah semangatnya dan tidak mempunyai jati diri kebangsaan. Tampallah kertas-kertas bomoh ke dahi hantu-hantu loncat itu agar hantu-hantu itu tidak lagi terloncat-loncat di dalam kepala menyergah serta meracuni pemikiran pemimpin-pemimpin Melayu.


Pejuang-pejuang Negara yang ada di dalam UMNO dan PAS, tinggalkanlah pemimpin-pemimpin yang lemah semangat dan penakut itu di rumah, moga-moga bomoh dapat memulihkan semangat mereka yang lemah itu. Bersihkan kumpulan dari anasir-anasir "erdogan" Anwar Ibrahim, yang telahpun diperkudakan secara halus oleh DAP dalam usaha mereka menggengam negara ini. Duduklah semeja. Bulan purnama yang besar akan mengambang tidak lama lagi, semoga orang-orang Melayu tidak lagi dihantui oleh kepercayaan karut-marut ini sebagaimana yang telah meresapi pemimpin-pemimpin mereka. Semoga orang-orang Melayu bersama-sama warganegara kaum-kaum yang lain bersatu di bawah Panji Malaysia, "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA".

Friday, July 25, 2014

DS Najib "boleh" sebenarnya, tapi......

DS Najib sebenarnya berkaliber dan "BOLEH", tapi ianya hanya apabila beliau berhenti mendengar dan mengikut skrip punahsihat-punahsihat dan con-setan con-setan yang berada disekeliling beliau, yang beliau sendiri lantik (?) dalam mentadbir negara ini. Sudah bertahun pelbagai pihak cuba menyedarkan DS Najib tentang punahsihat/con setan ini yang semakin hari semakin menghancurkan negara dan yang mendapat tahi adalah DS Najib sendiri! Bagaimana DS? Boleh "lend your ears" now?

Tengok?! Sebaik saja beliau TIDAK MENGIKUT buah fikiran punahsihat-punahsihat dan con-setan con-setan ini, beliau mampu membuat keputusan dan tindakan yang sepatutnya dibuat oleh seseorang ketua negara yang berkaliber dan mendapat pujian saentero dunia mengalahkan si Obama dan Putin sendiri!

"For once the Prime Minister took his vitamin pills and decided to ignore the advisers who have been making a fool of him with all their wrong advice."
(OutSyed The Box - Najib Ignored His Pro US Advisors)

Bila DS Najib ambil "vitamin" terus terselah kepimpinan beliau:-

MH17 - Najib's Move Memang TERBAIK !
(DinTurtle)

  


Tidak payahlah nak beri lain-lain pautan termasuk pujian-pujian dari luar negara buat DS Najib kerana dalam bertahun-tahun pemerintahan DS Najib, sudah terlalu banyak onar dan kesilapan yang dilakukan oleh beliau akibat memelihara punahsihat-punahsihat dan con-setan con-setan sekeliling beliau. BETULKAN balik keadaaan-keadaan ini terutama kerosakan-kerosakan yang telah berlaku terhadap prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. (sudah naik cuak nak tulis berkaitan Artikel 152, 153, ISA, AUKU, Akta Hasutan, TTPA etc etc...)

Tengok.. antara yang DS Najib lantik menjadi ahli kabinet DS sendiri.. belum apa-apa lagi dah berdemo (mengutuk Rusia?)



Negara sekian lama mengamalkan sikap berkecuali, non-aligned movement (NAM)..  tetiba dalam isu MH17 pemuda UMNO berdemo beruk terus menuding jari kepada Rusia tanpa usul periksa .. persis perlakuan "talibarut-talibarut" saja nampaknya? 
Dahulu digelar Setiakatwang, apabila tiba-tiba mendapat undi "terbanyak" dalam pemilihan ketua pemuda, mengalahkan calon-calon lain yang ternyata lebih popular sebelum tiba hari pengundian.  "Pembawa passport" pun ya juga!


Kita tidak mahulah berterusan melihat DS Najib membuat keputusan-keputusan yang semakin hari semakin memporak-perandakan negara ini. Sebelum confirm terlambat, Dato Seri binalah semula pasukan kabinet Dato Seri itu. Lantiklah penasihat-penasihat (bukannya punahsihat-punahsihat) demi agama, bangsa dan negara. SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA!.

Kita mahukan DS Najib menyerlahkan kepimpinan beliau yang sebenarnya, bukannya menjadi kulit yang wayangnya dimainkan oleh tukang karut! Kita tidak mahu ketua negara puppet!


Kita tidak mahu DS Najib dikelilingi oleh punahsihat-punahsihat yang tahap "bahlol"nya mengalahkan macai refobasi ini!


** UPDATE 4:00PM - 

Macai PKR ni dah delete post di atas dalam FB dia (akaun "Asrul Samad"). yang sebelum ini dia tulis "Timbalan Ketua Cabang PKR" dan kini dah tertulis "Comedian" pula.


Ini satu lagi akaun FBnya, "Asrul Samad Timbalan Ketua Cabang PKR", juru kempen Nuar dan parti PKR.


Macam Nuar dulu bila diberi peluang membela diri, lalu memilih untuk membebel dari kandang saksi, bukannya berhujah untuk membela diri... 






okay!!...berbalik semula kepada DS Najib...

So... bila Dato Seri nak rombak semula kabinet XXXL tu? buang punahsihat dan lantik penasihat?

(tolonglah jangan lupa lagi makan "vitamin" Dato Seri demi agama, bangsa dan negara)

 

 

UPDATE 25/07/2014 

Sorang lagi..... LOL!!


Related Posts with Thumbnails