Monday, February 28, 2011

Orang-orang Harapan Seorang Ketua ?

Secara umumnya seorang ketua/pemimpin akan memilih orang-orang yang "sehaluan" yang dapat membantunya melaksanakan ideologi serta dasar-dasar kepimpinannya dengan seberapa baik yang mungkin. Kalaupun ada di antara orang-orang yang membarisi kepimpinannya mengutarakan pendapat masing-masing yang mungkin nampak tidak begitu sehaluan, ini selalunya bersifat kritikan atau teguran yang akan membawa kepada pengukuhan kepada kepimpinan itu sendiri. Jauh sekali ianya bersifat "sokongan membawa rebah" apabila orang-orang disekeliling hanya pandai mengampu daripada melaksanakan tugas serta tanggungjawab. Apa lagi orang-orang tersebut lebih bersifat bagaikan gunting dalam lipatan ataupun bagaikan biawak hidup yang didokong. Kalau seseorang itu tidak dapat lagi untuk bersehaluan dengan ketuanya dan tidak juga  rela mengubah haluannya, sepatutnya orang itu keluar segera dari kumpulan tersebut  untuk memperjuangkan sendiri haluannya atau menyertai kumpulan lain yang sehaluan dengannya. Jangan menjadi duri dalam daging. Jangan menjadi pagar yang memakan padi.

Sudah terlalu banyak para bloggers menulis tentang ketua sayap yang dikira sebagai barisan hadapan UMNO/BN yang ada pada hari ini. Sudah sekian lama KJ "terpilih" sebagai Ketua Pemuda UMNO. Apa jadi kepada sayap barisan hadapan UMNO/BN ini?  Tidak perlu diulas lagi tentang ini!
Menteri KDN. (Klik)
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. (Klik)
Cukup! Cukup! Cukuplah dengan satu contoh Menteri dan satu contoh Timbalan Menteri yang ada pada dalam barisan kepimpinan DS Najib pada hari ini. Ada lagi dua tiga jika hendak disenaraikan.

Kita pergi yang bawah sikit lagi pulak
  • Idris Jala of Pemandu (klik)
  • Zainal Aznam of NEAC & Zafrul of Maybank (klik)
Ok. Itu segelintir contoh ahli-ahli  yang dilantik untuk menggemilangkan serta menterbilangkan kepimpinan DS Najib. Mereka sepatutnya mempunyai kualiti-kualiti 'setia' seperti Hang Tuah, 'berani kerana benar' seperti Hang Jebat (sekiranya Hang Jebat diberi ruang yang sewajarnya untuk bersuara daripada terus dihukum bunuh), 'kegagahan dan keberanian' Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu mempertahankan kedaulatan  bangsa dan negara. Bukan bersifat seperti Marcus Junius Brutus the Younger. Tidak berani nak 'buangkan' orang-orang seperti ini daripada barisan perjuangan ke?

Itu bab barisan pejuang sendiri. Bagaimana pula 'serangan' yang hendak dilancarkan terhadap "musuh"?
Mereka sudah naik tocang, memainkan sentimen perkauman dengan sewenang-wenangnya.

Cukupkah dengan serangan menggunakan 'pistol air' sahaja? Ada keris, disarungkan dan disimpan dalam almari buat mengutip debu. Tiada sebarang tindakan berani dan tegas? Free for all ke? Tidak juga, apabila yang mempertahankan hak pula yang dikenakan tindakan. Yang mencabar hak orang lain dibiarkan berleluasa. Berguling-guling di atas jalanraya sampai ada yang memohon derhaka kepada Raja Melayu. Apa hal semuanya ini?

Kita lihat parti PAS apabila dikatakan parti tersebut telah diresapi oleh "golongan erdogan". Siapakah individu yang dikaitkan dengan "golongan erdogan" ini yang nampaknya berjaya membelah parti PAS kepada dua golongan sekurang-kurangnya? Siapa pula individu yang dikaitkan dengan orang-orang dalam barisan kepimpinan DS Najib seperti yang diberi contoh di atas? Orang sama? Orang yang kini menghadapi pertuduhan yang sudah begitu liwat lewat perbicaraannya kerana banyak kali 'menang menangguh kes'? Individu yang memakai nama Melayu ni pun satu!!. Kenapa tidak di "erdogan"kan parti cina cauvinis DAP? Kenapa nak di "erdogan"kan PAS dan UMNO, sedangkan PAS dan UMNO adalah parti-parti orang Melayu? Sudah menjadi berapa kerat  berpecahnya orang Melayu, bertelagah sesama sendiri, di bumi sendiri, pada hari ini?

Kemana hilangnya Akta Hasutan, ISA, Rukun Negara, Perlembagaan Negara.? Kes liwat pun tidak kurang tajamnya kalau tidak dibiarkan berlarutan sebegitu. Tahan-tahan sikitlah paspot tu, kalau tidak mahu musang  berbulu ayam terlepas lari. Asyik-asyik dengan pistol air, musuh pun sampai terkencing-kencing bukan kerana sejuknya air pistol air tu, tapi kerana tergelak besar di'serang' dengan pistol air. Salak sikit saja,  General lawan akan terus melutut sakan. Lt. General yang memegang portfolio pendidikan anak bangsa pun sudah jadi tunggang langgang. Dasar pendidikan apa INI?

Apahal ni? Tidak mampu bertegas menghapuskan gunting-gunting dalam lipatan? Tidak berani menghadapi musuh dengan senjata yang lebih wajar sikit daripada pistol air? Atau sengaja nak bunuh diri? Ataupun...nak gali kubur sendiri?


Ataupun.......

.....sebuah konspirasi halus akhirnya telah berjaya "menguasai" sebahagian besar dari tindak tanduk General?  Nampak macam berperang, tapi sebenarnya General, tanpa sedar, telah menolong mendirikan asas-asas untuk musuh memacakkan benderanya bumi ini? General sendiri sudah "termantera" untuk menewaskan negara sendiri.

Contohnya,:-

Apabila DEB dikecam hebat oleh anjing-anjing yang menyalak, General memulakan langkah perang dengan dasar liberalisasi. Hak orang-orang Melayu yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan mula ditarik satu persatu. Mengapa General tidak memulakan langkah perang dengan memancung mereka-mereka yang bergelar UMNOputera? Bukankah DEB sebuah dasar yang unggul serta selari dengan kehendak Artikel 153? Cuma perlaksanaannya telah dinodai oleh segelintir UMNOputera?

Dengan langkah songsang liberalisasi, General telah kehilangan sokongan orang Melayu sendiri. Tetapi adakah anjing-anjing itu berhenti menyalak terhadap Artikel 153 dengan terlancarnya dasar liberalisasi ini? Atau mereka semakin galak menyalak apabila General telah memberikan sebuah isyarat 'tunduk'? Sekiranya General mula 'melibas' UMNOputera, sudah tentu orang-orang Melayu & Bumiputera (yang sebenarnya menjadi target DEB tapi sehingga kini masih juga belum terbela sepenuhnya) akan bertepuk sorak kegirangan. Dengan parasit-parasit yang mengambil kesempatan ke atas dasar DEB ini mula dikikis, adakah anjing-anjing akan mempunyai sebab untuk menyalak lagi? Mereka akan terkedu dan terkelu lidah. Selama ini mereka hanya menggunakan alasan 'kewujudan parasit-parasit' sebagai batu loncatan untuk sebenarnya menyerang Artikel 153 Perlembagaan. Apa yang General telah buat dengan dasar liberalisasi itu adalah sebenarnya "memenangkan" musuh secara halus. Setiap inci bumi Melayu dan Bumiputera ini telah terbina "asas-asas" kepada anjing-anjing ini untuk menegakkan benderanya. Orang Melayu dan Bumiputera telah tertembak peluru dari General sendiri dalam kelam kabut  salakan anjing-anjing liar. Sebagai contohnya, "To Build A Nation, Build A School" kata Tagore, tetapi General pula begitu tegar dengan Vernakular. Negara MALAYsia berteraskan orang MALAY dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang didokong lagi oleh Artikel 152 Perlembagaan dan akta-akta bahasa, tetapi General nampaknya keliru dengan slogan "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA" apabila begitu bangga dengan slogan "Unity in diversity". Bahasa Kebangsaan sendiri tidak didaulatkan tetapi bahasa kebangsaan negara Cina Komunis (Mandarin) lebih dipromosikan sedangkan bahasa Mandarin ini bukanpun menjadi bahasa lidah kaum-kaum cina yang ada dinegara ini.


Begitu "power" nampaknya "mantera" yang terselubung disekeliling General dan juga segelintir orang-orang Melayu..

Wahai Melayu!!. Teruskanlah berpecah. Nanti airmata darah tiada berguna lagi!
TAKE BEER! TAKE BEER! TAKE BEER!

Sunday, February 27, 2011

Sharing : Battle of The Sexes 10

Cash Withdrawal from ATM

How a BOY withdraws cash from an ATM.

(image credit as displayed)
1. Park the car

2. Go to ATM Machine

3. Insert card

4. Enter PIN

5. Take money out
6. Take ATM Card out

7. Drive away




How a GIRL withdraws cash from an ATM

1. Park the car
2. Check makeup
3. Turn off engine
4. Check makeup
5. Go to ATM
6. Hunt for ATM card in the purse
7. Insert card
8. Hit Cancel
9. Hunt in purse for chit with PIN written on it
10. Insert card
11. Enter PIN
12. Take cash
13. Go to car
14. Check makeup
15. Start car
16. Stop car
17. Run back to ATM
18. Take ATM card
19. Back to car
20. Check makeup
21. Start car
22. Check makeup
23. Drive for 1/2 mile
24. Release handbrake
25. Drive on.

Saturday, February 26, 2011

Sharing : The Making of 100% Fool by Worshipping "A" Scoring

The Education System That Worships Scoring of "A"s
(almost to the exclusion of everything else)

One day, a very scholarly gentleman, while travelling in Malaysia, decided to go across big river, so he asked one of the village people who owned a small boat, if he would take him, to this request the boatman agreed. As they started, the sun became obscured by dark clouds, and as the river was large, the gentleman realised that the crossing would take some time. So he started a conversation with the boatman.

"Did you know that the sun is approximately 93,000,000miles away, and yet it has provided heat and light, throughout the universe since time immemorial, baring that, if it was to shift, even a fraction of an inch out of its orbit, there would be total devastation?"

The boatman replied; "My dear sir, I am just a simple man who has had no education, there is no way I could know such information."

"Then" said the gentleman "You are 25% fool. A fool never scores an 'A'".

Some time passed, and as they were coming to the ½ way mark, the thunder began to rumble.

"Did you know notice the lightening, just before the rumbling sound?". The gentleman asked. He continued. "Do you know how that phenomenon occurs?"

"No sir." replied the boatman.

"Its occurrence is due to the expansion of rapidly heated air," the gentleman exclaimed, "You are 50% fool. A fool never scores an 'A'"

About ¾ of the way the weather completely changed. It became dark and started to rain heavily and started filling up the little boat with water clearly making it difficult for the boatman. But the gentleman insisted in questioning.

"Do you know how we get rain?". "No sir," was the reply.

"The sun evaporates water from the sea, this gets stored in the clouds which then travel by be wind power, then when they become full, it lets all the water go, over the land. That's how we get rain."

"You are 75% fool. A fool never scores an 'A'" Said the gentleman, now feeling very smug.

The gentleman was suddenly interrupted from his basqueing by a loud cry from the boatman, "Oh no! I have lost my oar and now the water is about to capsize the boat, we have no alternative but to swim the remainder of the way, luckily for us it is not very far."
(image credit as displayed)
"But I can't swim!!!" cried the gentleman now seeing his own imminent death.

"Then my dear sir, you are 100% fool. You score an 'F' in life!!!" said the boatman.

Friday, February 25, 2011

Sharing : Between The Love of God and The Love of Man

Footprints
One day a man was having conversation with God when his whole life flashed before his eyes as a series of footsteps on the sands of time. He saw that there were two pairs of footprints, but during the most difficult periods of his life there were only one set of footprints.

He asked God "You said you will be with me throughout this journey, but why have you deserted me during the most critical times of my life??"
To which God answered "Son, I did not desert you, I was always with you...you see only one set of footprints because during those difficult times in your life, I was carrying you.."

Another day I was having a similar conversation with my Prime Minister Project Manager (PM) when my whole project flashed before my eyes as a series of footsteps on the sands of time. I saw that there were two pairs of footprints, but during the most difficult times in the project there were only one set of footprints.
I asked my PM, "You said you will be with me throughout the project, but why have you deserted me during the most critical times of the project??"
To which my PM answered, "Son, I did not desert you, I was always with you... You see only one set of footprints because during those difficult times I was "sitting on your head!!!"

Tuesday, February 22, 2011

Oghe Kelate


Kelantan memang terkenal dengan semangat kenegeriannya. Anak negeri Kelantan berketurunan Melayu ataupun Cina lazimnya tidak dikenali sebagai orang Melayu Kelantan ataupun orang Cina Kelantan. Mereka dikenali sebagai "oghe kelate", walaupun seorang bernama Jusoh dan seorang lagi bernama Soh Swee Leong.

Identiti "oghe kelate" ini dicapai apabila anak-anak negeri Kelantan bertutur dengan satu bahasa (loghat kelantan) dan bercampur-gaul erat sesama mereka. Jangan terperanjat sekiranya anda berjumpa dengan "Pok Soh" yang tidak ketara perbezaan penampilannya dengan orang-orang lain masyarakat setempat kerana bahasa yang dipertuturkan oleh "Pok Soh" dan pakaian yang dipakai oleh "Pok Soh". Sekiranya anda mengikuti "Pok Soh" sehingga ke dalam rumahnya maka anda akan dapati bahawa "Pok Soh" ini tidak juga kehilangan ciri-ciri ibundanya. "Pok Soh" ini adalah Soh Swee Leong yang tidak lagi dikenali sebagai "orang cina" kerana dirinya telah sebati dengan identiti "oghe kelate".

Jangan juga terperanjat apabila anda dapati Jusoh lebih mesra dengan Soh Swee Leong daripada En. Fadhil yang datang dari KL. Ini tidak bermakna "oghe kelate" tidak mesra dengan "oghe luar". Ibaratkan orang Jerman akan lebih mesra dengan rakan senegaranya jika diukur tahap "kemesraan"nya berbanding dengan rakannya dari Amerika.

Begitulah berjayanya "oghe kelate" memupuk identiti "kelate" hingga mereka terkenal dengan begitu tingginya "semangat kenegerian"nya. Soh Swee Leong ataupun panggilan mesra "Pok Soh" lansung tidak "kehilangan" ciri-ciri ibundanya walaupun beliau adalah "oghe kelate" yang sejati apabila mendakap identiti "kelate" dengan sepenuh jiwa dan raganya, suatu identiti yang BERTERASKAN bahasa, budaya dan adat resam orang Melayu Kelantan.

Bagaimana pula dengan "semangat kebangsaan" kita? Adakah ciri-ciri ataupun identiti bangsa Malaysia itu dapat dibina dengan begitu padu dan erat melalui melalui slogan "Unity in Diversity 1-Malaysia" yang bersifat "tin kosong" itu? Mengapa "tin kosong"? Dapatkah SATU BANGSA dibina dengan jayanya apabila pendokong 1-Malaysia tidak begitu mengambil peduli untuk mendaulatkan Artikel 152 Perlembagaan negara sebagaimana "oghe kelate" mendaulatkan loghat kelantan mereka? Dapatkah perpaduan dan kemesraan yang erat dipupuk apabila pendokong 1-Malaysia yang begitu tegar mempertahankan sekolah-sekolah vernakular (walaupun menyalahi undang-undang).  Adakah "oghe kelate" begitu mesra sesama mereka dengan ciri-ciri pembinaan "ala sekolah vernakular" ini yang kini menunggang-langgangkan serta mentahi-kucingkan dasar pendidikan negara? 

"Unity" adalah satu titik pertemuan. Sekiranya "diversity" ini dilihat sebagai dua jalur atau landasan yang berbeza, akan bertemukah dua landasan yang berbeza ini disuatu titik pertemuan nanti? Atau semakin jauh seseorang itu bergerak di atas landasan yang berbeza ini, semakin luas pula jurang perbezaan ini. Inilah slogan "tin kosong" unity in diversity itu. Bunyinya saja yang bombastic tetapi langsung tidak berisi dalam aspek pembinaan SATU BANGSA, SATU NEGARA dan SATU BAHASA ini.

Jelas kaum-kaum cauvinis, yang pada hakikat sebenarnya adalah "PENDATANG" memberi pelbagai alasan untuk menolak identiti bangsa MALAYsia yang berteraskan kepada bahasa, budaya dan adat resam orang Melayu. Pembinaan negara menjadi lebih parah apabila pemimpin-pemimpin tidak mempunyai semangat kebangsaan yang kental tetapi lebih cepat untuk "melutut" kepada tekanan-tekanan kaum cauvinis perosak bangsa ini.

Ingin saya memetik beberapa perenggan artikel Dr. Ridhuan Tee yang bertajuk 'Ikuti jejak adik Wee Soo Yen' yang menyentuh tentang "oghe kelate" dan soal pembinaan bangsa dan negara ini.

"Bertambah maniMalangnya, ada segelintir daripada kita, mungkin ramai, apabila disyorkan supaya memakai songkok ketika pembukaan parlimen di hadapan sultan, mereka melakukan protes tidak tentu pasal kerana takut diasimilasikan."  

"Sedangkan kita tahu ketika Tahun Baharu Cina, pemimpin Melayulah yang paling hebat menyepit, mengacau dan menghayun tinggi Yee Sang sehingga kelihatan lebih Cina dari Cina." 
"Apa yang dilakukan Adik Soo Yen, pada saya, langsung tidak menggugat identiti kecinaannya. Adik Soo Yen tetap kaum Cina, seperti saya. Saya tidak pasti beliau boleh berbahasa mandarin atau tidak, tetapi saya yakin, majoriti masyarakat kita amat selesa dengan penampilannya. Inilah yang dikatakan 1Malaysia."
"Dalam kata lain, kaunselor dan guru Bahasa Melayu tidak layak berada di SKJC jika tidak menguasai dwi bahasa. Inilah dilema sistem pendidikan (Dasar Pelajaran Tahi Kucing) kita sejak dari dahulu. Akta demi akta diwujudkan dan dipinda, untuk meraikan orang lain. Tetapi, langsung tidak dihargai dan mereka tidak pernah bersyukur. Sekian lama merdeka, kita asyik terus bermain tarik tali. Tidak ada ketegasan dalam memperkasakan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu terus terumbang-ambing, ibarat diluar mati bapak, ditelan mati emak. Lihatlah sekeliling adakah martabat bahasa kebangsaan terangkat?" 
"Ada yang mengatakan kelunakan polisi dan dasar kerajaan ada kaitannya dengan soal undi dan pilihan raya. Kerajaan takut kehilangan undi bukan Melayu."
"Jika sekolah dasar tidak diperkasakan masalah tidak akan selesai. Sebelum inipun, Dong Jiao Zong begitu kuat menentang hasrat kerajaan untuk menyeragamkan silibus bahasa Melayu di semua sekolah rendah. Untuk makluman, silibus Bahasa Melayu di sekolah vernakular lebih mudah berbanding dengan silibus Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan." 
"Justeru, saya meminta kerajaan supaya membuat kajian yang serius dan intensif tentang keberkesanan bahasa Melayu di sekolah vernacular dan produknya di kelas peralihan, supaya kita boleh bertindak berasaskan fakta, bukan berasaskan tuntutan dan desakan atau rayuan undi. Jika kementerian pelajaran tidak ada masa, kami selaku tenaga akademik boleh merentas kajian ini, tetapi sediakanlah dana yang mencukupi. Berdasarkan pengamatan awal, saya berani mengatakan ramai produk sekolah vernacular tidak boleh berbahasa kebangsaan. Jengoklah kelas beralihan di Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Ampang. Di sini kita boleh mendapat jawapan kajian preliminari."
"Kajian sebegini amat penting kerana pada saat inilah masa yang paling penting untuk mendidik anak bangsa selaras dengan peri bahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya."
"... buktikan dahulu bahawa kita lebih mengutamakan agenda nasional daripada agenda terlalu mementingkan bangsa. Barulah gagasan 1Malaysia dapat direalisasikan"
Baca artikel Dr. Ridhuan Tee sepenuhnya DI SINI.

Sunday, February 20, 2011

Sharing : Battle Of Sexes 9


How The Company Views Its Employees
(HE versus SHE)


(image credit : istockphoto, linked here)

The family picture is on HIS desk.
Ah, a solid, responsible family man.
The family picture is on HER desk.
Umm, her family will come before her career.


HIS desk is cluttered.

He's obviously a hard worker and a busy man.
HER desk is cluttered.
She's obviously a disorganised scatterbrain


HE is talking with his co-workers.

He must be discussing the latest deal
SHE is talking with her co-workers.
She must be gossiping.


HE's not at his desk.
He must be at a meeting.
SHE's not at her desk.
She must be in the ladies' room.


HE's not in the office.
He's meeting with customers.
SHE's not in the office.
She must be out shopping.


HE's having lunch with the boss.
He's on his way up.
SHE's having lunch with the boss.
They must be having an affair.


The boss criticised HIM. 
He'll improve his performance.
The boss criticized HER.
She'll be very upset.


HE got an unfair deal.
Did he get angry?
SHE got an unfair deal. 
Did she cry?


HE's going on a business trip.
It's good for his career.
SHE's going on a business trip. 
What does her husband say?


HE's leaving for a better job.
He knows how to recognise a good opportunity.
SHE's leaving for a better job.

Women are not dependable

Saturday, February 19, 2011

Sharing : Stale "Citizens"




The Japanese have always loved fresh fish. But the waters close to Japan have not held many fish for decades. So to feed the Japanese population, fishing boats got bigger and went farther than ever.

The farther the fishermen went, the longer it took to bring in the fish. If the return trip took more than a few days, the fish were not fresh. The Japanese did not like the taste.

To solve this problem, fishing companies installed freezers on their boats. They would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stay longer.

However, the Japanese could taste the difference between fresh and frozen and they did not like frozen fish.

The frozen fish brought a lower price. So fishing companies installed fish tanks. They would catch the fish and stuff them in the tanks, fin to fin. After a little thrashing around, the fish stopped moving. They were tired and dull, but alive. Unfortunately, the Japanese could still taste the difference. Because the fish did not move for days, they lost their fresh-fish taste.

The Japanese preferred the lively taste of fresh fish, not sluggish fish.

So how did Japanese fishing companies solve this problem? How do they get fresh-tasting fish to Japan? If you were consulting the fish industry, what would you recommend?

(credit - clipart.com)

Here is How Japanese Fish Stay Fresh:

To keep the fish tasting fresh, the Japanese fishing companies still put the fish in the tanks. But now they add a small shark to each tank. The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state. The fish are challenged.

Have you realized that some of us are also living in a pond but most of the time tired and dull, so we need a Shark in our life to keep us awake and moving?


NOW IMAGINE THAT:-
  • The fresh taste of fish is the taste of  "SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
  • and the frozen unfresh taste of fish is "Multiculturism when left unchecked" tiring the nation....
  • and unity among the people is as dull as ever with the bombastic sound of "Unity in diversity" but "has no meaning" in the real sense, which slogan created by the CON-SULTANS..
  • what would you think the SMALL SHARK is, in this respect? (Belated) Time to enforce Article 152 and National Language Act for a start?

Friday, February 18, 2011

Ripley's Believe It or Not - Part 2

Sambungan kepada muatan sebelum ini, "Ripley's Believe It Or Not", sempena penyambungan semula perbicaraan kes pada 14 Februari lepas, yang TIDAK SERTA MERTA ditangguhkan sebagaimana  yang telah menjadi kelaziman kes ini.

Hari ini (18/02/2011) myMETRO nampaknya telah memberikan satu penanda aras prestasi PENANGGUHAN kes liwat Saiful vs Anwar. "Kes rogol ditunda 56 kali!". Sama-sama kita ikuti dan perhatikan samada kes liwat tersebut dapat memecah rekod serta menjadi juara penangguhan kes dengan adanya penanda aras ini.


Kata Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, "“Tetapi yang tidak adil sebenarnya ialah kepada mangsa sendiri. Kita kasihan kepada rakyat,” ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan bulanan dengan kakitangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Kalau tidak salah saya, apabila kes liwat yang dimaksudkan tidak dapat ditangguhkan dari disambung perbicaraannya, ada saja meletus insiden-insiden "penarik perhatian" yang berlaku disekitar menjelang tarikh perbicaraan. Antaranya, bibit-bibit untuk menimbulkan kekecohan di dewan persidangan Perak oleh Nizar&Geng, insiden buluh runcing di Indonesia dan yang terbaru adalah "Hindraf-Isu Interlok" sehingga ramai orang kena tangkap menjelang tarikh 14 Februari tersebut. Semacam ada kaitan saja meletusnya insiden-insiden seperti dengan kes liwat ini.

Ingin saya rekodkan di sini "Senarai lengkap permohonan Anwar sebagai pejuang keadilan Tahi Kucing", kata THE UNSPINNERS yang mengusahakan penyenaraian permohonan dan penangguhan kes liwat ini di dalam artikel-artikel THE UNSPINNERS seperti berikut:-

Wednesday, February 16, 2011

Orang Malaysia? errr... siapa mereka itu?

Siapa Orang Malaysia tu?
What then is the Malaysian race?
What language should a Malaysian speak?
What culture and mannerisms?
What shared values and philosophies?
What inner-consciousness?
What sense of shared identity?
What sense of shared destiny?
Fundamentally, a member of the Bangsa Malaysia should speak the national language of the Federation, Bahasa Malaysia, fluently and as a primary language; be fully versed with adat-adat and tatasusila orang Melayu and other Bumiputras of the Federation; demonstrates respect and deference to Islam as the official religion of the Federation and exhibit traits and mannerisms acceptable to the Malays and other Bumiputras. Non-Malay members of this Bangsa Malaysia may speak in their own dialects in private and may practise their own cultures and religions in the private confines of their community. Also, Budaya Malaysia is based on the budaya of the Malays and other Bumiputras of the Federation – in their various representations.
And the Education System is based on a single, unified Sekolah Kebangsaan system with Bahasa Malaysia as the primary language of instruction.
Later, upon satisfactory cohesion and amalgamation of the Malaysian populace into a truly united Bangsa Malaysia, then by law, ALL references to race and ethnicity in our daily activities should be forbidden.

Di atas itu adalah "standard definition" mana-mana bangsa yang ada di dunia ini. Tukar saja perkataan "Malaysia / Malay" kepada "Amerika / American" maka itulah, secara amnya, definisi bangsa Amerika. Tukar pula kepada "France / French" maka itulah bangsa Perancis, begitu juga "China / Chinese" maka itulah bangsa Cina. Bukannya payah benar nak faham kan?

Sebenarnya saya nak bercerita pengalaman di KLIA baru-baru ini, semasa menghantar/mengiringi anak saudara mara yang berlepas ke Australia melanjutkan pelajarannya. Sampai kepada kumpulan pelajar yang nak berlepas ke Australia itu, saya bertanya:-

"Ini student exchange program ke ni ? Ramai student cina dalam kumpulan ni?"
"Bukan! Semuanya ini pelajar Malaysia yang akan ke Australia bawah tajaan JPA. Lapan orang semuanya"

"Biasiswa? Tajaan penuh JPA?"
"Ya! 7 cina, 1 Melayu"

"Wah! satu kelainan yang ketara nampaknya! Selalunya semua Melayu dan Bumiputera yang ditaja JPA.. Ingat tadi exchange program dengan kerajaan cina, sebab semuanya bercakap cina."

Lepas itu, pelajar-pelajar tersebut berkumpul untuk menerima arahan selanjutnya dari pegawai JPA (saya agak). Hmmm... faham pula bahasa Kebangsaan yang dituturkan oleh pegawai tersebut. Siap bertutur bahasa Kebangsaan lagi pulak tu. (terbayang wajah manis Pang Chin Fei sedang membaca berita TV3)


Itu cerita pertama. Yang ini cerita kedua.

Setelah saudara tadi masuk untuk berlepas ke Australia, saya menuju ke tempat letak kereta dengan melintasi ruang kaunter pendaftaran masuk di ruang balai berlepas. Sekumpulan orang yang berpakaian menarik hati saya ada di situ. Nak kata orang asing, muka macam Melayu. Lalu saya menegur salah seorangdaripadanya:-
"Nak ke mana ni?"
"Ke Turki"
Oh! Orang yang bercakap bahasa Melayu Orang Malaysia la tu! Tapi pakaiannya bukan pula pakaian baju Melayu yang lengkap dengan sampin. Bukan seorang yang pakai, malahan kesemua dalam kumpulan itu memakai fesyen pakaian yang jelas bukan fesyen pakaian tradisi ataupun yang melambangkan identiti orang Malaysia (ataupun orang Melayu). Gambar fesyen pakaian yang dipakai oleh mereka yang dapat saya cari di internet adalah seperti dalam imej-imej di bawah ini.



Saya rasa, fesyen pakaian itu lebih mirip kepada identiti pakaian orang dari turki? 

Hmmm... selepas membuat carian imej-imej di atas, terdetik pula saya, agaknya orang Melayu ini mengaitrapat "style pakaian" dengan "kewarakan agama". Saya rasa style di atas adalah orang-orang "religious" turki yang memakainya di Turki. Dari kalangan yang dikatakan "sufism" agaknya. Orang-orang Melayu di Malaysia lebih pantas berpakaian identiti keagamaan orang lain seperti imej di atas. Kalau yang belajar kat Mesir, maka mereka akan berpakaian "ala religious Mesir". Yang memakai "style Pak Arab" tu sudah agak biasa rasanya. Bila "religious" mereka lebih berbangga untuk mengenakan "style" pakaian orang asing. Apakah maksudnya ini? Apabila seseorang itu "religious" dan tidak pula berbangga dengan pakaian "style Melayu atau Malaysia" di airpoirt-airport negara asing, adakah bermakna pakaian "style ala Melayu atau Malaysia" itu tidak "religious"? Adakah "kewarakan" dicerminkan melalui pakaian yang berfesyen tertentu? Hmm... wondering.... apa pula "style" pakaian Nabi Muhamad, kalaulah benar-benar nak ikut "sunnah" Baginda. Banyak jenis ke "style" pakaian Baginda? Itu baru satu bab.... bab pakaian.... kalau nak mengikuti jejak langkah Nabi Muhamad satu persatu. Lagipun, siapa pada hari ini yang benar-benar dapat mengatakan dengan begitu yakin, bahawa Nabi Muhamad melakukannya begini dan begitu, yang benar-benar original, asli, tanpa sebarang tokok tambah atau pengurangan. Benar-benar EXACTLY macam Nabi buat, right on the dot ?!! Ada orang yang benar-benar tengok "first hand" bagaimana caranya yang Nabi buat? Ataupun hanya mendengar kata orang lain saja?

Masa pengakap dahulu pernah bermain "game" ramai-ramai beratur, lalu orang pertama di hadapan membuat sebuah cerita. Cerita ini kemudianya di "pass" kan ke belakang dari mulut ke mulut. Dengar apa jadi pada cerita itu apabila ianya diceritakan oleh orang yang penghabisan di belakang sekali. Cerita burung yang terbang (masa kat depan sekali tu) dah jadi ikan yang berenang ke apabila tiba di belakang? Itu baru pengalaman yang berlaku pada masa yang hampir sama (lebihkurang setengah jam), tempat yang sama dan mungkin hanya melibatkan 20 - 30 orang. Bayangkan sebuah pengalaman yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu, merentasi benua, entah berapa juta atau billion orang, yang diceritakan oleh orang yang ada pada hari ini, di masa ini, di tempat ini, hasil dari penceritaan turun temurun dari mulut ke mulut.

Dah melalut kemana pulak saya ni....

Oh ya.. siapa orang Malaysia itu? Adakah mereka yang memegang myKad tapi bercakap bahasa cina? Adakah mereka berupa Melayu tapi bangga berpakaian Turki? Pernah lihat orang Turki begitu bangga sekali mengenakan baju melayu dan sampin di airport Turki? Pernah terserempak orang cina komunis galak bertutur bahasa Malaysia di airport Beijing?

Entahlah... mungkin ada eloknya Malaysia ini di "definasi" kan semula. Sementara nak sampai kepada identiti bangsa Malaysia yang sebenarnya, eloklah Malaysia ini dikenali sebagai gagasan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kembalikan bumi Semenanjung kepada orang Melayu dan orang Aslinya, Sabah & Sarawak kepada bumiputeranya masing-masing. Orang Melayu, bumiputera Sabah & Sarawak lebih prihatin dalam menjaga identiti dan adat resam masing-masing. Biarkan orang Melayu Semenanjung, Orang Sabah dan Orang Sarawak berkomunikasi sesama mereka dengan satu Bahasa, sementara menunggu orang-orang lain "melepaskan" identiti nenek moyang mereka untuk "mendakap" identiti MALAYsia, barulah kita kenalkan semula negara MALAYsia dan bangsa MALAYsia ini. Kita sekarang masih "dirojakkan" oleh orang-orang yang kononnya bertaraf warga negara, tetapi tegar menjunjung langit negara asing. Tidak kurang juga kita semakin "dirojakkan" oleh penguasa-penguasa negara yang nampaknya "tiada kuasa" untuk menegakkan Artikel 152 Perlembagaan dan memperkasakan identiti MALAYsia dari hari ke sehari.

"Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara"

Sunday, February 13, 2011

Sharing : Tidak Faham Bahasa

Keadaan "TIDAK FAHAM BAHASA" sebegini boleh berlaku kepada murid-murid apabila mereka diajar bahasa Kebangsaan melalui "kaedah terjemahan", bukannya "kaedah langsung" seperti yang dilaksanakan oleh Dasar Pelajaran Tahi Kucing ini.


Kalaulah diperingkat "FAHAM BAHASA" sudah "gagal", janganlah diharap untuk pergi lebih jauh lagi sehingga tahap "toleransi" dan seterusnya "penerimaan / acceptance". Apa kebenda 1-Malaysia ni apabila diperingkat "Faham Bahasa" pun sudah diabaikan dengan mengambil sikap acuh tak acuh terhadap bahasa kebangsaan sendiri? Apalagi pergi dok menjuarai sekolah-sekolah vernakular pulak tu!


TELEGRAM #1

A daughter sends a telegram to her father on her clearing B.Ed exams, which the father receives as:
"Father, your daughter has been successful in BED."


TELEGRAM #2

A husband, while he is on a business trip to a hill station sends a telegram to his wife: "I wish you were here."
The message received by wife: "I wish you were her."


TELEGRAM #3

A wife with near maturing pregnancy goes to railway station to return to her husband.At the reservation counter, while her turn came, it was the last ticket.Taking pity on a very old lady next to her in the queue, she offered her berth to the old lady and sent a telegram to her husband which reached as:
"Shall be coming tomorrow, heavy rush in the train, gave birth to an old lady."


TELEGRAM #4

A man wants to celebrate his wife's Birthday by throwing a party. So he goes to order a birthday cake.The salesman asks him what message he wants to put on the cake. Well he thinks for a while and says:
Let's put, "you are not getting older you are getting better".

The salesman asks, "How do you want me to put it?"

The man says, Well put "You are not getting older", at the top and "You are getting better" at the bottom.

The real fun didn't start until the cake was opened the entire party watched the message decorated on the cake:
"You are not getting older at the top, you are getting better at the bottom".


One more.....

A blonde was weed-eating her yard and accidentally cut off the tail of her cat which was hiding in the grass. She rushed her cat, along with the tail over to WALMART!
Why WALMART???

HELLOOOOOOOOO!
WALMART is the largest retailer in the world!!!

Saturday, February 12, 2011

Sharing : Battle Of Sexes 8

Men are simply happier than Women
  • Your last name stays put.
  • The garage is all yours.
  • Wedding plans take care of themselves. 
  • Chocolate is just another snack. 
  • You can be President. You can never be pregnant.
  • You can wear a white T-shirt to a water park. You can wear NO shirt to a waterpark.
  • Car Mechanics tell you the truth
  • The world is your urinal.
  • You never have to drive to another gas station restroom because this one is just too icky.
  • You dont have to stop and think of which way to turn a nut on a bolt.
  • Same work, more pay.
  • Wrinkles add character.
  • Wedding dress $5000. Tux rental-$100.
  • People never stare at your chest when you are talking to them.
  • The occasional well-rendered belch is practically expected.
  • New shoes dont cut, blister, or mangle your feet.
  • One mood all the time.
  • Phone conservations are over in 30 seconds flat.
  • You know stuff about tanks.
  • A 5 day vacation requires only one suitcase.
  • You can open all of your own jars.
  • You get extra credit for the slightest act of thoughtfulness.
  • If someone forgets to invite you, he or she can still be your friend.
  • Your underwear is $8.95 for a three-pack.
  • Three pairs of shoes are more than enough.
  • You never have strap problems in public.
  • You are unable to see wrinkles in your clothes.
  • Everything on your face stays its original color.
  • The same hairstyle lasts for years, maybe even decades.
  • You only have to shave your face and neck.
  • You can play with toys all your life.
  • Your belly usually hides your big hips.
  • One wallet and one pair of shoes one color for all seasons.
  • You can wear shorts no matter how your legs look.
  • You can "do" your nails with a pocket knife.
  • You have freedom of choice concerning growing a mustache.
  • You can do Christmas shopping for 25 relatives on December 24 in 25 minutes.
No wonder men are happier!

Friday, February 11, 2011

Sharing : Today's Joke

In honouring the outstanding services rendered to their respective countries, God has decided to grant Mahathir, Queen Elizabeth, and Vladimir Putin a sneak preview of Heaven via concious dream. One night, they, all together in one dream, find themselves travelling to Heaven's Gate. On their way,  they come across an enormous rusty gate and their attention are drawn to a red, distinctively looking telephone at the gate's front . They stop and ask what the phone is for. The gate's keeper, the devil, tells them it is for calling back to Earth.
Putin asks to call Russia and talks for 5 minutes. When he is finished the devil informs him that the cost is one million dollar, so Putin writes him a check.

Next Queen Elizabeth calls England and talks for 30 minutes. When she is finished the devil informs her that the cost is 6 million dollars, so she writes him a check.

Finally Mahathir gets his turn and talks for 4 hours. When he is finished the devil informs him that the cost is $5.00.

When Putin hears this he goes ballistic and asks the devil why Mahathir got to call Malaysia so cheaply.

The devil smiles and replies: "Since Najib took over, the country has gone to hell. This gate is the main entrance to hell, so it's a local call."

Mengejar Tuhan "A"

Pagi ini (10/02/2011), seperti kebiasaannya, semasa menghantar anak-anak ke sekolah, saya mendengar perbualan di radio stesen FlyFM.

Topik perbincangan ringkas adalah mengenai seorang pelajar yang mati, jatuh dari tingkat 2 bangunan sekolah (Berita Kosmo DI SINI).


Salah seorang dari DJ stesen radio mencerita bahawa BEFRIENDER telah menerima beratus-ratus email setiap hari, yang kebanyakannya dari golongan muda (teenagers) yang menyatakan masalah "kemurungan" (depression). Lebihkurang 30% dari ini adalah berkaitan dengan tekanan yang dihadapi dalam pembelajaran (education stress).

Sistem Pendidikan kita telah menjadi begitu "ultra-kiasu" di mana tuhan pendidikan yang begitu disembah adalah untuk "Mendapat A". Sekiranya boleh, "A" dalam semua matapelajaran dan sebanyak mana matapelajaran yang mungkin. Tidak ada bezanya dengan penyembahan tuhan yang satu lagi, iaitu "tuhan duit". Segala-gala mengenai "duit", negara berpendapatan tinggi, kejar wang semuanya, tidak kiranya kalaupun nilai wang itu menjunam, asalkan dapat kaut wang dengan begitu banyak.

Di manakah telah kita lemparkan adab sopan, budaya murni? Ada sesiapa tahu tak makna "spirituality" dewasa ini? Sesuatu yang menarik, saya petik dari laman BEHIND THE VEIL:-

Someone says,
"I can't help feeding my family.
I have to work so hard to earn a living."
 
He can do without God,
but not without food;
 
he can do without Religion,
but not without idols.
 
Where is one who'll say,
"If I eat bread without awareness of God,
I will choke.
"
(Baca artikel sepenuhnya DI SINI)

Berbalik kepada sistem atau dasar pelajaran kita yang ada pada hari ini. Saya rasa dalam keghairahan mengejar "A", keadaan telah menjadi tunggang terbalik. Saya pernah mendengar aduan-aduan guru-guru sekolah yang mengatakan sekarang ini prestasi sekolah diukur dengan pencapaian akademik. Masing-masing akan membuat apa saja untuk mencapai 100% "A" dalam semua matapelajaran sesebuah peperiksaan utama. Kalau zaman saya dahulu, kita cuba mencapai 100% "lulus" dan hanya ada sebilangan saja, (best student) satu atau dua pelajar sahaja yang mencapai 100% "A" dalam semua matapelajaran.

Keadaan menjadi semakin "teruk" apabila insentif  (selalunya berbentuk kewangan) diberikan bagi sekolah-sekolah/pengetua yang berjaya mencapai pencapaian yang "tinggi" ini sehingga ada insiden di mana murid-murid "dibantu" supaya dapat menjawab dengan betul semasa peperiksaan. Cara "bantuan" adalah cara yang tidak jujur seperti "soalan bocor", "memberi jawapan semasa pelajar sedang menjawap soalan peperiksaan" dan lain-lain lagi. Betul atau tidak, anda selidiki sendiri sekiranya berminat.

Tetapi pokoknya, sistem pendidikan telah menjadi bercelaru akibat ketaksuban mengejar "A", sepertimana "kualiti" masyarakat yang menjadi semakin gelojoh, tamak, tidak mengenal erti adab sopan dalam mengejar wang ringgit.

Memang betul pencapaian akademik yang tinggi itu adalah menjadi harapan ramai (seperti juga mengaut wang dengan banyak). Tetapi setinggi mana, sesuci mana "kualiti" pencapaian itu? Adakah kita bangga dengan mempunyai seorang yang kaya wang ringgit, tetapi diperolehi dengan hasil menjual dadah? memperdagangkan tubuh batang manusia? Adakah kita bangga mempunyai seorang pelajar yang dikatakan cerdik kerana mendapat 20 As, tetapi hendak masak mee maggi pun tak pandai nak nyalakan api dapur?

Kalau dahulu, pelajar-pelajar yang agak lemah akan mengikuti kelas tambahan apabila waktu peperiksaan menghampiri, kini kita dapati pelajar-pelajar yang cerdik pula menghadiri tuition after tuition, siang malam, langsung kesuntukan masa untuk bermain dan bergaul sesama rakan. Manakala yang agak lemah pula tidak berapa dipedulikan sangat. Hopeless untuk dapat "A", mungkin.

Cerita orang terjun bangunan kerana "masalah" kewangan telah kerap kita dengar, apalagi dengan budaya "ah long" yang ada kini. Kini kematian kerana "tekanan pelajaran" semakin meningkat, nampaknya.

Adalah amat wajar sekali bagi pihak kerajaan (terutama DS Najib) dan kementerian pendidikan untuk membuka sedikit kelopak mata masing-masing terhadap saranan KEMPEN SSS yang mahukan dasar pendidikan dikaji dan digubal semula. Sefahaman saya, mereka-mereka di KEMPEN SSS tersebut mahukan sebuah dasar/akta pendidikan yang:-
  • Dapat memperbetulkan semula pelanggaran yang jelas terhadap Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan institusi-institusi pendidikan yang menggunakan bahasa pengantar asing yang juga bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan
  • Hasil kerajaan (melalui pembayaran cukai) adalah salah untuk digunakan bagi membiayai institusi-institusi yang lebih bersifat "persendirian (private)" dari bersifat "kebangsaan". Ini adalah penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin. Hasil ini patut digunakan memperelokkan/menambah baik lagi sekolah-sekolah kebangsaan yang kini nampaknya lebih dianaktirikan, bukannya ditabur kepada sekolah-sekolah "anti-nasional" bagi memancing undi.
  • Suatu sistem pendidikan yang lebih "holistik", "bermoral", beradab", "berjiwa kebangsaan", "patriotik" patut diwujudkan bagi mengganti sistem pendidikan mengejar tuhan "A" serta langsung tidak membina identiti negara dan tidak bersatu memupuk perpaduan dan pergaulan di antara masyarakat. Bak kata Tagore, "To build a nation, build a school"
Sila layari laman KEMPEN SSS dan baca memorandum mereka kepada Menteri Pelajaran mengenai saranan kajian semula sistem pendidikan. Saya rasa saranan ini adalah amat wajar dan telah sampai masanya untuk diteliti dengan serius apabila sistem pendidikan yang ada kini telah menjadi semakin tunggang langgang, lebih-lebih lagi dengan DS Najib sendiri begitu tegar membela kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang terang-terangan melanggar Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Pendek kata, sekolah-sekolah ini adalah SEKOLAH-SEKOLAH HARAM.

Marilah kita bersama-sama menyuburkan semangat kebangsaan kita, semangat patriotik kita terhadap negara kita, bangsa kita dan bahasa kita. Ini negara MALAYSIA. "Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Bahasa", mana mungkin "Unity in diversity". Kita suburkan semangat ini dengan menandatangi petisyen ini. SILA KLIK DI SINI.


Thursday, February 10, 2011

MELAKA Boleh!!! Tapi ada juga yang buat TAIK!!

Hari minggu lepas saya membawa keluarga bercuti ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH setelah beberapa tahun tidak bersiar-siar di sana. Sebelum ini kami hanya setakat melintasi negeri untuk ke selatan tanahair dan ke medan ikan bakar sahaja.


First impression saya semasa memandu kereta di Bandar Melaka tersebut? BERSIH, KEMAS dan RAPI sepanjang perjalanan! Terasa macam memandu di UK, New Zealand dan Australia pulak! Bandar Melaka memang sudah jauh berubah! 

Perkara kedua. Saya difahamkan kerajaan Negeri sendiri yang membiayai "transformasi" Bandar Melaka yang termasuk mengindahkan bangunan/rumah kepunyaan rakyat selain dari program-program lain yang nyata dapat dinikmati oleh rakyat negeri Melaka. Persoalan yang timbul pada saya, "Adakah negeri Melaka ini sudah begitu kaya? Sudah mengatasi negeri Selangor? Ataupun adakah pengurusan hasil negeri diuruskan dengan begitu baik sekali oleh DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya?" Kudos kepada DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya. Alangkah majunya MALAYSIA kalaulah pengurusan hasil negara dapat diuruskan dengan sebaik ini, bukannya disorok dalam 48 peti besi, ataupun projek-projek mega yang bukannya dapat dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Entah berapa menara tertinggi dunia kita nak bina sedangkan banyak lagi benda lain yang benar-benar dapat mencuri hati serta menjuarai rakyat? Eloklah jenguk-jenguk projek airmata rakyat dulu, ataupun kurangkan kesengsaraan rakyat yang kena saman ekor sekiranya betul persepsi budget PDRM tu tidak mencukupi sehingga terpaksa mengutip hasil dari saman ekor pula. Menasabah atau tidak saman tu, lain kira, asalkan dapat kutip hasil untuk tampung belanjawan yang tidak cukup dari kerajaan. Hah! Kini JPJ dah ada kuasa masuk kampong pula!

Anyways, anda lawatlah sendiri BANDAR MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH. Bagi saya dan keluarga ianya suatu pemandangan yang menyedapkan mata dan telah "TRANSFORM" dari keadaan terdahulu. Saya harap DS Ali Rustam dan barisan kepimpinannya akan terus "menjuarai" negeri Melaka ini.

Ok. itu yang bagus-bagus mengenai Bandar Melaka. Yang tak bagus pun ada juga. Masih ada lagi ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN (samada mereka ini pelancong atau penduduk negeri, saya tidak pasti) membuang sampah merata-rata. Semasa menaiki "boat-cruise" saya ternampak 2 beg plastik dan 1 botol air mineral terapung-terapung di sungai. Di atas tebing, tempat duduk, saya nampak 1 botol mineral di bawah tempat duduk walaupun ada bakul sampah yang disediakan tak sampai 20 meter dari tempat duduk di situ. Majlis Bandaran, sekira terserempak dengan ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN sebegini, patut tangkap dan sumbatkan dalam penjara sekiranya tidak bayar denda ON THE SPOT. Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, Melaka masih lagi begitu enak dipandang mata walaupun dengan kehadiran ORANG-ORANG YANG TIDAK BERTAMADDUN ini. Tapi ini bukanlah menjadi isu TIDAK BAGUS yang utama bagi saya.


Nak tahu isu yang TAK BAGUS PALING UTAMA bagi saya dalam percutian ini?

Okay, ini dia.

Kami naik kenderaan "Safari" di Formosa theme park itu. Sebahagian besar yang naik "van safari" bersama-sama kami itu adalah orang-orang cina (walaupun cuti Tahun Baru Cina, bukan semuanya orang-orang cina ye!). Tak taulah saya, samada mereka tu rakyat Malaysia ke atau pelancong asing. "Rakyat Malaysia" ada juga yang TAK GHETI berbahasa kebangsaan dan saban hari dok menjunjung bahasa asing nenek moyang di negara ini. Bila di gelar "Pendatang" tau pula marah mereka ini.
(Kuatkuasakan Artikel 152 & Akta Bahasa macam orang Aemerika ni, tak berani ke??)
Anyways, pemandu van itu sebelum memulakan perjalanan, telah menyambut kami dengan ucapan-ucapan berbahasa Inggeris, dalam dua tiga ayat. Seterusnya pemandu van memberikan penerangan dalam bahasa CINA sepanjang trip safari itu yang akhirnya disudahi dengan sepotong ayat "goodbye" dalam bahasa Inggeris. Terasa macam berada negara China pula kami! Bila masa pulak kami beli tiket penerbangan ke China ni?

Eh! Eh! Kami berada di negeri Melaka, Malaysia!!! 

THANK YOU NAJIB!!, THANK YOU MUHYIDDIN !!!


Tak lama lagi jadi negara Cina Kominis lah  Malaysia ini. Sekurang-kurangnya bahasa Mandarin akan menendang keluar bahasa Kebangsaan sendiri.

Wednesday, February 9, 2011

Dasar Pelajaran Tahi Kucing !!

Laman KEMPEN SSS telah menerbitkan sebuah artikel berjodol "Dasar Pendidikan Yang Tunggang Langgang" beberapa hari lepas, di mana laman tersebut telah memuatkan tulisan Prof. Teo Kok Seong, Fellow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Apabila membaca artikel ini, teringat saya kepada filem Firefox 1982 lakonan Clint Eastwood. Tetapi sebelum itu, saya ingin mengulas sedikit artikel KEMPEN SSS mengenai Dasar Pendidikan Yang Tunggang Langgang ini.
Ekoran dari aduan masyarakat bukan Melayu, Kerajaan Malaysia/Kementerian Pendidikan sekali lagi "melutut" kepada golongan "anti-Malaysia" ini yang mengadu mengenai pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular yang masih diajar guru yang tidak mengetahui bahasa Mandarin dan Tamil. Untuk ini, Kementerian Pelajaran mengeluarkan arahan bahawa guru mengajar mata pelajaran ini khususnya kepada pelajar tahap satu dan dua hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh berbahasa Mandarin atau Tamil, selain bahasa Melayu. 
Dasar yang baru dilaksanakan pada tahun 2011 ini mengkehendaki mata pelajaran wajib ini diajar guru dwibahasa, iaitu mereka yang mahir dalam bahasa ibunda masing-masing dan kemudiannya baru diikuti kemahiran dalam bahasa Melayu.
Kita dapat lihat di sini betapa RAJAnya bahasa Mandarin (bahasa rasmi negara kominis) dan bahasa Tamil (bahasa negara India) melangkaui bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara ini yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa. Lihatlah, golongan "anti-Malaysia" ini komplen guru bahasa Melayu tidak mahir Bahasa Mandarin & Tamil. Menteri Pendidikan terus MELUTUT (kena ketuk dengan boss ke?) dengan mengarahkan guru-guru yang mengajar bahasa Melayu itu mesti mahir bahasa Mandarin dan Tamil DAHULU, barulah mahir bahasa Melayu walaupun yang hendak diajar itu bahasa Melayu.

Prof. Teo Kok Seong menulis bahawa dasar yang sedemikian memerlukan pembelajaran Bahasa Melayu secara penterjemahan, bukannya secara langsung di mana murid-murid perlu BERFIKIR SEBAGAI SEORANG MALAYSIA untuk menguasai sepenuhnya bahasa Melayu. Bukannya berfikir sebagai ORANG CINA MANDARIN kemudian menterjemahkan fikiran tersebut kedalam bahasa Melayu, untuk belajar bahasa Melayu.

Malas saya nak berceloteh. Bacalah sendiri artikel KEMPEN SSS ini.


Ini Dasar Pelajaran Tahi Kucing apa ini? Dasar Pelajaran untuk membina negara Kominis?! Murid-murid disuruh berfikir cina, kemudian terjermah dalam bahasa Melayu? Cikgu pula kena fasih mandarin dan tamil dahulu, baru fasih bahasa Melayu? Ini negara apa ini? Negara Kominis? Negara India?
Dengan penggunaan kaedah penterjemahan, bahasa Melayu tidak dapat dinafikan diajar dan dipelajari sebagai bahasa asing oleh rakyat Malaysia sendiri di bumi Malaysia ini, iaitu tanah tumpah darah mereka. Perkara ini bukan saja pelik tetapi menyedihkan, selain sangat memalukan sehingga boleh menjejaskan imej negara dari segi kebahasaan di mata masyarakat luar.
 - Prof. Teo Kok Seong

Marah tak kalau orang Melayu melabelkan awak tu sebagai PENGKHIANAT NEGARA? Sudahlah!! Nanti terlupa pula cerita Firefox di bawah ini.

Cerita mengenai pencurian Jet Firefox dari kerajaan Rusia oleh Kerajaan Amerika melalui agennya (yang dilakonkan oleh Clint Eastwood). Klip video Youtube di bawah ini memaparkan aksi  "dogfight" oleh agen Amerika (yang sememangnya kena fasih berbahasa Russia untuk masuk ke Russia dan mencuri jet tersebut dari pengkalan tentera udara Russia).




Tonton klip minit 6:11 hingga 6:22 dan dengar baik-baik apa yang dikatakan. Apa yang agen Amerika (Clint Eastwood) yang fasih berbahasa Russia kena lakukan untuk berjaya dalam "dog fight" ini? Fasih menterjemah?

"Must think in Russian. Think in Russian", barulah "Clint Eastwood" dapat menguasai sepenuhnya jet FireFox itu untuk berjaya dalam "dogfight" tersebut. Dasar Pendidikan Tahi Kucing negara ini pulak suruh anak murid think in Mandarin untuk menguasai Bahasa Melayu. Itu baru nak belajar Bahasa Melayu belum lagi nak jadi rakyat Malaysia. Ada ke suruh think in Kominis Cina untuk belajar jadi rakyat Malaysia? BONGOK BETUL!!!

Tuesday, February 8, 2011

MALAYsia Yang Tidak MELAYU

Hari ini saya hendak "salin-tampal" artikel TAN MELAKA yang dicatat/disiarkan di laman Idris Talu (linknya DI SINI) yang bertajuk "Singapura Yang Tidak 'Cina'". So, here it goes:-


Singapura yang tidak ‘Cina’

Oleh TAN MELAKA

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan suatu perkara baru dan menarik dalam interviu dengan Mingguan Malaysia (30 Januari 2011) mengenai kesilapan perhitungan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan dapat mengurangi jumlah penduduk Cina dalam Malaysia

Tetapi setelah menyedari jumlah penduduk Melayu Sabah dan Sarawak kecil berbanding dengan 75 peratus penduduk Cina di Singapura selepas penubuhan Malaysia, Tunku telah mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura yang mendatangkan ancaman perkauman menerusi slogan Malaysian Malaysia.

Tunku menyimpulkan sebab utamanya yang disebut dalam bukunya Looking Back ialah ucapan Lee Kuan Yew di Parlimen Malaysia pada Mei 1965 yang mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu dan sistem Raja Berperlembagaan yang amat menyakitkan hatinya sehingga ‘lebih menyakitkan daripada sakit kayapnya ketika di rawat di sebuah hospital di London.’

Bagaimanapun seorang bekas wartawan Singapura, Anthony Oei dalam bukunya What If There Had Been No Lee Kuan Yew?, menulis “Tunku lebih takut penguasaan komunis ke atas Singapura daripada jumlah penduduk Cina yang mendorong Tunku untuk menerima penyertaan Singapura dalam Malaysia.” (muka surat 135). Tunku takut Singapura menjadi pangkalan komunis seperti negara Cuba mengancam Amerika Syarikat.

Tunku melihat bahaya ini apabila People Action Party (PAP) kalah teruk dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim pada 21 April 1961. Penyingkiran Singapura pula dibuat setelah Tunku mengambil kira Singapura telah terselamat daripada bahaya komunis di Singapura dan yakin Singapura akan dapat mengatasinya.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan keadaan yang wujud sehingga hari ini iaitu menolong Singapura adalah ibarat melepaskan anjing tersepit.

Juga yang menyakitkan hati Tunku ialah Kuan Yew melanggar janjinya untuk tidak menyertai pilihan raya Malaysia tetapi di dalam buku Men In White, menteri-menteri kanannya mendakwa keputusan PAP menyertai pilihan raya Malaysia 1964 merupakan keputusan PAP yang tidak diketahui oleh Kuan Yew yang ketika itu berada di luar negara.

Adalah sukar untuk sesiapapun mempercayai bahawa PAP berani membuat keputusan begitu besar tanpa pengetahuan Setiausaha Agungnya, Kuan Yew.

Menurut Kuan Yew sendiri dalam buku tersebut memang ada ‘gentleman agreement” antaranya dengan Tunku di padang golf bahawa UMNO tidak akan menyertai pilihan raya Singapura dan PAP tidak akan menyertai pilihan raya pertama selepas penubuhan Malaysia.

Tetapi setelah kegagalan besar dalam pilihan raya 1964, Kuan Yew telah menjalankan kempen Malaysian Malaysia yang menceroboh hak pribumi Malaysia dan UMNO menyerang balas di Singapura dengan membangkitkan perkauman Melayu yang berjaya ditekan oleh kerajaan Singapura selepas berlaku rusuhan.

Sementara Singapura dengan dasarnya yang tegas berjaya memadam perasaan perkauman di Singapura tetapi di Malaysia, bibit api perkauman yang ditanam oleh PAP menerusi Malaysian Malaysia terus menjadi api dalam sekam sehingga meletuskan peristiwa berdarah 13 Mei dan menampakkan sinarnya kembali hasil Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Ini kerana Malaysia tidak ada keberanian dan ketegasan seperti Kuan Yew dalam membunuh puncanya terutama dengan menggunakan satu bahasa sebagai alat perpaduan. Singapura tegas dalam pelaksanaan Bahasa Kebangsaannya iaitu bahasa Inggeris dengan menutup sekolah Cina, Melayu dan Tamil sejak tahun 1960-an.

Di Malaysia, sekalipun Bahasa Malaysia diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi dasarnya tidak menyeluruh, malah telah melanggar prinsip-prinsip asal kerana dasarnya yang demokratik. Sebaliknya di Singapura setelah 30 tahun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal di sekolah, sehingga akhirnya sekolah Menengah Cina terhapus di pulau itu (lihat buku Man in White, muka surat 612).

Dalam tahun 1980, Universiti Nanyang telah dipaksa bergabung dengan Universiti Singapura untuk menjadi Universiti Nasional Singapura dengan menggunakan bahasa pengantar Inggeris.

Dicatitkan juga dalam buku ini bahawa antara 1960 hingga 1980 adalah tahun yang amat mencemaskan dan membimbangkan intelek Cina kerana mereka melihat keruntuhan bahasa Cina dan kehilangan kedudukannya yang penting dan tidak lagi mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Keadaan itu sebenarnya berterusan sehingga hari ini, malah pada suatu ketika apabila dasar ini berjaya sepenuhnya dan sebelum wujud geopolitik baru berikutan kebangkitan negara China, orang Cina di Singapura malu untuk membawa akhbar Cina dan akhbar Tamil juga telah mati apabila Kuan Yew menutup sekolah Tamil yang ditangisi oleh penjual-penjual akhbar Tamil yang telah dapat menjangkakan akibatnya.

Di atas keruntuhan institusi pelajaran Cina dan juga Melayu di Singapura dan dengan Inggeris menjadi bahasa pengantar tunggal maka terbinalah bangsa Singapura. Dalam hal ini, kejayaan besar Singapura ialah menghapuskan perkauman Cina dan sikap orang Cina yang terlalu kecinaan dan membentuk masyarakat Cina yang kebaratan.

Kepada masyarakat Singapura, Kuan Yew sukar untuk diterima sebagai menjalankan dasar perkauman Cina tetapi di Malaysia, beliau telah mengocakkan perasaan perkauman untuk menjadi Perdana Menteri dan kesan Malaysian Malaysia ternyata berpanjangan menyuburkan perasaan perkauman, malah menampakkan kegigihannya semula berikutan keputusan PRU 2008.

Ini adalah kesilapan besar perhitungan strategi politik Kuan Yew sekalipun beliau berjaya menunggang Singa di Singapura untuk mencapai matlamat politiknya di Malaysia.

Dia boleh mengajar kaumnya sendiri di Singapura kerana telah lama terdedah kepada kosmopolitan tetapi dia tidak mengambil perhitungan Malaysia masih dalam proses kampung hendak menjadi bandar.

Tidak mungkin kita tidak boleh mencapai satu bangsa Malaysia sekiranya dari awal kita telah menjalankan dasar pelajaran dengan tegas iaitu menjadikan Bahasa Malaysia sebagai pengantar tunggal dalam sistem pelajaran kebangsaan, di samping memperkukuhkan dengan tegas pengajaran bahasa Inggeris.

Kuan Yew telah menjalankan semua tindakan dasarnya secara keras dan berani yang menampakkan keazamannya yang jelas dalam mencapai arah tujunya tetapi Malaysia setelah 50 tahun merdeka masih terjerumus ke dalam kancah yang tidak pasti kerana dasar perimbangannya yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dasar ini nampaknya lebih diperlukan setelah BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam PRU 2008.

Kuan Yew tetap tidak percaya kepada dasar kebebasan mengikut penilaian Barat dan kehendak globalisasi tetapi kita yang berada dalam keadaan ‘mabuk’, memberikan kebebasan mengikut penilaian asing dan bukan penilaian kita sendiri.

Singapura yang majoritinya kaum Cina tetapi tidak kecinaannya sebaliknya kebaratan, stabil, makmur dan maju adalah lebih baik kepada Malaysia walaupun pemerintahannya bersifat autoritarian.

Malaysia sendiri pun tidak mungkin menjadi sebuah negara Malaysia yang bermaruah tanpa Mahathir yang dianggap dunia barat sebagai tidak demokratik.

Kepada saya, Mahathir dan Kuan Yew adalah pemimpin bertaraf dunia yang lebih banyak baiknya daripada buruknya tetapi sayangnya di Malaysia segala yang telah diasaskan oleh Tunku, diperkukuhkan oleh Tun Abdul Razak dan diberikan maruah oleh Mahathir telah diruntuhkan pada suatu era yang lemah oleh kerana hendak berbangga kita lebih bebas atas nasihat ‘budak- budak’ politik.

Semoga kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat membina semula negara di atas keruntuhan itu.

Source: Utusan Malaysia Online.

Yang merah, bold, underline tu sendiri buat, bukan 'original article' punya. Ok. Nak review semula kenapa nak bold, merah etc ni.
  • hmm.. Tunku singkir Singapura dulu apabila penduduk cina yang ramai dan MENDATANGKAN ANCAMAN PERKAUMAN - siapa yang kuat sangat dok melalak rasis kat Malaysia ni ye?
  • Apa benda yang disalakkan sangat tu? Mempersoalkan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU dan SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN? Telinga dah kebas dah asyik dok dengar benda ni. Nak buat macamana, kat Malaysia anjing-anjing kurap lagi liar bebas bersalak-salakan sesama mereka tanpa dicekup oleh 'Majlis Daerah'. 
  • Ooo...Tunku bukan takut cina, tapi takut kepada penguasaan kominis. Alah..kat Malaysia ni, asalkan cina (bukan semua rakyat Malaysia berketurunan cina ye?, jangan 'generalise' sangat tau!), tak kira dari Gerakan ke, MCA ke, apalagi DAP, Chin Peng tu ikon mereka, sampai desak kerajaan suruh terima balik Chin Peng kat Malaysia ni.
  • "Melepaskan anjing tersepit" - Kalaulah masa dapat diundurkan balik, agak-agaknya orang Melayu bersetuju tak kalau diberikan taraf kerakyatan negara ini secara "percuma", yang tidak ada negara lain di dunia ini yang begitu bermurah hati? Sekurang-kurangnya kena "lulus" Bahasa Melayu, ye tak? "Lulus" yang bukan sebarang "lulus", bukan "lulus" beli! Nak buat macamana, myKAD dapat dapat, nak suruh bercakap bahasa Kebangsaan seharian dirumahpun payah. Bagus punya "gentlemen agreement", "everything can" sebelum dapat. Bila dah dapat, "everything cannot". Langgar perjanjian?
  • Lihat siapa yang menceroboh DAHULU? Siapa pulak yang menyerangbalas KEMUDIAN? Kat Malaysia ni, menceroboh tak apa, menyerang balas tu RASIS la, KETUANAN MELAYU la.. macam-macam lagi. KETUA MELAYU buat apa?
  • "Singapura dengan dasarnya yang tegas berjaya memadamkan perasaan perkauman", maksudnya, or in another words "Malaysia dengan dasarnya lembik lututnya menyemarakkan lagi api perkauman" ?
  • "Malaysia tiada keberanian dan ketegasan". Eh! Eh! Betul ke Tan Melaka ni! Tak baik tau tuduh orang bukan-bukan. Malaysia "boleh" sekarang ni tidak percaya kepada SATU BAHASA sebagai alat perpaduan, apatah lagi bahasa itu bahasa Kebangsaan sendiri. Lihat sajalah iklan-klan kat TV tu. Contohnya iklan Petronas kempen Primax dalam MULTI-Bahasa tu, sayang Petronas tak masukkan bahasa Murut, Kadazan, Negrito, Jakun dsbnya lagi tu. Malaysia "boleh"!!!
  • Bahasa yang tunggal adalah alat perpaduan, maka terbinalah negara Singapura. Pelbagai bahasa asing dipe'raja'kan, bahasa kebangsaan sendiri dipinggirkan, maka runtuhlah negara Malaysia.
  • Orang cina di Singapura malu untuk membawa akhbar cina, orang Malaysia di Malaysia malu untuk membawa akhbar berbahasa kebangsaan?
  • Kejayaaan besar Singapura adalah menghapuskan perkauman cina dan sikap orang cina yang terlalu kecinaan. Malaysia semakin berjaya menghapuskan ke'Malaysia'an, menebalkan lagi perasaan perkauman dan menjadi cina semakin kecinaan.
  • Walaupun Lee Kuan Yew berjaya menghapuskan "kecinaan" di Singapura, beliau nampaknya mahu "kecinaan" ini diteruskan di Malaysia. Macam mahu makan 'babi' tetapi tidak mahu ladang-ladang kotor babi ada di Singapura, lalu Malaysia dijadikan ladang-ladang babi yang kotor itu. Pasal duit, semua boleh jadi!
  • Orang bina negara dengan dasar pendidikan satu bahasa penghantar yang tegas. 1-Malaysia Najib bakal menghancurkan negara dengan dasar pendidikan "mesra  terlampau" vernakular.
  • Singapura yang majoritinya kaum cina tetapi tidaklah kecinaan. Malaysia  di bawah DS Najib yang majoritinya Melayu, semakin terhapus kemelayuannya dan  semakin menonjol kecinaannya.
  • Tan Melaka kata, Malaysia tidak mungkin menjadi negara BERMARUAH. Mana mungkin? Maruah Melayu digadai sewenang-wenangnya, ciri-ciri asing semakin ditegakkan. Inilah akibatnya pemimpin DINASIHATI oleh bebudak politik! Punahsihat-punahsihat ke tu? Akhirnya PEMANDU kesayangan Najib akan memandu negara ini masuk longkang!
  • Semoga DS Najib masih ada kebijaksanaannya seperti harapan Tan Melaka, jangan sampai harapkan pagar, pagar makan padi !!!
Related Posts with Thumbnails